NEW YORK, 13 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Ideanomics (NASDAQ: IDEX), sebuah syarikat global yang memberi tumpuan untuk mempercepat penerimagunaan komersial bagi kenderaan elektrik (EV), hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, Energica telah mula menjual motosikal elektriknya yang berprestasi tinggi di Jepun dan Australia. Kumpulan pertama motosikal ini akan tiba di kedua-dua buah negara tersebut pada suku pertama tahun 2023.
"Jepun merupakan pasaran utama kami. Kehadiran Energica di Jepun telah dimeterai pada bulan Ogos yang lepas semasa perlumbaan lapan jam Suzuka Circuit di mana motosikal kami telah mendapat pujian atas prestasinya semasa pelbagai pusingan ujian di perlumbaan ketahanan yang berprestij dan terkenal di dunia ini," kata Livia Cevolini, Ketua Pegawai Eksekutif Energica Motor Company. "Kerjasama kami dengan Estar & Co., Ltd. pada bulan Januari 2020 telah turut meningkatkan usaha kami dalam membangunkan rangkaian kami di Asia Pasifik."
Jepun merupakan pasaran utama Energica di mana hampir 10.3 juta buah kenderaan dua roda didaftarkan dan lebih 83,000 buah motosikal 250cc ke atas telah dijual pada tahun 2021 di pasaran sasaran Energica. Permintaan terhadap EV di Jepun sedang berkembang dengan pantas, didorong oleh peraturan yang menyekat pelepasan karbon daripada kenderaan dan rangkaian pengecasan EV yang berkembang pesat. Namun begitu, syarikat Pengilang Peralatan Asal (OEM) yang mantap secara perlahan-lahan telah memperkenalkan motosikal elektrik berprestasi tinggi dalam kategori 250cc. Energica akan bergerak pantas untuk mengisi kekurangan ini dan menjadi motosikal elektrik berprestasi tinggi yang menjadi pilihan peminat motosikal Jepun.
Pada tahun 2020, Energica telah menjalin kerjasama strategik dengan Estar & Co., Ltd. untuk mengimport motosikal ke Jepun. Estar & Co., Ltd. telah membuka sebuah bilik pameran jenama tunggal di Kobe iaitu di pulau buatan manusia, Pulau Rokkō, di mana para penunggang boleh datang dan pandu uji mana-mana motosikal Eva Ribelle, Ego dan EsseEsse9+ keluaran Energica. Syarikat tersebut juga telah membangunkan sebuah rangkaian pengedaran di seluruh negara ini.
Di Australia, Australian Electric Motor Co. telah bekerjasama dengan Energica untuk menawarkan pilihan motosikal elektrik premium di Australia dan New Zealand. Pada tahun lepas, jualan motosikal di kedua-dua buah negara ini mencapai jumlah tertinggi dalam tempoh 15 tahun dengan lebih 100,000 unit baharu terjual yang menjadikan pasaran ini menguntungkan untuk pengembangan EV selanjutnya.
"Ideanomics komited untuk memperluas jejak Energica di seluruh dunia," kata Robin Mackie, Ketua Pegawai Eksekutif Ideanomics Mobility. "Kemasukan ke pasaran baharu di Jepun dan Australia ini akan menyumbang kepada jangkaan kami terhadap pertumbuhan pendapatan yang konsisten untuk suku keempat dan jangka panjang yang kukuh."
Energica mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam pembekalan motosikal kepada pelanggan di seluruh rantau ASEAN. Baru-baru ini, syarikat ini telah bekerjasama dengan UTOMOCORP untuk menghantar 88 buah motosikal EsseEsse9+ kepada Kepolisian Negara Republik Indonesia. Selain itu, anak syarikat Ideanomics iaitu Treeletrik turut menyediakan sokongan selepas jualan kepada Energica untuk rantau ASEAN serta telah memulakan kerjasama dengan Energica dalam strategi jualan dan pemasaran bersama.
Di Eropah dan Asia Pasifik, Energica telah menambah 12 buah pusat jualan baharu sejak awal suku keempat tahun ini yang menjadikannya berjumlah 130 pengedar dan pengimport Energica di seluruh dunia. Setakat ini, Energica telah menjual 78% bilangan motosikal yang lebih banyak berbanding jualan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Malah, Energica juga mempunyai jumlah pesanan tertunggak yang besar bagi tawaran produk terbaharunya – iaitu Green Tourer Experia.
Dengan sokongan berterusan daripada Ideanomics, Energica mempercepat gangguan pasaran kenderaan dua roda di peringkat global dengan motosikal elektriknya yang berprestasi tinggi. Syarikat ini turut menyediakan teknologi dan kepakaran kepada industri lain melalui unit perniagaannya, Energica Inside. Ideanomics menyelesaikan kerumitan pengelektrikan armada, menawarkan semua yang diperlukan oleh pengendali armada untuk melaksanakan pengelektrikan dengan lebih pantas, lebih mudah dan harga berpatutan, semuanya pada satu tempat.
Tentang Ideanomics
Ideanomics ialah sebuah kumpulan global dengan misi yang mudah: mempercepat penerimagunaan komersial bagi kenderaan elektrik. Dengan menyatukan penyelesaian kenderaan, pengecasan dan pembiayaan di bawah satu bumbung, kami merupakan rakan kongsi sehenti yang diperlukan untuk memudahkan peralihan dan pengendalian mana-mana armada EV. Untuk mengikuti perkembangan Ideanomics, sila ikuti syarikat ini di media sosial @ideanomicshq atau layari https://ideanomics.com.
Pernyataan Perlindungan Selamat
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan tertentu yang mungkin merangkumi "pernyataan berpandangan ke hadapan". Semua pernyataan selain daripada pernyataan fakta sejarah yang disertakan di sini ialah "pernyataan berpandangan ke hadapan." Pernyataan berpandangan ke hadapan ini sering dikenali melalui penggunaan terminologi berpandangan hadapan seperti "percaya", "jangka" atau ungkapan yang serupa, melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, termasuk pernyataan tentang hasrat kami untuk peralihan model perniagaan kami kepada syarikat teknologi kewangan generasi seterusnya, strategi perniagaan kami dan penawaran produk yang dirancang, hasrat kami untuk menghentikan perdagangan minyak dan perniagaan elektronik pengguna serta potensi hasil kewangan pada masa hadapan. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang digambarkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah munasabah, ia mencakupi andaian, risiko dan ketidakpastian dan jangkaan ini mungkin terbukti tidak benar. Anda tidak boleh meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, yang hanya benar pada tarikh siaran akhbar ini. Keputusan sebenar Syarikat boleh berbeza secara material daripada yang dijangkakan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini hasil daripada pelbagai risiko dan ketidakpastian, seperti risiko yang berkaitan dengan: kemampuan kami untuk meneruskan sebagai sebuah perniagaan yang menguntungkan ; kemampuan kami untuk memperoleh pembiayaan tambahan bagi memenuhi keperluan perniagaan kami; transformasi model perniagaan kami; ketidaktentuan hasil operasi kami; tekanan kepada kakitangan pengurusan, sistem kewangan dan sumber lain semasa kami mengembangkan perniagaan kami; kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan pekerja utama dan kakitangan pengurusan kanan; tekanan kompetitif; operasi antarabangsa kami; serta risiko dan ketidakpastian lain yang dinyatakan di bawah bahagian yang bertajuk "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi" dalam Borang 10-K dan Borang 10-Q terkini kami yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, serta pendedahan serupa dalam laporan susulan yang dikemukakan kepada SEC, yang tersedia di laman web www.sec.gov. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan yang merujuk kepada Syarikat atau individu yang bertindak bagi pihaknya, dinyatakan dengan selayaknya mengikut faktor risiko yang diambil kira secara keseluruhan. Selain daripada yang dikehendaki di bawah undang-undang sekuriti, Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
Hubungan:
Ideanomics, Inc.
Tony Sklar, Naib Presiden Kanan Perhubungan Pelabur
1441 Broadway, Suite 5116, New York, NY 10018
ir@ideanomics.com
Theodore Rolfvondenbaumen, Pengarah Komunikasi
Trolfvondenbaumen@ideanomics.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1492395/Ideanomics_Logo.jpg?p=medium600