GAITHERSBURG, Maryland, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi yang dikhususkan untuk membangun dan mengkomersialkan vaksin generasi seterusnya bagi penyakit berjangkit yang serius, hari ini mengumumkan cadangan tawaran dengan amaun pokok agregat bernilai $125 juta bagi nota kanan boleh tukar ("Nota") yang matang pada tahun 2027. Nota tersebut akan ditawarkan dan dijual hanya kepada individu yang dipercayai secara munasabah sebagai pembeli institusi yang layak menurut Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda. Berhubung dengan tawaran nota tersebut, Novavax menjangka akan memberikan pilihan selama 30 hari kepada pembeli awal untuk membeli sehingga $18.75 juta tambahan daripada amaun pokok agregat nota tersebut.
Nota tersebut akan mewakili kewajipan kanan tidak bercagar Novavax yang akan mengumpulkan faedah terakru yang perlu dibayar setiap setengah tahun secara tertunggak dan akan matang pada 15 Disember 2027, melainkan jika ditukar, ditebus atau dibeli semula lebih awal. Novavax akan menyelesaikan penukaran dengan membayar atau menyerahkan, seperti yang berkenaan, sama ada wang tunai, saham biasa, nilai tara $0.01 sesaham ("saham biasa"), atau gabungan tunai dan saham biasa, mengikut ketentuan Novavax. Nota tersebut akan dapat ditebus, secara keseluruhan atau sebahagian (tertakluk kepada had tertentu), dengan wang tunai mengikut pilihan Novavax pada bila-bila masa, dan dari semasa ke semasa, pada atau selepas 22 Disember 2025, sekiranya harga jualan terakhir yang dilaporkan bagi saham biasa adalah sekurang-kurangnya bernilai 130% daripada harga penukaran pada masa itu yang berkuat kuasa untuk sekurang-kurangnya 20 hari dagangan (sama ada berturut-turut atau tidak), dalam mana-mana tempoh 30 hari dagangan berturut-turut (termasuk hari dagangan terakhir bagi tempoh tersebut) yang berakhir pada hari dagangan dan termasuk hari dagangan sejurus sebelum tarikh Novavax memberikan notis penebusan pada harga penebusan yang bersamaan dengan nilai 100% daripada amaun pokok nota tersebut yang akan ditebus, termasuk sebarang faedah terakru dan masih belum dibayar pada, tetapi tidak termasuk, tarikh penebusan. Kadar faedah, kadar penukaran awal dan terma lain bagi nota tersebut akan ditentukan semasa menetapkan harga tawaran tersebut.
J.P. Morgan, Jefferies dan Cowen bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama dan wakil pembeli awal bagi tawaran nota tersebut. J. Wood Capital Advisors bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Syarikat ini berhubung dengan tawaran nota tersebut.
Serentak dengan tawaran nota tersebut, Novavax turut mengumumkan cadangan tawaran awam penajaan jamin untuk menjual sehingga $125 juta saham biasanya. Berhubung dengan tawaran saham biasa tersebut, Novavax berharap untuk memberikan pilihan selama 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli sehingga $18.75 juta saham biasa tambahan pada harga tawaran awam, yang ditolak diskaun dan komisen penajaan jamin. Tawaran nota tersebut tidak bergantung pada penyempurnaan tawaran saham biasa serentak, manakala tawaran saham biasa serentak tidak bergantung pada penyempurnaan tawaran nota tersebut.
Novavax boleh menggunakan hasil bersih daripada tawaran nota tersebut, dan tawaran saham biasa serentak sekiranya disempurnakan, untuk tujuan korporat umum, termasuk tetapi tidak terhad kepada pelancaran komersial global Nuvaxovid yang berterusan, pembayaran balik atau pembelian semula sebahagian daripada $325 juta dalam amaun pokok tertunggak sebanyak 3.75% daripada nota kanan tidak bercagar dan boleh ditukar kami yang perlu dibayar pada 1 Februari 2023, modal kerja, perbelanjaan modal, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, perbelanjaan ujian klinikal, pembayaran balik di bawah perjanjian pembekalan kami, serta pengambilalihan dan tujuan strategik yang lain.
Tawaran dan penjualan nota tersebut tidak didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda ("Akta Sekuriti" tersebut) atau mana-mana undang-undang sekuriti negeri. Nota tersebut mungkin tidak ditawarkan atau dijual di A.S. kecuali menurut pengecualian daripada syarat pendaftaran Akta Sekuriti dan mana-mana undang-undang sekuriti negeri yang berkenaan.
Nota tersebut akan ditawarkan hanya kepada individu yang dipercayai secara munasabah sebagai pembeli institusi yang layak menurut Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti. Tawaran dan penjualan nota tersebut serta mana-mana saham biasa yang boleh dikeluarkan selepas penukaran nota adalah tidak pernah, dan tidak akan, didaftarkan di bawah Akta Sekuriti atau mana-mana undang-undang sekuriti lain, dan nota serta mana-mana saham sedemikian tidak boleh ditawarkan atau dijual tanpa pendaftaran atau kecuali menurut pengecualian yang berkenaan daripada, atau dalam transaksi yang tidak tertakluk kepada, syarat pendaftaran Akta Sekuriti dan mana-mana undang-undang sekuriti lain yang berkuat kuasa.
Siaran akhbar ini tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli sekuriti yang ditawarkan ini, dan tidak akan ada sebarang jualan bagi sekuriti yang ditawarkan ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa lain di mana tawaran, pengumpanan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan berdasarkan undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa lain.
Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang mempromosikan kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia melalui penemuan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini memanfaatkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel imunogen tinggi dengan cekap yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global yang mendesak. Vaksin COVID-19 Novavax telah mendapat kebenaran daripada pelbagai pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia termasuk FDA A.S, Suruhanjaya Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Vaksin ini kini sedang dinilai oleh pelbagai agensi kawal selia di seluruh dunia, termasuklah untuk petunjuk dan populasi tambahan seperti golongan remaja serta sebagai dos penggalak. Selain vaksin COVID-19 ini, Novavax juga sedang menilai calon vaksin Gabungan Influenza dengan COVID-19 (CIC) dalam sebuah ujian klinikal Fasa 1/2, iaitu calon vaksin percubaan influenza kuadrivalen miliknya dan vaksin berasaskan strain Omicron (NVX-CoV2515) serta vaksin berasaskan strain asal / berasaskan Omicron berformat bivalen. Calon-calon vaksin ini menggabungkan adjuvan Matrix-M berasaskan saponin proprietari Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang tahap antibodi peneutralan yang tinggi.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan. Para pelabur dinasihatkan supaya tidak bergantung sepenuhnya pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan tentang keupayaan Novavax untuk melengkapkan penawaran, pemasaan dan terma tawaran yang dicadangkan ini dengan jayanya, anggaran hasil bersih daripada tawaran yang dicadangkan serta penggunaan perolehan yang dijangkakan oleh Novavax. Novavax memberi amaran bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian yang berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berkaitan dengan sama ada Novavax akan dapat menyempurnakan tawaran yang berpotensi pada garis masa yang ditetapkan atau mengikut terma yang dijangkakan, sekiranya berlaku, dan kemungkinan kesan buruk pada harga pasaran saham biasanya. Selain itu, pengurusan Novavax mengekalkan budi bicara yang luas berkenaan peruntukan hasil bersih daripada tawaran tersebut. Risiko yang berkenaan juga merangkumi risiko yang disenaraikan di bawah tajuk "Faktor Risiko" dan di tempat lain dalam Laporan Tahunan Novavax pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan dalam Laporan Suku Tahunan Novavax pada Borang 10-Q untuk suku tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2022, sebagai tambahan kepada faktor risiko yang disertakan dari semasa ke semasa dalam pemfailan SEC yang berikutnya oleh Novavax. Pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh dokumen ini sahaja dan Novavax tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan tersebut. Perniagaan Novavax tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang tinggi termasuk yang dirujuk di atas. Para pelabur, bakal pelabur dan mereka yang lain perlu memberi pertimbangan yang teliti terhadap risiko dan ketidakpastian ini. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan adalah layak secara keseluruhannya berdasarkan pernyataan peringatan ini.
Hubungan:
Pelabur
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com
Media
Ali Chartan atau Giovanna Chandler | 202-709-5563
media@novavax.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600