omniture

Infosys (NYSE: INFY) Umumkan Keputusan untuk Suku Tahun yang Berakhir pada 31 Disember 2013

Infosys Ltd
2014-01-13 19:33 139

MYSORE, India, 13 Januari 2014 /PRNewswire/ --

  • Pendapatan suku tahun ketiga meningkat sebanyak 1.7% menurut perbandingan suku tahun ini dengan sebelumnya; 9.9% menurut perbandingan tahun ini dengan sebelumnya
  • Keuntungan bersih meningkat sebanyak 20.9% menurut perbandingan suku tahun ini dengan sebelumnya; 6.7% menurut perbandingan tahun ini dengan sebelumnya

Sorotan Kewangan

Keputusan disatukan di bawah Standard Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013

  • Pendapatan adalah sebanyak $2,100 juta bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013
    Pertumbuhan suku tahun ini berbanding yang sebelumnya adalah sebanyak 1.7%
    Pertumbuhan tahun ini berbanding yang sebelumnya adalah sebanyak 9.9%
  • Pendapatan bersih adalah sebanyak $463 juta bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013
    Pertumbuhan suku tahun ini berbanding yang sebelumnya adalah sebanyak 20.9%*
    Pertumbuhan tahun ini berbanding yang sebelumnya adalah sebanyak 6.7%
  • Perolehan setiap Saham Simpanan Amerika (EPADS) adalah sebanyak $0.81 bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2013
    Pertumbuhan suku tahun ini berbanding yang sebelumnya adalah sebanyak  20.9%*
    Pertumbuhan tahun ini berbanding yang sebelumnya adalah sebanyak 6.6%
  • Aset mudah tunai termasuk tunai dan kesetaraan tunai, aset kewangan sedia untuk dijual, perakuan deposit dan bon kerajaan adalah sebanyak $4.4 bilion sehingga 31 Disember 2013 berbanding $4.3 bilion sehingga 30 September 2013

* termasuk peruntukan bagi perkara berkaitan visa pada suku tahun yang berakhir pada 30 September 2013

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162 )

Sorotan lain:

  • Infosys dan syarikat subsidiarinya menambah 54 klien pada suku tahun tersebut
  • Pertambahan kasar sebanyak 6,682 pekerja bagi suku tahun tersebut oleh Infosys dan syarikat subsidiarinya
  • 158,404 pekerja sehingga 31 Disember 2013 untuk Infosys dan syarikat subsidiarinya

"Tahun hadapan kelihatan menarik bagi industri perkhidmatan IT. Kami percaya persekitaran ekonomi global telah bertambah baik dan klien kami semakin yakin untuk melabur dalam inisiatif strategik mereka," kata S. D. Shibulal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Kami akan terus membezakan diri kami bagi meraih peluang pertumbuhan. Perubahan terkini dalam struktur organisasi membolehkan kami mengukuhkan hubungan bersama klien dan meningkatkan saham pasaran."

"Pada suku tahun tersebut, kami menyaksikan keputusan awal yang menjanjikan hasil inisiatif kami bagi meningkatkan kecekapan dalam operasi kami," kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Kami akan terus kekal untuk memberi tumpuan terhadap membuat pelaburan yang diperlukan untuk menjamin dan mengembangkan masa depan kami."

Pandangan

Pandangan syarikat (disatukan) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014 di bawah IFRS adalah seperti berikut:

  • Pendapatan dijangkakan bertambah sebanyak 11.5%-12.0%

Sorotan Perniagaan

  • Kami telah bekerjasama dengan pengeluar yang menerajui, Diebold, untuk melanjutkan perjalanan transformasinya dan menyelaraskan perkhidmatan, pengurusan rantaian bekalan dan proses operasi kewangan.
  • Tumpuan kami terhadap Awan dan Data Besar sebagai bidang pertumbuhan baharu terus membuahkan hasil. Kami telah melaksanakan lebih 200 urusan dan telah memenangi lebih 20 urus niaga pada suku tahun ini. Kami telah dimasukkan secara rasmi sebagai ahli jawatankuasa pemandu bagi Perikatan Pusat Data Terbuka (ODCA) global untuk membantu menentukan generasi seterusnya bagi pelaksanaan Awan dan Data Besar kesediaan syarikat.
  • Kami bekerjasama bersama klien bagi menciptakan penyelesaian berinovasi yang berkaitan dengan peranti mudah alih itu. Pada suku tahun ini, kami bermula dengan lebih 25 urusan dalam seluruh perkhidmatan bidang mudah alih, pengurusan peranti dan produktiviti syarikat.
  • Perniagaan Perkhidmatan Kejuruteraan kami terus menyaksikan pertumbuhan yang kukuh. Dengan lebih 150 klien aktif, kami mempunyai 52 kemenangan bagi suku tahun ini di seluruh industri.
  • Infosys Edge meneruskan momentumnya dalam pasaran sambil kami melabur dalam teknologi seperti Sosial, Mudah Alih, Analisis dan Awan. Pada suku tahun ini, kami mempunyai 14 kemenangan – lapan bagi platform dan enam bagi produk. Kami turut melancarkan TradeEdge, platform jualan yang didorong oleh wawasan yang membantu jenama mengenal pasti dan memenuhi permintaan pengguna dengan tepat sambil meningkatkan prestasi operasi dan jualan dengan ketara.
  • Infosys Finacle™ mengekalkan momentum perniagaan pada suku tahun ini dengan lapan kemenangan baharu; 11 bank diaktifkan secara langsung bagi platform di seluruh India, Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara.
  • Pasaran insurans kesihatan dalam talian baharu Daerah Columbia, DC Health Link, direka dan dilaksanakan oleh Infosys Public Services Inc, diaktifkan dengan jayanya pada 1 Oktober 2013.
  • Agar perkembangan kami seiring dengan momentum perniagaan di rantau ini, kami memperluas kehadiran kami di Australia dengan pejabat baharu di Sydney. Infosys BPO membuka pusat penghantaran baharu di Eindhoven, Belanda untuk mengukuhkan jejak globalnya dan meningkatkan lagi kehadirannya di Eropah.
  • Pada suku tahun ketiga, Infosys memohon 22 permohonan paten yang tersendiri di India dan Amerika Syarikat. Dengan ini, kami mempunyai 533 permohonan paten yang menjalani pelbagai peringkat pendakwaan paten di India, Amerika Syarikat dan bidang kuasa lain. Kami telah diberikan 143 paten oleh Pejabat Paten Amerika Syarikat dan Pejabat Cap Dagangan, satu paten oleh Pejabat Paten Australia dan tiga paten oleh pejabat paten Luxembourg.

Anugerah dan Pengiktirafan

  • Kami telah diletakkan dalam rangkaian pemenang dalam Rangka Tindakan Perkhidmatan Analisis Syarikat HfS 2013. Laporan tersebut mengiktiraf Infosys kerana skala pentingnya dalam analisis, kecemerlangan pelaksanaan dalam seluruh kawasan perkhidmatan dan darjah tindak balas kepada klien.
  • Oracle telah menganugerahkan kami dengan Anugerah Kecemerlangan Oracle 2013 bagi 'Rakan Khusus Tahunan' – Amerika Utara dalam kategori Rakan Perkhidmatan Tahunan dan Rakan Perisikan Perniagaan Tahunan. Selain itu, kami turut dianugerahkan dengan Sebutan Berhormat Anugerah Kecemerlangan Oracle 2013 untuk 'Rakan Khusus Tahunan' – Amerika Utara untuk Komunikasi, Media dan Hiburan; Tenaga & Utiliti; dan Perkhidmatan Kewangan. Kami juga telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Oracle APAC 2013 untuk 'Rakan Khusus Tahunan' – Industri.
  • Avivia Health daripada Kaiser Permanente, mengiktiraf Infosys Public Services sebagai rakan strategik bagi membangunkan platform aplikasi unsur permainan inovatif untuk meningkatkan penglibatan pengguna.
  • Persatuan Penyumberan Luar Kebangsaan (NOA) telah menganugerahkan Infosys dan British Telecom dengan anugerah tahun 2013 bagi kecemerlangan telekomunikasi, utiliti dan penyumberan luar berteknologi tinggi.
  • Laporan Analisis Teknologi Penyelesaian Perbankan Mudah Alih CEB TowerGroup dan Sistem Perbankan Teras untuk laporan Pasaran Bank Besar, kedua-duanya mengiktiraf Infosys Finacle™ sebagai penyedia 'Terbaik dalam Kelasnya'.
  • Laporan Perbankan Teras Peruncitan Antarabangsa Gartner meletakkan Infosys Finacle™ sebagai Peneraju dalam Kuadran Ajaibnya untuk Perbankan Teras Peruncitan Antarabangsa* bagi kali ketujuh berturut-turut.


*Sumber: Gartner, Inc., "Kuadran Ajaib bagi Perbankan Teras Peruncitan Antarabangsa," Don Free dan Ethan Wang, 8 Oktober 2013. Gartner tidak menyokong sebarang vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk hanya memilih vendor dengan penarafan tertinggi.

  • Infosys BPO telah diletakkan dalam kategori Peneraju bagi Landskap Penyedia Perkhidmatan Penyumberan Luar Perolehan (PO) Everest Group dengan laporan Penilaian Matriks PEAK 2013.
  • Kami telah memenangi Anugerah Syarikat Ilmiah Paling Dikagumi (MAKE) Peringkat Global berprestij bagi kali kesembilan. Kami turut memenangi Anugerah MAKE Asia sebanyak sebelas kali berturut-turut.
  • Pada Tinjauan Tadbir Urus Korporat tahunan Asiamoney 2013, kami telah diiktiraf sebagai Terbaik Keseluruhan bagi Tadbir Urus Korporat, Tanggungjawab Pengurusan dan Lembaga Pengarah, Pendedahan dan Ketelusan, Layanan Saksama dan Hak Pemegang Saham serta Hubungan Pelabur.
  • Kami menerima anugerah 'Platinum' di Anugerah Kecemerlangan Pengurusan dan Korporat 'The Asset' 2013.
  • Penarafan global IR 2013 meletakkan kami pada kedudukan ketiga peringkat global bagi amalan tadbir urus korporat dan tempat kedua bagi laman web IR di India.

Pertukaran Lembaga Pengarah

Induksi U.B. Pravin Rao dan Kiran Mazumdar-Shaw

Ahli Lembaga Pengarah melantik En. U B Pravin Rao sebagai Pengarah Tambahan dan Sepenuh Masa serta Cik Kiran Mazumdar-Shaw sebagai Pengarah Tambahan (Bebas).

En. Pravin Rao kini merupakan Presiden Syarikat. Beliau bertanggungjawab memacu pertumbuhan dan pembezaan seluruh portfolio perniagaan. Ini termasuklah Peruncitan, Logistik dan Barangan Dibungkus oleh Pengguna, Sains Hayat, Sumber & Utiliti, Perkhidmatan, Pasaran Pertumbuhan, Awan & Mobiliti, dan Kualiti & Produktiviti. Di samping itu, beliau turut bertanggungjawab untuk Inovasi Perkhidmatan dan Penghantaran Global. Pravin juga merupakan Pengarah Institut Kepimpinan Infosys (ILI) secara global. ILI bertanggungjawab terhadap pemilihan, pembangunan, penyelidikan dan penggantian pemimpin kanan dan berpotensi tinggi. Beliau mempunyai pengalaman selama lebih 25 tahun, bekerja dengan urusan bersama klien, terutamanya dalam perkhidmatan peruncitan dan kewangan. Sejak menyertai Infosys pada tahun 1986, beliau telah memegang beberapa peranan kepimpinan kanan seperti Ketua Perkhidmatan Pengurusan Infrastruktur, Ketua Bahagian Penghantaran bagi Eropah, dan Ketua Bahagian Peruncitan, Barangan Dibungkus oleh Pengguna, Logistik dan Sains Hayat. Pravin memegang ijazah kejuruteraan elektrik daripada Universiti Bangalore, India. 

Cik Kiran Mazumdar-Shaw merupakan Pengerusi & Pengarah Urusan Biocon Limited, syarikat bioteknologi yang berpusat di Bangalore, India. Kiran amat disegani dalam dunia korporat dan telah dinamakan sebagai dalam kalangan 100 individu paling berpengaruh di dunia dalam majalah TIME. Baru-baru ini, Economic Times meletakkan beliau dalam kedudukan 10 Ketua Pegawai Eksekutif wanita paling berpengaruh bagi tahun 2012. Usaha perintis beliau dalam bidang bioteknologi telah menarik pengiktirafan global bagi Indian Industry dan Biocon. Beliau telah menerima ijazah sarjana muda kepujian dalam Zoologi daripada Bangalore University (1973) dan berkelayakan sebagai Master Brewer daripada Ballarat University, Australia (1975). Kiran turut menerima banyak Ijazah Kedoktoran kehormat sebagai pengiktirafan sumbangan cemerlang beliau dalam bidang bioteknologi.

Persaraan David Boyles

Selaras dengan dasar persaraan Lembaga Pengarah syarikat (mencapai usia 65 tahun bagi Pengarah Bebas yang dilantik ke Lembaga Pengarah Infosys sebelum 15 Oktober 2010), David L. Boyles, Pengarah Bebas, akan bersara daripada Lembaga Pengarah yang berkuat kuasa pada 17 Januari 2014. David L. Boyles telah menyertai Lembaga Pengarah Infosys pada bulan Julai 2005.

N. R. Narayana Murthy, Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah berkata, "David telah memainkan peranan penting dalam Lembaga Pengarah ini. Pandangan beliau terhadap Pengurusan Risiko telah memanfaatkan Syarikat ini dengan banyak sekali dan telah membantu kami mengukuhkan pendekatan kami terhadap Pengurusan Risiko. Kami berterima kasih kepada David atas sumbangan beliau kepada Lembaga Pengarah dan terutama sekali kepada Jawatankuasa Pengurusan Risiko dengan bidang kuasa beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa. Kami akan merindui ilmu dan pandangan tersendiri beliau."

David L. Boyles berterima kasih kepada Lembaga Pengarah dan berkata, "Saya telah beroleh kerjasama yang amat bernilai dengan Infosys dalam tempoh lapan tahun yang lalu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah kerana memberi saya peluang menjadi sebahagian daripada perjalanan syarikat yang ikonik ini. Semoga syarikat ini dan para pemimpinnya terus meraih kejayaan."

David L. Boyles telah memegang jawatan kepimpinan kanan di syarikat multinasional besar, termasuk American Express, Bank of America dan ANZ Banking Group. Beliau telah bersara daripada ANZ dan kehidupan korporat sepenuh masa pada Disember 2003. Kedudukan korporat terkini yang disandang oleh David ialah sebagai Ketua Pegawai Operasi di ANZ Banking Group yang dengannya beliau telah bertanggungjawab terhadap Teknologi, Pembayaran, Hartanah, Penyumberan Strategik dan perkhidmatan perkongsian lain. Beliau turut berada dalam Lembaga Pengarah ANZ Bank New Zealand dan mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Risiko Operasi ANZ Group. Sebelum menyertai ANZ, beliau merupakan Timbalan Presiden Kanan, e-Dagang, di American Express. Beliau bertanggungjawab terhadap teknologi yang baru muncul dan perkhidmatan dalam talian yang canggih melalui peranan beliau ini. Peranan awal beliau bersama AMEXCO termasuklah sebagai Timbalan Presiden Kanan Operasi dan Sistem Global, Travellers Cheque Group. Kedudukan kepimpinan beliau yang lebih awal termasuklah di Downey Financial (Timbalan Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi) dan Bank of America (Timbalan Presiden Kanan, Pasaran Pengguna). David merupakan pemegang MBA daripada Washington State University dan MA serta BA (summa cum laude/pengiktirafan cemerlang tertinggi) dalam bidang Psikologi daripada UNC, Greeley dan merupakan penulis buku Maximising the Business Value of your Technology Investment (©2005, Infosys dan Microsoft).

Latar Belakang Infosys Ltd

Infosys merupakan peneraju global bagi penyelesaian perundingan, teknologi dan penyumberan luar. Kami membolehkan para klien, di lebih 30 negara untuk kekal menerajui arah aliran perniagaan yang baru muncul dan mengatasi persaingan yang wujud. Kami membantu para klien mengubah dan berjaya dalam dunia yang kian berubah dengan bersama-sama menciptakan penyelesaian terbaharu yang menggabungkan wawasan berstrategik dan kecemerlangan pelaksanaan.

Layari http://www.infosys.com bagi melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan pendapatan tahunan sebanyak AS$7.4 bilion dan lebih 158,000 pekerja, menghidupkan cogan kata Building Tomorrow's Enterprise® pada hari ini.

Kenyataan Perlindungan Selamat

Kenyataan tertentu dalam siaran media ini yang membabitkan prospek pertumbuhan masa depan kami adalah kenyataan berpandangan hadapan, yang melibatkan beberapa risiko dan ketakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar benar-benar berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan berpandangan hadapan demikian. Risiko dan ketakpastian berkaitan dengan kenyataan ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketakpastian membabitkan turun naik pendapatan, turun naik kadar pertukaran asing, keupayaan kami untuk mengurus pertumbuhan, saingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor yang boleh menjejaskan kelebihan kos kami, kenaikan gaji di India, keupayaan kami untuk menarik dan mengekalkan golongan profesional berkemahiran tinggi, lebihan masa dan kos pada harga tetap, kontrak rangka masa tetap, tumpuan klien, halangan imigresen, tumpuan segmen industri, kemampuan kami untuk mengurus operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan bagi teknologi dalam bidang fokus utama kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kemampuan kami untuk menyiapkan dengan jayanya dan menyepadukan pemerolehan berpotensi, liabiliti kerana kerosakan ke atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat yang dengannya Infosys telah membuat pelaburan strategik, penarikan semula atau penamatan insentif kewangan kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik serantau, sekatan perundangan ke atas pengumpulan modal atau pemerolehan syarikat dari luar India, dan penggunaan tanpa kebenaran harta intelek kami dan keadaan ekonomi secara am yang menjejaskan industri kami. Risiko tambahan yang boleh menjejaskan keputusan operasi masa depan kami digambarkan dengan lebih lanjut dalam fail Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami dalam Borang 20-F bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013 dan dalam Borang 6-K bagi suku tahun yang berakhir pada 30 September 2013. Fail ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Infosys mungkin, dari semasa ke semasa, membuat kenyataan yang berpandangan ke hadapan secara bertulis atau lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam fail syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami kepada pemegang saham. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang mungkin dibuat dari semasa ke semasa oleh atau bagi pihak syarikat melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang.

Infosys Limited dan syarikat subsidiari


Kunci Kira-kira Diringkaskan Disatukan Belum Diaudit sehingga


(Dolar dalam nilai jutaan kecuali data saham)







31 Mac 2013

31 Disember 2013


PENDAPATAN




Aset semasa




Tunai dan tunai setara

$3,712

$4,021


Aset kewangan sedia untuk dijual

418

320


Pelaburan dalam perakuan deposit

106

-


Perdagangan boleh terima

1,447

1,305


Pendapatan belum dibil

423

449


Instrumen kewangan derivatif

-

19


Bayaran terdahulu dan aset semasa lain

428

391


Jumlah aset semasa

6,534

6,505


Aset bukan semasa




Hartanah, loji dan peralatan

1,202

1,191


Muhibah

354

364


Aset tidak ketara

60

68


Aset kewangan sedia untuk dijual

203

72


Aset cukai pendapatan tertunda

98

94


Aset cukai pendapatan

241

201


Aset bukan semasa lain

41

44


Jumlah aset bukan semasa

2,199

2,034


Jumlah aset

$8,733

$8,539


LIABILITI DAN EKUITI




Liabiliti semasa




Instrumen kewangan derivatif

$16

-


Pemiutang perdagangan

29

35


Liabiliti cukai pendapatan semasa

318

245


Deposit klien

7

6


Hasil yang tidak diperoleh

142

152


Kewajipan manfaat pekerja

148

113


Peruntukan

49

39


Liabiliti semasa lain

733

568


Jumlah liabiliti semasa

1,442

1,158


Liabiliti bukan semasa




Liabiliti cukai pendapatan tertunda

11

23


Liabiliti bukan semasa lain

49

27


Jumlah liabiliti

1,502

1,208


Ekuiti










Modal saham - `5 ($0.16) nilai tara 600,000,000 saham ekuiti dibenarkan, diterbitkan dan tertunggak sebanyak

571,402,566 setiap satu

bersih pada 2,833,600 saham perbendaharaan setiap satu sehingga 31      Disember 2013 dan 31 Mac 2013 masing-masing

64

64


Premium saham

704

704


Perolehan tertahan

8,405

7,666


Lain-lain komponen ekuiti

(1,942)

(1,103)


Jumlah ekuiti diagihkan kepada pemegang ekuiti syarikat

7,231

7,331


Faedah bukan kawalan

-

-


Jumlah ekuiti

7,231

7,331


Jumlah liabiliti dan ekuiti

$8,733

$8,539









Infosys Limited dan syarikat subsidiari


Penyata Diringkaskan Disatukan bagi Pendapatan Komprehensif Belum Diaudit


(Dolar dalam nilai jutaan kecuali saham dan data saham per ekuiti)




Tiga bulan berakhir

Tiga bulan berakhir

Sembilan bulan berakhir

Sembilan bulan berakhir



31 Disember 2013

31 Disember 2012

31 Disember 2013

31 Disember 2012



Pendapatan

$2,100

$1,911

$6,157

$5,460


Kos Jualan

1,341

1,203

3,974

3,376


Keuntungan Kasar

759

708

2,183

2,084


Perbelanjaan operasi:






Perbelanjaan jualan dan






Pemasaran

104

99

327

277


Perbelanjaan pentadbiran*

129

118

411

355


Jumlah perbelanjaan operasi

233

217

738

632


Keuntungan operasi

526

491

1,445

1,452


Pendapatan lain, bersih

117

92

301

308


Keuntungan sebelum cukai pendapatan

643

583

1,746

1,760


Perbelanjaan cukai pendapatan

180

149

482

479


Keuntungan bersih

$463

$434

$1,264

$1,281


Pendapatan komprehensif lain






Perkara yang tidak akan dikelaskan






semula kepada keuntungan atau kerugian:






Pengukuran semula bagi faedah






bersih yang ditakrifkan liabiliti/ asset

4

-

10

-








Perkara yang mungkin diklasifikasikan






semula kemudiannya kepada keuntungan 






atau kerugian:






Perubahan nilai saksama pada






aset kewangan sedia untuk dijual,






selepas ditolak






kesan cukai

(10)

-

(14)

-


Perbezaan pertukaran pada






penterjemahan operasi asing

91

(250)

(844)

(478)


Jumlah pendapatan komprehensif lain

$85

($250)

($848)

($478)


Jumlah pendapatan komprehensif

$548

$184

$416

$803








Keuntungan diagihkan kepada:






Pemilik syarikat

$463

$434

$1,264

$1,281


Faedah bukan kawalan

-

-

-

-



$463

$434

$1,264

$1,281








Jumlah pendapatan komprehensif






diagihkan kepada:






Pemilik syarikat

$548

$184

$416

$803


Faedah bukan kawalan

-

-

-

-



$548

$184

$416

$803








Perolehan per saham ekuiti






Asas ($)

0.81

0.76

2.21

2.24


Mudah Tunai ($)

0.81

0.76

2.21

2.24


Saham ekuiti purata wajaran






yang digunakan dalam






pengiraan pendapatan per saham ekuiti






Asas

571,402,566

571,400,086

571,402,566

571,398,129


Mudah tunai

571,402,566

571,400,417

571,402,566

571,399,018







(*) Perbelanjaan pentadbiran bagi tempoh sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2013 termasuk caj sebanyak $ 35 juta bagi perkara berkaitan visa.


NOTA:


1. Kunci kira-kira Diringkaskan Disatukan belum diaudit dan Penyata Diringkaskan Disatukan bagi Pendapatan Komprehensif bagi tempoh tiga bulan dan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2013 telah dicatatkan pada mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 10 Januari 2014


2. Lembaran Fakta yang menyediakan metrik pengendalian syarikat boleh dimuat turun di http://www.infosys.com

Lembaran Fakta:

http://multivu.prnewswire.com/mnr/prne/operations/Fact-Sheet.pdf

Siaran Akhbar INR: http://multivu.prnewswire.com/mnr/prne/operations/Fact-Sheet.pdf

Hubungi

Perhubungan Pelabur

Gargi Ray
+91-80-4116-7747
gargi_ray@infosys.com

Sandeep Mahindroo
+91-80-3980-1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com 

Perhubungan Media

Sarah Vanita Gideon, India
+91-80-4156-3373
Sarah_Gideon@Infosys.com

Ken Montgomery, Golin Harris untuk Infosys, AS
+1-415-318-4399
KMontgomery@GolinHarris.com

Sumber: Infosys Ltd

Source: Infosys Ltd
Related Stocks:
NYSE:INFY
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Earnings Small Business Services