omniture

TripleLift Melantik Sonja Kristiansen sebagai Ketua Pegawai Perniagaan syarikat

TripleLift
2022-12-14 20:15

Kristiansen akan bertanggungjawab untuk menerajui inisiatif strategik TripleLift ketika ia mempercepat strategi data + media

NEW YORK, 14 Disember 2022 /PRNewswire/ -- TripleLift, syarikat teknologi pengiklanan yang mencipta semula penempatan iklan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menamakan Sonja Kristiansen sebagai Ketua Pegawai Perniagaan, satu peranan baharu untuk syarikat tersebut. Sebagai ahli pasukan eksekutif TripleLift, Kristiansen akan bertanggungjawab dalam inisiatif strategik syarikat, pembangunan korporat dan akan menjadi pusat untuk memacu kerjasama global bagi syarikat tersebut.

Industri media digital terus berubah dengan pantas, menjadikan para penerbit dan pengiklan berusaha secara konsisten untuk mencapai matlamat mereka. Peranan sebagai ketua pegawai perniagaan ini telah dicipta untuk mempercepat perkongsian strategik TripleLift dan meningkatkan keupayaan syarikat untuk membantu para penerbit meningkatkan kandungan dan pengiklan mereka dengan lebih baik untuk mencapai khalayak mereka dengan lebih berkesan di tengah-tengah transformasi industri.

"Sonja mempunyai gabungan kemahiran kepimpinan yang dinamik dan pemahaman yang mendalam untuk semua bahagian ekosistem media digital," kata Dave Clark, Ketua Pegawai Eksekutif TripleLift. "Beliau merupakan rakan kongsi yang dipercayai kepada para pelanggan kami, peneraju yang digemari dalam kalangan kami dan peneraju yang berpengetahuan dalam industri ini. Sonja akan menjadi pusat untuk membina dan memacu strategi kami ke hadapan."

"Dengan begitu banyak transformasi yang berlaku dalam industri ini, terdapat peluang untuk TripleLift memanfaatkan perubahan tersebut dan mempercepat pelan hala tuju sebagai rakan kongsi SSP terbaik," kata Sonja Kristiansen, Ketua Pegawai Perniagaan TripleLift. "Saya teruja untuk memacu pelaksanaan TripleLift berdasarkan pelan strategiknya dan mewujudkan lebih banyak nilai untuk para pelanggan kami."

Kristiansen mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam strategi peneraju media digital, perkongsian dan pasukan hasil. Beliau menyertai TripleLift pada tahun 2016 dan telah memegang beberapa jawatan kepimpinan strategik di syarikat tersebut, termasuk yang terbaharu sebagai Naib Presiden Kanan, Perkongsian Platform Global di mana beliau memimpin pasukan yang bertanggungjawab untuk menyokong lebih 80 platform sisi permintaan (DSP), rangkaian khalayak dan platform-platform lain termasuk pengesahan, identiti dan rakan kongsi data. Sebelum menyertai syarikat tersebut, Kristiansen mengetuai pembangunan penerbit di syarikat permulaan teknologi iklan Virool dan beberapa jawatan dalam jualan, perkhidmatan dan media digital dengan Vancouver Canucks NHL.

Pelantikan Kristiansen melengkapkan perubahan pantas selama setahun untuk TripleLift. Pada bulan Mac, syarikat tersebut telah menyelesaikan pengambilalihan 1plusX, sebuah platform pengaktifan data pihak pertama global, untuk mempercepat strategi media + datanya serta meningkatkan portfolionya dalam penyelesaian data pihak pertama untuk para penerbit dan pengiklan. Pada bulan Ogos, ia telah mengumumkan pengembangan perniagaannya ke rantau DACH untuk membawa pasaran baharu ke pelbagai rantau yang berada di luar A.S. dari EMEA hingga APAC. Pada bulan September, ia telah mengumumkan Vevo sebagai satu lagi rakan kongsi penstriman utama untuk mengintegrasikan teknologi CTV Dalam Rancangan milik syarikat tersebut yang canggih, yang memasukkan jenama dan produk ke dalam program televisyen melalui penempatan produk pasca penerbitan. Dan yang terkini, penambahan Dave Clark, mantan Pengurus Besar FreeWheel, sebuah Anak Syarikat Comcast, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TripleLift. 

Tentang TripleLift
TripleLift ialah syarikat teknologi pengiklanan yang memperbaharui penempatan iklan dalam era kreatif, media dan data. Pasaran kami memberikan perkhidmatan kepada jenama, penerbit, syarikat penstriman dan platform sisi permintaan yang terkemuka di dunia yang menjalankan lebih 1 trilion transaksi iklan setiap bulan. Pelanggan memilih kami kerana tawaran boleh kendali kami yang merangkumi video natif dan dalam talian serta televisyen terhubung, inovasi yang menyertakan jenama ke dalam kandungan dalam masa nyata serta kepakaran sokongan yang dikhususkan untuk memaksimumkan prestasi rakan kongsi. Malah dengan pengambilalihan 1plusX, para pelanggan boleh mendapat nilai penuh bagi data pemasaran mereka dengan cara yang selamat dari segi privasi melalui platform pengurusan data pihak pertamanya. Sebagai sebahagian daripada portfolio Vista Equity Partners, TripleLift telah muncul dalam Inc. 5000 dan Deloitte Technology Fast 500 selama lima tahun berturut-turut, telah dinobatkan sebagai Syarikat Teknologi Pengiklanan Terhangat dalam senarai Business Insider selama tiga tahun berturut-turut dan telah dianugerahkan dengan Teknologi Pengiklanan TV Paling Inovatif oleh AdExchanger pada tahun 2021. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara TripleLift membentuk masa depan pengiklanan di triplelift.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1476042/TripleLift_Logo.jpg?p=medium600 

Source: TripleLift
Keywords: Advertising Computer/Electronics Personnel announcements