PALO ALTO, California dan SHENZHEN, China, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- EY hari ini mengumumkan pembukaan rasmi Makmal Teknologi APAC EY ("Makmal"), sebuah makmal inkubator dan kejuruteraan canggih yang baharu di Shenzhen, China untuk memenuhi keperluan unik pasaran Asia Pasifik yang semakin meningkat melalui inovasi yang pantas. Sebagai sebuah unit yang tangkas dan berfokuskan Asia Pasifik, Makmal ini akan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan portfolio teknologi EY dalam kawasan geografi ini, sekali gus bertindak sebagai sebuah hab pembangunan, eksperimen dan penggunaan teknologi yang strategik.
Makmal ini merupakan penambahan terbaru kepada rangkaian pusat inovasi EY global yang direka untuk memupuk inkubasi serta penyelidikan dan pembangunan teknologi yang termaju dalam pasaran teknologi utama di seluruh dunia. Bersinergi dengan produk dan platform inovasi EY, Makmal Teknologi APAC EY ini telah dibangunkan dengan visi untuk menangani pelbagai keperluan pelanggan dalam landskap geopolitik yang kompleks masa kini.
Dengan lokasi yang strategik di Shenzhen, China, Makmal ini akan memberi tumpuan kepada pembangunan produk dan prototaip yang pantas, menawarkan pelbagai keupayaan kejuruteraan yang dapat memenuhi keperluan dan peluang yang unik di pasaran Asia Pasifik. Menurut Forrester, pasaran teknologi Asia Pasifik dijangka meningkat sebanyak 6.2% pada tahun ini dan akan mencecah USD675 bilion. Makmal ini bertujuan untuk memanfaatkan kuasa teknologi baru muncul termasuk kecerdasan buatan (AI), realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR), blok rantai, 5G dan Web3 untuk meningkatkan potensi perniagaan dan pelanggan EY yang inovatif.
Makmal yang kini beroperasi sepenuhnya dengan lebih 30 jurutera AI, saintis data, pereka UX/UI, ahli kriptografi blok rantai serta ahli profesional 5G dan Internet Benda (IoT), telah pun mengusahakan beberapa projek canggih melibatkan pelbagai pasukan EY di seluruh dunia untuk menangani masalah perniagaan dunia sebenar. Inisiatif-inisiatif ini termasuk:
Patrick Winter, Rakan Kongsi Pengurusan Rantau Asia Pasifik EY berkata:
"Saya teruja dengan potensi besar yang dibawa oleh Makmal Teknologi APAC ke dalam pasukan EY yang berkebolehan ini demi memanfaatkan nilai strategik teknologi baru muncul yang pelbagai dengan peluang inovasi yang memberangsangkan. Makmal ini akan memperkukuh profil teknologi global organisasi EY supaya ia mampu bersaing dalam landskap pasaran yang kompleks hari ini. Terus memperkenalkan teknologi baru muncul dan membina rangkaian inovasi yang kukuh sebagai sebuah organisasi digital yang mengutamakan masa depan dan digital akan membantu menangani cabaran pelanggan yang paling mendesak."
Jeff Wong, Ketua Pegawai Inovasi Global EY berkata:
"Makmal Teknologi APAC merupakan suatu pembaharuan yang menarik untuk keupayaan inovasi global di seluruh organisasi EY. Selain daripada Makmal Teknologi Canggih EY di Palo Alto, California, pengembangan strategik ke Shenzhen ini membantu memajukan sebuah lagi pusat inovasi dunia yang sibuk, di mana teknologi canggih dibangunkan, diperhalusi dan diguna pakai. Di bawah kepemimpinan Steve Lo, Peneraju Inovasi Rantau Asia Pasifik EY, kami ingin melihat Makmal Teknologi APAC ini membangun sebagai sebuah pusat idea kreatif dan kepintaran teknologi yang akan menyokong pasukan EY serta membantu menghasilkan penyelesaian yang memberi impak kepada para pelanggan di seluruh rantau ini."
Organisasi EY akan terus melabur dalam inisiatif teknologi dengan komitmen kewangan sebanyak USD10 bilion dalam tempoh tiga tahun, termasuk hab teknologi serantau tambahan yang sedang dibina untuk membantu pelanggan memacu nilai perniagaan dalam jangka panjang dan mendayakan transformasi yang disokong teknologi. Untuk maklumat lanjut tentang keupayaan Inovasi Global EY, sila layari https://www.ey.com/en_gl/innovation.
Nota kepada Editor
Tentang EY
EY diasaskan untuk membina dunia kerja yang lebih baik, membantu mewujudkan nilai jangka panjang untuk para pelanggan, khalayak dan masyarakat serta membina kepercayaan dalam pasaran modal.
Didayakan oleh data dan teknologi, pelbagai pasukan EY di lebih 150 buah negara memperoleh kepercayaan pelanggan melalui jaminan yang diberikan serta membantu mereka berkembang, berubah dan beroperasi.
Menjalankan tugas di bahagian jaminan, perundingan, undang-undang, strategi, cukai dan transaksi, pasukan EY bertanyakan soalan yang lebih baik untuk mencari jawapan baharu bagi isu-isu yang kompleks yang dihadapi oleh dunia kita hari ini.
EY merujuk kepada organisasi global dan boleh merujuk kepada satu atau lebih, firma anggota Ernst & Young Global Limited yang masing-masing merupakan entiti undang-undang yang berasingan. Ernst & Young Global Limited, sebuah syarikat UK terhad dengan jaminan, tidak menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Maklumat tentang bagaimana EY mengumpul dan menggunakan data peribadi dan penerangan mengenai individu yang berhak mempunyai di bawah undang-undang perlindungan data boleh didapati melalui ey.com/privacy. Firma yang menganggotai EY tidak mengamalkan undang-undang yang dilarang oleh undang-undang tempatan. Untuk maklumat lanjut tentang organisasi kami, sila layari ey.com.
Siaran berita ini telah dikeluarkan oleh EYGM Limited, ahli organisasi EY global yang juga tidak menyediakan sebarang perkhidmatan kepada pelanggan.