Ladang angin Masdar di Zarafshan dengan kapasiti 500 megawatt akan menjadi projek tenaga boleh baharu terbesar di Asia Tengah
LOUISVILLE, Colorado, 16 Disember 2022 /PRNewswire/ -- IdentiFlight® dengan sukacitanya mengumumkan bahawa teknologi pengesanan unggas IdentiFlight akan digunakan di seluruh pembangunan ladang angin di Zarafshan, Uzbekistan. Projek angin berkapasiti 500 megawatt ini akan menjadi ladang angin berskala utiliti yang pertama di Uzbekistan dan projek tenaga boleh baharu terbesar di Asia Tengah. IdentiFlight akan menyediakan 74 unit perlindungan untuk keseluruhan ladang angin, melindungi 12 spesies unggas, termasuk spesies burung hering Zaman Dahulu yang terancam.
Masdar, salah sebuah syarikat tenaga boleh baharu terkemuka di dunia, baru-baru ini mengumumkan perjanjian kewangan untuk projek angin Zarafshan. Projek ini akan menyediakan tenaga elektrik yang mencukupi untuk memperkasakan 500,000 buah rumah sambil mengurangkan 1.1 juta tan karbon dioksida setiap tahun. Operasi komersial dijangka bermula pada akhir tahun 2024.
"IdentiFlight teruja menjadi sebahagian daripada projek tenaga boleh baharu yang penting ini di Uzbekistan," kata Don Mills, Presiden IdentiFlight merangkap Ketua Pegawai Operasi. "Masdar dan negara Uzbekistan telah menetapkan contoh tanggungjawab dan penghormatan terhadap hidupan liar unggas yang unik di rantau ini untuk semua projek seterusnya. Walaupun spesies burung ini tidak dilindungi secara sah, mereka mengakui bahawa burung-burung ini amat dihargai di rantau ini dan perlindungan buat mereka adalah amat penting."
Ladang Angin Zarafshan
Projek ladang angin Zarafshan Masdar disokong oleh pasukan pemberi pinjaman utama global termasuk European Bank for Reconstruction and Development (EBRD), International Finance Corporation (IFC), Asian Development Bank (ADB) dan Japan International Cooperation Agency (JICA).
Uzbekistan mensasarkan untuk memperoleh 25 peratus tenaganya daripada sumber boleh baharu menjelang tahun 2026 dan bekerjasama dengan para pemberi pinjaman, rakan kongsi pembangunan dan sektor swasta untuk mempromosikan penyelesaian tenaga boleh baharu dan menjana pertumbuhan hijau Uzbekistan.
IdentiFlight Menangani Rupa Bumi yang Mencabar dan Spesies Baharu
"IdentiFlight akan menyediakan liputan penuh tentang tapak Zarafshan. Teknologi kami telah terbukti sangat berkesan dalam keadaan rupa bumi yang mencabar dengan cerun yang curam, sama seperti lokasi ini dan kami yakin bahawa IdentiFlight akan memberikan perlindungan optimum," kata Carlos Jorquera, Ketua Pegawai Teknologi IdentiFlight.
"Selain itu, kami tidak sabar untuk menambah sehingga 12 spesies baharu ke dalam senarai burung yang kami lindungi buat masa ini yang semakin bertambah bilangannya," kata Jorquera. "Salah satu kelebihan sistem IdentiFlight adalah keupayaannya untuk belajar daripada jumlah data besar yang dikumpulkan setiap hari. Dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan, seperti pembelajaran mesin dan rangkaian saraf perlingkaran, sistem ini terus bertambah baik apabila set data berkembang."
Sistem IdentiFlight digunakan secara komersial dalam projek-projek di seluruh dunia. Penyelidikan bebas selama beberapa tahun telah mengesahkan bahawa IdentiFlight mampu mengurangkan kematian di ladang-ladang angin sebanyak 85 peratus.
Bagaimana IdentiFlight Berfungsi
Sistem IdentiFlight menggabungkan kecerdasan buatan dengan teknologi optik berketepatan tinggi untuk mengesan burung helang dan lain-lain spesies unggas yang dilindungi. Teknologi rangkaian proprietari dan saraf memproses imej untuk menentukan kedudukan 3D, halaju, trajektori dan melindungi spesies yang disasarkan, semuanya dalam masa beberapa saat dari masa pengesanan. Menara IdentiFlight beroperasi sebagai sistem autonomi yang mengesan, mengklasifikasi dan menyekat turbin tertentu yang boleh menimbulkan risiko terhadap burung tersebut. Sistem ini mampu mengesan burung sejauh satu kilometer, mengklasifikasikan ia sebagai spesies yang dilindungi seperti helang (atau tidak) dalam masa nyata. Menara IdentiFlight boleh diletakkan untuk meliputi pelbagai turbin dalam satu ladang angin. Apabila dipasang sebagai sebuah rangkaian dengan liputan angkasa yang bertindih, sistem ini dapat bekerjasama untuk menyediakan perlindungan yang sebaik mungkin kepada aktiviti unggas di kawasan tersebut.
Tentang IdentiFlight
IdentiFlight memasar, menyampai dan mengendalikan wawasan mesin dan teknologi AI untuk pengesanan spesies unggas serta merupakan satu produk Boulder Imaging. Dalam sebuah ladang angin yang sedang beroperasi, IdentiFlight menyumbang kepada pemuliharaan burung dengan membantu melindungi burung helang daripada berlanggar dengan bilah turbin angin yang sedang berputar. Sistem ini menyediakan pengurangan termaklum kepada turbin tertentu untuk mengurangkan kehilangan tenaga. Dalam pembangunan awal projek angin, IdentiFlight membantu dalam membenarkan dengan mengukur aktiviti burung dengan tepat di tapak yang berpotensi. Sistem IdentiFlight telah menyelesaikan pengesahan bebas berbilang tahun dan kini sedang digunakan di projek-projek di seluruh A.S. dan di seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IdentiFlight, sila layari www.IdentiFlight.com.
Tentang Masdar
Abu Dhabi Future Energy Company (Masdar) merupakan salah sebuah syarikat tenaga bersih terbesar di dunia yang memajukan pembangunan dan penggunaan teknologi tenaga boleh baharu dan teknologi hidrogen hijau untuk menangani cabaran kelestarian global. Ditubuhkan pada tahun 2006 dan dimiliki bersama-sama oleh Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), Mubadala Investment Company (Mubadala) dan Abu Dhabi National Energy Company (TAQA), Masdar kini aktif di lebih 40 buah negara, membantu mereka mencapai objektif tenaga bersih dan memajukan pembangunan lestari.
Sumber Media
Video - https://mma.prnasia.com/media2/1969688/idi_media_clips__zarafshan___1080p.mp4
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1969628/IdentiFlight_Imaging_Head.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1969629/Zarafshan_Wind_Site.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1428317/IdentiFlight_Logo.jpg?p=medium600