GAITHERSBURG, Maryland, 17 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX), sebuah syarikat bioteknologi yang dikhususkan untuk membangun dan mengkomersialkan vaksin generasi seterusnya untuk penyakit berjangkit yang serius, hari ini mengumumkan harga bagi tawaran awam yang ditaja jamin untuk menjual 6,500,000 saham biasanya pada harga tawaran awam bernilai $10.00 sesaham yang menjadikan keseluruhan saham biasanya bernilai $65 juta. Sehubungan dengan tawaran saham biasa tersebut, Novavax memberikan pilihan selama 30 hari kepada penaja jamin untuk membeli sehingga 975,000 saham biasa tambahan pada harga tawaran awam, yang ditolak diskaun dan komisen penajaan jamin. Tawaran ini dijangka akan ditutup pada 20 Disember 2022, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim.
J.P. Morgan, Jefferies dan Cowen bertindak sebagai pengurus penaja jamin bersama dan wakil penaja jamin untuk tawaran saham biasa tersebut. B. Riley Securities dan H.C. Wainwright & Co. bertindak sebagai pengurus utama bersama untuk tawaran saham biasa tersebut.
Serentak dengan pengumuman harga saham biasa tersebut, Novavax turut mengumumkan pada hari ini harga bagi amaun pokok agregat bernilai $150 juta yang diumumkan sebelum ini bagi 5.00% nota senior boleh tukar syarikatnya yang matang pada tahun 2027 ("nota") kepada individu yang dipercayai secara munasabah sebagai pembeli institusi yang layak menurut Peraturan 144A di bawah Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda. Sehubungan dengan tawaran nota tersebut, Novavax telah memberikan pilihan selama 30 hari kepada pembeli awal untuk membeli amaun pokok agregat tambahan bagi nota tersebut bernilai sehingga $25.25 juta. Tawaran nota ini dijangka akan ditutup pada 20 Disember 2022, tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang lazim. Tawaran saham biasa tersebut tidak bergantung pada penyempurnaan tawaran nota yang serentak, manakala tawaran nota yang serentak tidak bergantung pada penyempurnaan tawaran saham biasa tersebut.
Novavax menganggarkan bahawa perolehan bersih daripada tawaran saham biasa tersebut selepas menolak diskaun dan komisen penajaan jamin dan anggaran perbelanjaan tawaran yang perlu dibayar oleh Novavax akan berjumlah kira-kira $60.7 juta (atau kira-kira $69.8 juta sekiranya penaja jamin dalam tawaran tersebut melaksanakan sepenuhnya pilihan mereka untuk membeli saham tambahan).
Novavax boleh menggunakan hasil bersih daripada tawaran saham biasa tersebut dan tawaran nota serentak, sekiranya disempurnakan, untuk tujuan korporat umum, termasuk tetapi tidak terhad kepada pelancaran komersial global Nuvaxovid yang berterusan, pembayaran balik atau pembelian semula sebahagian daripada $325 juta amaun pokok tertunggak daripada 3.75% nota senior tidak bercagar dan boleh ditukar syarikatnya yang perlu dibayar pada 1 Februari 2023, modal kerja, perbelanjaan modal, perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan, perbelanjaan ujian klinikal, pembayaran balik di bawah perjanjian pembekalan kami, serta pengambilalihan dan tujuan strategik yang lain.
Satu pernyataan pendaftaran yang berkaitan dengan tawaran saham biasa tersebut telah difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa ("SEC") pada 11 Mac 2020 yang lalu dan berkuat kuasa sehingga kini. Tawaran saham biasa ini hanya akan dibuat melalui tambahan prospektus serta prospektus yang disertakan. Sebelum melabur dalam tawaran saham biasa ini, para pembeli perlu membaca bahan tambahan prospektus yang berkaitan dan menerangkan syarat tawaran awam tersebut serta penyata pendaftaran berkaitan dan dokumen lain yang telah difailkan oleh Novavax kepada SEC untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang Novavax dan tawaran awam tersebut. Salinan elektronik bagi bahan tambahan prospektus awal dan prospektus yang disertakan berkaitan dengan tawaran saham biasa ini boleh didapati di laman web SEC di www.sec.gov. Salinan elektronik bagi bahan tambahan prospektus awal dan prospektus yang disertakan berkaitan dengan tawaran saham biasa tersebut akan tersedia di laman web SEC di www.sec.gov, dan boleh juga diperolehi, apabila ia tersedia, daripada: J.P. Morgan, Perhatian: Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, melalui telefon di (866) 803-9204 atau melalui e-mel di prospectus-eq_fi@jpmchase.com; Jefferies LLC, Perhatian: Equity Syndicate Prospectus Department, 520 Madison Avenue, New York, NY 10022, melalui telefon di (877) 821-7388 atau melalui e-mel di prospectus_department@jefferies.com; atau Cowen and Company, LLC, c/o Broadridge Financial Solutions, 1155 Long Island Avenue, Edgewood, NY 11717, Perhatian: Prospectus Department, melalui telefon di (833) 297-2926, atau melalui e-mel di PostSaleManualRequests@broadridge.com.
Siaran akhbar ini tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau mengumpan tawaran untuk membeli sekuriti yang ditawarkan ini, dan tidak akan ada sebarang jualan bagi sekuriti yang ditawarkan ini di mana-mana negeri atau bidang kuasa lain di mana tawaran, pengumpanan, atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan berdasarkan undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa lain.
Tentang Novavax
Novavax, Inc. (Nasdaq: NVAX) ialah sebuah syarikat bioteknologi yang mempromosikan kesihatan yang lebih baik di seluruh dunia melalui penerokaan, pembangunan dan pengkomersialan vaksin inovatif untuk mencegah penyakit berjangkit yang serius. Platform teknologi rekombinan proprietari syarikat ini memanfaatkan kuasa dan kepantasan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan nanopartikel imunogen tinggi dengan cekap yang direka untuk menangani keperluan kesihatan global yang mendesak. Vaksin COVID-19 Novavax telah mendapat kebenaran daripada pelbagai pihak berkuasa kawal selia di seluruh dunia termasuk Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S, Suruhanjaya Eropah dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Vaksin ini kini sedang dinilai oleh pelbagai agensi kawal selia di seluruh dunia, termasuklah untuk petunjuk dan populasi tambahan seperti golongan remaja serta sebagai dos penggalak. Selain vaksin COVID-19 ini, Novavax juga sedang menilai calon vaksin Gabungan Influenza dengan COVID-19 (CIC) dalam sebuah ujian klinikal Fasa 1/2, iaitu calon vaksin percubaan influenza kuadrivalen miliknya dan vaksin berasaskan strain Omicron (NVX-CoV2515) serta vaksin berasaskan strain asal / berasaskan Omicron berformat bivalen. Calon-calon vaksin ini menggabungkan adjuvan Matrix-M berasaskan saponin proprietari Novavax untuk meningkatkan tindak balas imun dan merangsang tahap antibodi peneutralan yang tinggi.
Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan. Para pelabur dinasihatkan supaya tidak bergantung sepenuhnya pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan tentang keupayaan Novavax untuk melengkapkan tawaran ini dengan jayanya, anggaran hasil bersih daripada tawaran tersebut serta penggunaan perolehan yang dijangkakan oleh Novavax. Novavax memberi amaran bahawa pernyataan berpandangan ke hadapan ini tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau tersirat dalam pernyataan tersebut. Risiko dan ketidakpastian yang berkenaan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yang berkaitan dengan sama ada Novavax akan dapat menyempurnakan tawaran yang berpotensi pada garis masa yang ditetapkan atau mengikut terma yang dijangkakan, sekiranya berlaku, dan kemungkinan kesan buruk pada harga pasaran saham biasanya. Selain itu, pengurusan Novavax mengekalkan budi bicara yang luas berkenaan peruntukan hasil bersih daripada tawaran tersebut. Risiko yang berkenaan juga merangkumi risiko yang disenaraikan di bawah tajuk "Faktor Risiko" dan di tempat lain dalam Laporan Tahunan Novavax pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan dalam Laporan Suku Tahunan Novavax pada Borang 10-Q untuk suku tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2022, sebagai tambahan kepada faktor risiko yang disertakan dari semasa ke semasa dalam pemfailan SEC yang berikutnya oleh Novavax. Pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini adalah tepat hanya pada tarikh dokumen ini sahaja dan Novavax tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula mana-mana pernyataan tersebut. Perniagaan Novavax tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang tinggi termasuk yang dirujuk di atas. Para pelabur, bakal pelabur dan mereka yang lain perlu memberi pertimbangan yang teliti terhadap risiko dan ketidakpastian ini. Semua pernyataan berpandangan ke hadapan adalah layak secara keseluruhannya berdasarkan pernyataan amaran ini.
Hubungan:
Pelabur
Erika Schultz | 240-268-2022
ir@novavax.com
Media
Ali Chartan atau Giovanna Chandler | 202-709-5563
media@novavax.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1506866/Novavax_High_Res_Logo.jpg?p=medium600