omniture

Education First (EF) Umumkan Anugerah Baharu bagi Kecemerlangan Kerjasama Antarabangsa

EF Corporate Language Learning Solutions
2014-01-14 10:00 147

LONDON, 14 Januari 2014 /PRNewswire/ --

EF Education First mengumumkan pada hari ini berkenaan dengan pelancaran Anugerah Kecemerlangan Kerjasama Antarabangsa (Anugerah EF ICE) untuk memberikan peluang kepada bidang perniagaan di seluruh dunia untuk mempamerkan projek kerjasama merentas sempadan yang luar biasa. Anugerah tersebut yang dilancarkan secara global, memberikan kepada apa-apa saiz atau bentuk organisasi peluang menerima pengiktirafan global dan memperlihatkan amalan terbaik dalam mengendalikan projek yang berjaya dengan melibatkan para pekerja daripada pelbagai negara.

Sebagai peneraju global dalam latihan bahasa Inggeris strategik bagi perniagaan dan kerajaan, EF Corporate Language Learning Solutions (EF CLLS) memahami komunikasi dan kerjasama merentas sempadan memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaan antarabangsa. Andy Bailey, Ketua Pegawai Pemasaran, EF CLLS mengulas: "Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantara yang penting bagi perniagaan antarabangsa, maka kerjasama antarabangsa memerlukan penguasaan bahasa Inggeris yang cekap, lalu menjadikan kedua-duanya saling melengkapi. Kami percaya projek kerjasama antarabangsa seumpamanya mewakili norma bagi perniagaan berjaya pada masa hadapan dan inilah tujuan kami melancarkan Anugerah EF ICE, untuk menyerlahkan amalan terbaik dalam bidang ini."

Organisasi yang diumumkan sebagai pemenang akan menerima pengiktirafan global sebagai petunjuk bagi kejayaan perniagaan antarabangsa menerusi rangkaian EF dan saluran publisiti. Mereka juga akan diberi peluang untuk mencalonkan dua pegawai eksekutif bagi menghadiri kursus bahasa Inggeris selama seminggu di salah sebuah institut Bahasa Eksekutif EF sama ada di Boston (AS) atau Cambridge (UK). Penginapan akan disediakan.

Bagi menyertainya, syarikat hanya perlu menghantar dokumen dalam format Word sehingga 1,000 patah perkataan melalui laman web Anugerah EF ICE: http://www.ef.com/ice, yang menjelaskan dengan terperinci tentang projek kerjasama antarabangsa yang berkenaan.

Semua penyertaan perlu diterima menjelang 1 April 2014. Syarikat yang disenarai pendek akan diumumkan pada 1 Mei 2014 dan pemenangnya akan dimaklumkan pada bulan Jun 2014.

Latar Belakang EF Corporate Language Learning Solutions

EF Corporate Language Learning Solutions, syarikat milik EF Education First, merupakan peneraju dunia dalam latihan bahasa korporat bagi organisasi sektor awam dan perniagaan multinasional. Lebih 1,500 organisasi dan 20 juta pelajar di serata dunia mempercayai kami kerana kami telah membuktikan penyelesaian latihan yang kami sediakan memperlihatkan hasil yang sebenar dari semasa ke semasa. Dengan rangkaian pejabat serata dunia di lebih 50 negara, institut bahasa eksekutif di Cambridge, UK dan Boston, Amerika Syarikat serta pusat pengajian bahasa dalam talian paling canggih dan mendapat permintaan di dunia, EF CLLS memberikan pulangan terbaik dalam pelaburan latihan bahasa. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang EF Corporate Language Learning Solutions, sila layari: http://www.ef.com/corporate.

Hubungi: Sarah Newcombe / Pengarah Pemasaran / Tel +44(0)207-341-8500 / sarah.newcombe@ef.com

Sumber: EF Corporate Language Learning Solutions

Source: EF Corporate Language Learning Solutions
Keywords: Education Higher Education Awards