omniture

DXC Technology Mengenal Pasti Lima Cara Metaverse Mengubah Kehidupan dan Perniagaan dalam Tempoh Lima Tahun Akan Datang

DXC Technology Company
2022-12-14 20:06

- Satu trend teknologi imersif yang akan merevolusikan cara kita bekerja dan menjalani kehidupan

LONDON, 14 Disember 2022 /PRNewswire/ -- DXC Technology (NYSE: DXC), sebuah syarikat perkhidmatan teknologi global Fortune 500 yang terkemuka, telah mendedahkan lima cara bagaimana metaverse bakal mempengaruhi kehidupan dan perniagaan dalam tempoh 5 tahun akan datang berdasarkan ramalannya.

The DXC Virtual World
The DXC Virtual World

1. Kerjasama di tempat kerja tidak lagi sama seperti sebelum ini

Metaverse akan menjadi sebahagian daripada tugasan harian para pekerja yang semakin meningkat bilangannya di seluruh dunia. Berbanding hanya menatap grid 2 dimensi wajah pada skrin sidang video, para pekerja akan dapat memilih tempat duduk mereka di meja maya, keluar dari bilik untuk berehat dan berjalan-jalan secara maya bersama majikan mereka.

Untuk memaksimumkan manfaat metaverse, banyak firma yang telah pun menggabungkan sidang video tradisional dengan teknologi kolaborasi yang imersif. DXC telah mendapati kesan positif daripada dunia maya peribadinya sendiri di mana terdapat peningkatan produktiviti, penglibatan dan kreativiti dalam kalangan para pekerjanya.

"Pengalaman metaverse membantu para pekerja untuk menumpukan perhatian dengan lebih baik dan dapat mengekalkan lebih banyak maklumat. Dunia maya boleh membantu kita beralih daripada rutin sidang video semasa dan membuka peluang kerjasama serta inovasi yang lebih besar," kata Nathalie Vancluysen, Ketua Realiti Lanjutan DXC Technology.

2. Acara profesional berskala besar akan dilakukan secara maya

Metaverse merupakan tempat di mana beribu-ribu avatar dari seluruh dunia berkumpul bersama-sama untuk bertemu, berinteraksi dan menyertai aktiviti. Dengan dikawal oleh orang ramai dari lokasi pilihan mereka sendiri, Avatar 3D peribadi mampu bergerak bebas dalam ruang yang hampir tiada batasan dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain serta-merta. Pada masa akan datang, lebih banyak acara berskala besar seperti persidangan, ekspo dan sidang kemuncak akan berlangsung dalam dunia maya yang membolehkan lebih banyak peluang untuk bekerjasama di peringkat global serta mengurangkan masa, sumber dan jejak karbon yang digunakan apabila melakukan perjalanan.

3. Kumpulan muzik, DJ, kelab sukan dan janji temu akan beralih ke metaverse 

Semakin ramai individu dan organisasi dalam industri muzik dan sukan yang menggalakkan para peminat untuk menyertai mereka dari tempat duduk maya di lokasi maya, membawa keseronokan konsert dan perlawanan sukan ke rumah setiap individu yang menyertainya. Selain itu, beberapa aplikasi janji temu seperti Nevermet dan Flirtual telah pun menawarkan perkhidmatan mereka dalam metaverse. Dalam tempoh lima tahun akan datang, para pengguna akan ditawarkan peluang yang lebih interaktif dan imersif untuk membolehkan mereka melakukan perkara yang digemari dalam dunia nyata – semuanya melalui avatar digital mereka.

4. Jenama akan tampil dengan cara baharu

Pengalaman pelanggan maya akan menjadi suatu perkara biasa bagi jenama yang mencari cara baharu dan menarik untuk berinteraksi dengan para pelanggan mereka. Jenama runcit utama seperti Louis Vuitton, Adidas, Gucci, Coke dan Nike, serta syarikat-syarikat pengeluar kereta seperti Nissan, Toyota dan Ferrari telah pun menjalankan eksperimen ke atas persekitaran maya dan realiti terimbuh. Dalam tempoh lima tahun akan datang, DXC menjangkakan lebih banyak jenama yang akan menawarkan peluang kepada pelanggan untuk meneroka jenama, penyelesaian dan perkhidmatan mereka dalam bentuk 3D - daripada hotel, hinggalah bandar-bandar dan lapangan terbang.

5. Cara pengambilan pekerja dan penyesuaian tugas akan berubah

Merekrut bakat adalah suatu perkara penting bagi mana-mana perniagaan yang ingin berjaya dan berhubung dengan mereka adalah langkah pertama yang perlu dilakukan. Dalam tempoh lima tahun akan datang, organisasi akan semakin beralih ke metaverse untuk berhubung dengan calon pekerja mereka dengan cara yang menarik dan unik. Metaverse juga baik untuk keterangkuman. Mengadakan temu duga pusingan pertama dalam metaverse boleh membantu para perekrut mengenal pasti calon yang mempunyai profil tingkah laku yang betul dan bukan hanya calon yang mempunyai penampilan atau kelayakan CV yang betul semata-mata.

"Individu dan syarikat perniagaan kini membuka minda mereka terhadap kemungkinan menggunakan metaverse dalam aktiviti harian," rumus Nathalie Vancluysen. "Kebanyakan golongan remaja hari ini membesar dengan bersosial dan bermain permainan dalam talian, maka syarikat perniagaan, organisasi kerajaan dan jenama perlulah berinteraksi dengan mereka melalui produk dan perkhidmatan yang dirasakan biasa dan menarik bagi mereka."

Untuk maklumat lanjut, sila layari: 

https://dxc.com/us/en/insights/perspectives/article/Five-ways-the-metaverse-will-transform-lives-and-business

Tentang DXC Technology 

DXC Technology (NYSE: DXC) membantu syarikat global menjalankan sistem dan operasi misi penting mereka sambil memodenkan IT, mengoptimumkan seni bina data serta memastikan keselamatan dan kebolehskalaan di seluruh awan awam, swasta dan hibrid. Syarikat dan organisasi sektor awam terbesar di dunia mempercayai DXC untuk memanfaatkan perkhidmatannya bagi memacu prestasi, daya saing dan pengalaman pelanggan ke suatu tahap baharu. Ketahui lebih lanjut tentang cara kami merealisasikan kecemerlangan para pelanggan dan pekerja kami di DXC.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1966818/DXC_Technology_Company_DXC_Technology_Identifies_Five_Ways_the_M.jpg?p=medium600 

HUBUNGAN: Aleksandra Andreasik-Binkowska, DXC Technology, a.andreasikbinkowska@dxc.com 

 

 

Source: DXC Technology Company
Related Stocks:
NYSE:DXC
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research