omniture

Skor tertinggi untuk pemenang cadangan reka bentuk stesen kereta api Madrid-Chamartín iaitu UNStudio, b720 & Esteyco

UNStudio
2022-12-16 17:57

AMSTERDAM, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Adif AV mengumumkan pada minggu ini bahawa cadangan reka bentuk yang dihantar oleh UNStudio bersama-sama dengan b720 Arquitectura dan firma kejuruteraan, Esteyco, telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pertandingan pemodelan semula keseluruhan stesen kereta api Clara Campoamor Madrid-Chamartín.

Cadangan tersebut telah dipilih oleh 16 panel juri. Pasukan lain yang disenarai pendek termasuk BIG, Foster + Partners, OMA, ZHA, Grimshaw dan KPF.

Design Station Area Chamartin, Madrid by UNStudio, Esteyco and b720 Arquitectura
Design Station Area Chamartin, Madrid by UNStudio, Esteyco and b720 Arquitectura


Ben van Berkel: "Kami amat gembira kerana reka bentuk kami telah dicalonkan sebagai pemenang untuk cadangan projek pembangunan semula bandar yang amat menarik ini. Madrid merupakan salah sebuah bandar yang paling menarik dan mengujakan di Eropah. Transformasi di kawasan ini akan memeriahkan bahagian yang terlibat di bandar Madrid dengan ciri-ciri hijau baharu yang ditambah padanya. Kami teruja dapat bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan yang terbaik dalam menghasilkan cadangan ini memandangkan kerjasama sememangnya menjadi kunci kepada kejayaan pasukan kami"

Pertandingan antarabangsa ini telah dilancarkan pada tahun 2020 oleh Adif AV untuk mengubah stesen kereta api Clara Campoamor Madrid-Chamartín kepada mobiliti yang bersepadu, terhubung, berbilang mod dan lestari yang dijadikan penanda aras antarabangsa.

Cadangan UNStudio, b720 Arquitectura dan Esteyco, memperoleh skor maksimum yang disepakati oleh para juri dengan mempertimbangkan aspek seperti fungsi - kereta api, komersial dan tertiari - kebolehlaksanaan, kebolehcapaian dan integrasinya dengan bandar, kelestarian dan keterangkuman, dengan matlamat untuk mengubah kompleks Chamartín menjadi mercu tanda tumpuan di bandar Madrid.

Elemen utama yang dianggap penting dalam reka bentuk yang dicadangkan ini adalah pengekalan dan penghargaan bumbung-bumbung bersejarah di stesen Chamartín yang diiktiraf sebagai satu-satunya elemen yang menjadi identiti stesen ini.

Ben van Berkel: "Tumpuan utama kami adalah untuk mengekalkan dan menambah baik kompleks stesen sedia ada serta mengaktifkan persekitarannya dengan menggabungkan program yang bergerak pantas dan perlahan secara teliti; mereka bentuk pusat bandar kalis masa depan yang sangat lestari, serta memenuhi dan mengaktifkan kawasan ini sebaiknya dengan aktiviti pekerjaan, kehidupan, percutian dan pembelajaran. Kawasan stesen yang baharu ini akan memajukan bahagian bandar ini secara besar-besaran, menarik kunjungan orang ramai dan menaik taraf kualiti kehidupan di bandar Madrid ke tahap yang lebih tinggi."

Dikelilingi oleh menara-menara baharu dengan sebuah dataran awam di hadapannya, stesen baharu yang dicadangkan ini akan diubah menjadi halaman bandar yang besar yang akan berfungsi sebagai hab mobiliti bersepadu sepenuhnya serta turut menyediakan akses yang mudah kepada kaedah pengangkutan lain.

Muat turun imej >>>  

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1969367/UNStudio_Chamartin.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: UNStudio
Keywords: Art Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Railroads and Intermodal Transportation Transportation Joint ventures New products/services STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)