Dengan Teknologi Penstabilan Leher Dinamik yang revolusioner
Baju pelindung leher yang diuji secara biomekanik ini memperkasakan setiap ahli sukan untuk melakukan aktiviti sukan yang mereka gemari dengan lebih lama—tanpa mengira usia atau tahap kemahiran mereka.
WATERLOO, Ontario, 15 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Kapsul Tech Corp. hari ini mengumumkan Kapsul ATLAS, baju yang ringan dan fleksibel dengan kolar pelindung yang direka untuk menyokong leher para atlet tanpa menjejaskan prestasi mereka.
Kapsul ATLAS mengisi jurang dalam peralatan perlindungan antara torso dan kepala dengan menggunakan teknologi yang dibangunkan berdasarkan penyelidikan biomekanik leher yang terkemuka dalam industri. Teknologi Penstabilan Leher Dinamik Terbina Dalam yang dimiliki Kapsul menyediakan sokongan dan penstabilan leher tanpa menjejaskan pelbagai pergerakan atau mobiliti atlet dengan menghilangkan daya semasa bermain bagi membantu mengurangkan risiko kecederaan, kesakitan atau ketegangan.
Leher memainkan peranan yang penting dalam prestasi atlet dan teknologi proprietari Kapsul dibangunkan berdasarkan penyelidikan selama bertahun-tahun terhadap atlet dari semua peringkat usia dan tahap kemahiran dalam pelbagai sukan. Walaupun sokongan dan perlindungan leher adalah penting untuk semua atlet, namun penyelidikan Kapsul turut mengenal pasti dua kumpulan yang benar-benar mendapat manfaat daripada perlindungan tambahan ini— iaitu atlet muda yang mempunyai otot dan tulang yang masih mengalami tumbesaran serta atlet wanita yang kebiasaannya mempunyai leher yang lebih panjang dengan ketumpatan otot yang lebih rendah.
Sepanjang kerjaya mereka, para atlet mengalami daya graviti berulangan yang boleh menyebabkan kerosakan pada otot dan tisu leher akibat daya dan keletihan. Purata daya graviti bagi sebuah kapal terbang ketika berlepas ialah sebanyak 0.4G—manakala purata daya graviti dalam sukan bola sepak pula mencecah 103G. Selain mengurangkan daya-daya ini, Kapsul ATLAS juga boleh mengurangkan keletihan otot dan kecederaan yang berkaitan dengan keletihan, sekali gus memperkasakan para atlet untuk bermain dan berlatih dengan lebih lama.
"Kapsul ATLAS merupakan kemuncak kepada inovasi, reka bentuk dan ujian yang dijalankan selama bertahun-tahun dengan beberapa atlet terbaik di dunia serta penyelidikan angkatan tentera yang dibiayai oleh kerajaan. Pasukan kami teruja untuk memperkenalkan model perlindungan dan prestasi baharu ini kepada dunia sukan, sukan kenderaan berkuasa, keselamatan dan perkhidmatan," kata Dr. Daryl Sherman, Ketua Pegawai Eksekutif Kapsul Tech Corp. "Leher merupakan titik permulaan yang sempurna untuk menunjukkan bagaimana model baharu ini menyokong sendi semasa pelbagai gerakan dilakukan tanpa menjejaskan prestasi." Dr. Daryl Sherman, Ketua Pegawai Eksekutif Kapsul Tech Corp.
Membawa Kapsul ATLAS ke pasaran memerlukan kaedah ujian yang baharu memandangkan penyelidikan tentang prestasi leher dalam bidang sukan agak ketinggalan berbanding anggota badan yang lain. Kapsul telah menjalankan penyelidikan bersama dengan Tentera Kanada dan Universiti Waterloo dalam menghasilkan FEM (Model Elemen Terhingga) dengan menggunakan Konsortium Model Manusia Global (GHMC). GHMC ialah sebuah model yang disahkan secara klinikal yang bertindak balas terhadap daya dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh badan manusia. Tidak seperti boneka ujian yang biasa digunakan, model ini membolehkan tahap perincian yang belum pernah diperolehi sebelum ini, dengan mengambil kira: tisu lembut, struktur, otot dan cecair skeletal semasa daya dikenakan. Ini merupakan bentuk ujian yang turut digunakan oleh kebanyakan pengeluar kereta utama.
Kapsul ATLAS boleh didapati dalam pelbagai saiz lelaki, wanita dan remaja serta tersedia untuk pembelian pada harga bermula daripada USD79.99. Untuk maklumat lanjut, sila layari kapsultech.com.
Tentang Kapsul
Kapsul ialah sebuah syarikat reka bentuk dan teknologi yang sentiasa mementingkan leher, perlindungan leher dan kepentingannya kepada semua atlet. Kami merupakan sebuah pasukan yang bersemangat dan berdedikasi untuk memajukan sains perlindungan. Kami berada di sini untuk para atlet daripada pelbagai jenis sukan dan tahap kemahiran — bagi memperkasakan mereka dalam melakukan segala aktiviti sukan yang mereka gemari dengan lebih lama.
Hubungan Media: Melissa Melnychuk, melissa@kapsultech.com
Video - https://www.youtube.com/watch?v=T68ZCE96c60
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1968068/Kapsul_Introducing_Kapsul_ATLAS_protective_athletic_gear%C2%A0With_re.jpg?p=medium600