Yusaku Maezawa Mengumumkan Lapan Anak Kapal yang Menyertai Misi Lunar Starship
NEW YORK, 15 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Yusaku Maezawa (Ketua Pegawai Eksekutif Start Today, Inc.) mengumumkan bahawa seramai 8 anak kapal dan 2 anak kapal sandaran telah dipilih untuk "dearMoon", sebuah projek pertama melibatkan orang awam sahaja yang akan terbang mengelilingi bulan dengan menaiki Starship, sebuah roket yang dibina oleh SpaceX.
Pada bulan Mac 2021 yang lalu, Maezawa telah membuat pengumuman di laman web rasmi dearMoon untuk mengajak bakat daripada pelbagai latar belakang mengembara ke angkasa lepas dan telah menerima lebih 1 juta permohonan daripada 249 buah negara dan wilayah.
8 anak kapal tersebut akan terbang mengelilingi bulan selama kira-kira 7 hari bersama Maezawa dan kembali semula ke bumi.
Anak kapal utama terdiri daripada:
Terdapat dua anak kapal sandaran, iaitu peluncur salji AS yang memenangi pingat emas Olimpik, Kaitlyn Farrington serta penari dan koreografer dari Jepun, Miyu.
Maezawa merealisasikan impian beliau untuk mengembara ke angkasa lepas dengan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada bulan Disember 2021. Cabaran beliau yang seterusnya adalah untuk menjayakan misi kembara mengelilingi Bulan yang pertama dalam sejarah manusia yang melibatkan orang awam semata-mata.
"Kami menerima permohonan daripada kira-kira satu juta orang dari seluruh dunia… Semua [anak kapal] ialah orang-orang yang hebat," kongsi Maezawa. "Tiada tugas tertentu yang ditetapkan untuk setiap seorang daripada mereka, tetapi saya berharap agar setiap anak kapal menyedari akan tanggungjawab yang bakal dipikul apabila meninggalkan bumi nanti... Mereka akan mendapat banyak manfaat daripada pengalaman ini dan saya berharap agar mereka menggunakannya untuk memberi sumbangan kepada planet ini dan seluruh umat manusia."
"Seluruh pasukan SpaceX teruja untuk melihat mereka yang luar biasa ini menyertai misi dearMoon," kata Jessica Jensen, Naib Presiden Operasi & Penyepaduan Pelanggan SpaceX. "Kami tidak sabar untuk menerbangkan pasukan yang terdiri daripada artis, pencipta kandungan dan atlet dari seluruh dunia ini yang akan mengembara dalam jarak 200 km dari permukaan bulan serta menyempurnakan perjalanan lengkap mengelilingi bulan sebelum kembali semula ke bumi dengan selamat."