omniture

RS Components Capai Status Pengedar Global Francais Penuh daripada Fairchild Semiconductor

RS Components
2014-01-15 11:00 102

Perjanjian menyediakan pilihan produk yang lebih banyak berserta pengalaman membeli yang dipertingkatkan untuk pelanggan pada peringkat global

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Januari 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan telah berjaya mendapatkan perjanjian pengedaran berfrancais bersama Fairchild Semiconductor, pembekal global yang menerajui bagi kuasa berprestasi tinggi dan penyelesaian semikonduktor mudah alih. Terma bagi perjanjian tersebut membenarkan RS untuk mewakili Fairchild sebagai rakan kongsi pengedaran berfrancais penuh menerusi semua pasaran geografi di dunia.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140114/8521307337 )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Satu perjanjian pengedaran yang dibenarkan antara kedua-dua syarikat tersebut telah dilakukan dalam suatu tempoh tertentu dan RS mengekalkan inventori yang lengkap bagi hampir 2,000 produk Fairchild yang sedia untuk dihantarkan pada hari yang sama di serata dunia. Antaranya termasuklah pelbagai pilihan semikonduktor diskret dan litar bersepadu bagi pengurusan kuasa, logik standard, antara muka dan aplikasi pencahayaan LED. Perjanjian ini turut memberikan RS kemudahan untuk memperkembangkan lagi rangkaian Fairchild, lalu memastikan para pelanggan memperoleh akses kepada produk canggih yang terkini daripada vendor semikonduktor sejurus pelancaran produk tersebut.

"Rantaian bekalan stabil yang memberikan akses sedia terhadap penyelesaian terkini Fairchild kepada para jurutera merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan kami," kata Colin Craig, Pengarah Kanan, Bahagian Jualan Eropah, Aplikasi & Operasi, Fairchild Semiconductor. "Maka, Fairchild mengiktiraf RS sebagai rakan kongsi yang andal dan mampu menyediakan sumber yang dipercayai untuk memenuhi keperluan semikonduktor para jurutera. Pelanggan Fairchild juga akan beroleh manfaat daripada sokongan tambahan yang diberikan oleh RS termasuk sumber reka bentuk percuma serta mudah digunakan dan juga alat di DesignSpark.com."

Jon Boxall, Ketua Semikonduktor Peringkat Global, RS Components, berkata, "Kami menerima maklum balas yang berterusan daripada para jurutera dengan menggunakan komuniti rekaan dalam talian kami yang kekangan waktu merupakan cabaran terbesar dalam perlumbaan untuk membawakan produk tersebut ke dalam pasaran. Dengan membina hubungan yang lebih rapat bersama pembekal semikonduktor terkemuka seperti Fairchild, kami menjadikannya lebih mudah untuk para pelanggan di serata dunia untuk mendapatkan komponen yang diperlukan dengan segera, berserta akses serta-merta kepada alat kami yang percuma serta menjimatkan masa dan pelbagai pilihan bahagian kami termasuk model 3D."

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc yang merupakan pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan serta menghantar sekitar 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, serta komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan pada Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sebanyak GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman webnya di http://www.rs-components.com.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com

RS Components
http://www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Licensing/marketing agreements