omniture

LyondellBasell Meningkatkan Sasaran Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau, Termasuk Skop 3

LyondellBasell Industries
2022-12-18 03:18

HOUSTON dan LONDON, 18 Disember 2022 /PRNewswire/ -- LyondellBasell (NYSE: LYB), sebuah peneraju dalam industri kimia global, hari ini mengumumkan ia akan meningkatkan sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) 2030 syarikat untuk pelepasan skop 1 dan skop 2 daripada 30 peratus kepada 42 peratus, berbanding garis dasar tahun 2020. Di samping itu, syarikat ini akan mewujudkan sasaran pengurangan pelepasan GHG skop 3 tahun 2030 sebanyak 30 peratus, berbanding garis dasar tahun 2020 dan berlandaskan garis panduan daripada Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (Science Based Targets Initiative, SBTi). Syarikat tersebut masih mengekalkan matlamat yang diumumkan sebelum ini untuk mencapai pelepasan GHG skop 1 dan 2 sifar karbon daripada operasi global menjelang tahun 2050.

"Kami percaya sasaran pengurangan GHG yang lebih bercita-cita tinggi boleh dicapai dan akan mewujudkan nilai yang besar kepada semua para pemegang taruh kami," kata Peter Vanacker, Ketua Pegawai Eksekutif LyondellBasell. "Mengurangkan pelepasan dan pada masa yang sama membina perniagaan kitaran bertaraf dunia dan penyelesaian karbon rendah perlu memenuhi permintaan yang kami lihat di seluruh rantaian nilai.  Pendekatan ini bukan sahaja baik untuk masyarakat, tetapi juga baik untuk perniagaan. Kami akan mengikuti pendekatan berdisiplin untuk mengutamakan projek pulangan tinggi dan akan terus memenuhi jangkaan pulangan kami."

Anggaran perbelanjaan modal yang diperlukan untuk mencapai matlamat pengurangan pelepasan yang disepadukan ke dalam pelan jangka panjang syarikat. Pelaburan ini tidak dijangka akan mewakili sebahagian besar daripada jumlah perbelanjaan modal dalam tempoh tiga tahun akan datang dan tidak akan mengubah strategi peruntukan modal. Walaupun kebanyakan projek pengurangan pelepasan GHG masih dalam peringkat awal pembangunan, syarikat ini akan menilai, menerus dan mengutamakan pelaburan pelepasan GHG berdasarkan pada kadar pulangan bagi setiap projek.

LyondellBasell akan menyerahkan matlamat iklim syarikat kepada SBTi untuk disahkan berdasarkan bimbingan SBTi. SBTi mentakrif dan mempromosikan amalan terbaik untuk tetapan sasaran pelepasan GHG korporat yang sejajar dengan sains iklim terkini.

Dalam jangka masa terdekat, LyondellBasell terus melaksanakan inisiatif yang diumumkan sebelum ini untuk mengurangkan pelepasan, termasuk:

  • Permulaan empat perjanjian pembelian kuasa di Texas, mewakili kira-kira 400 ribu tan metrik pelepasan GHG skop 2 syarikat setiap tahun
  • Menamatkan penggunaan arang batu secara berperingkat di tapaknya di Wesseling, Jerman, yang mampu mengurangkan pelepasan skop 2 tapak tersebut sebanyak kira-kira 170 ribu tan metrik setiap tahun

Seperti yang diumumkan pada bulan April 2022, syarikat ini berada di landasan yang tepat untuk menutup kilang penapisan Houston menjelang akhir bulan Disember 2023. Ini dijangka dapat mengurangkan pelepasan GHG skop 1 dan skop 2 sebanyak lebih 3 juta tan metrik setiap tahun dan pelepasan skop 3 sebanyak kira-kira 40 juta tan metrik setiap tahun.

LyondellBasell juga berhasrat untuk memperoleh sekurang-kurangnya 75 peratus daripada tenaga elektrik globalnya daripada kuasa karbon rendah menjelang tahun 2030, sebahagian besar daripadanya akan datang daripada matlamat sedia ada untuk memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus bekalan elektrik global daripada sumber boleh baharu. 

Kebanyakan inisiatif pengurangan pelepasan GHG yang dirancang untuk pelaksanaan menjelang tahun 2030 akan bermula pada tahun 2024 dan seterusnya apabila syarikat memanfaatkan jadual pusing ganti aset sedia ada untuk tapak terbesarnya, termasuk:

  • Memproses projek pemulihan haba, pengelektrikan turbin proses yang besar dan mengoptimumkan permintaan stim di tapaknya di Wesseling, Jerman pada tahun 2024
  • Pengoptimuman peralatan pemanasan melalui pendigitalan canggih, peningkatan kecekapan dan pengurusan bahan api di tapaknya di Channelview, Texas pada tahun 2025

Di samping itu, perniagaan Penyelesaian Kitaran dan Karbon Rendah syarikat yang diumumkan sebelum ini akan memberi tumpuan kepada pencapaian matlamatnya untuk menghasilkan dan memasarkan 2 juta tan metrik polimer berasaskan kitar semula dan boleh baharu setiap tahun menjelang tahun 2030, sekali gus mampu mengurangkan lagi pelepasan skop 3.   

Kerjasama rantaian nilai akan terus kekal menjadi keutamaan syarikat. Yang terkini, LyondellBasell menyertai kumpulan Teknologi Pelepasan Karbon Rendah Forum Ekonomi Dunia (LCET) untuk membantu mempercepatkan pembangunan dan peningkatan teknologi pelepasan karbon rendah yang diperlukan untuk industri kimia dan rantaian nilai yang berkaitan bagi mencapai pelepasan sifar karbon menjelang tahun 2050.

Maklumat tambahan tentang pelan peralihan syarikat, risiko iklim dan pendekatan peruntukan modal serta penyelarasannya kepada keperluan Pasukan Petugas Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) akan disertakan dalam Laporan Kelestarian LyondellBasell 2022. Untuk maklumat lanjut tentang pendekatan syarikat terhadap kelestarian, sila klik di sini.

Tentang LyondellBasell 

Sebagai peneraju dalam industri kimia global, LyondellBasell berusaha setiap hari untuk menjadi syarikat yang paling selamat, dikendalikan dengan cara terbaik dan paling bernilai dalam industri kami. Produk, bahan dan teknologi syarikat ini memberikan kecanggihan dalam penyelesaian lestari dari segi keselamatan makanan, akses kepada air bersih, penjagaan kesihatan dan bahan api cekap di lebih 100 pasaran antarabangsa. LyondellBasell meletakkan keutamaan yang tinggi terhadap kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman serta Menggalakkan Kebaikan dengan penekanan kepada planet, komuniti tempat kami beroperasi serta tenaga kerja kami pada masa hadapan. Syarikat ini berbangga dengan teknologi bertaraf dunia serta fokusnya kepada para pelanggan. LyondellBasell telah meningkatkan cita-cita dan tindakan kitaran serta iklimnya untuk menangani cabaran global dalam sisa plastik dan penyahkarbonan. Pada tahun 2022, LyondellBasell telah tersenarai sebagai salah satu daripada "Syarikat-Syarikat Paling Dikagumi di Dunia" dalam Majalah FORTUNE untuk tahun kelima berturut-turut. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.LyondellBasell.com atau ikuti @LyondellBasell di LinkedIn.

Pernyataan Berpandangan ke Hadapan
Pernyataan dalam siaran ini yang berkaitan dengan perkara yang bukan fakta sejarah adalah pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini adalah berdasarkan jangkaan dan andaian pihak pengurusan LyondellBasell, termasuk jangkaan berdasarkan maklumat dan unjuran pihak ketiga yang dipercayai munasabah semasa ia dibuat dan tertakluk kepada risiko serta ketidakpastian yang ketara. Apabila digunakan dalam siaran ini, perkataan "anggaran," "percaya," "meneruskan," "boleh," "berhasrat," "mungkin," "merancang," "berpotensi," "strategi," "matlamat," "berhasrat," "mencapai," "laluan," "membolehkan," "sasaran," "perlu," "akan," "menjangkakan," serta ungkapan serupa adalah bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan, walaupun bukan semua pernyataan berpandangan ke hadapan mengandungi perkataan pengenal pasti seperti yang disebutkan. Di samping itu, pernyataan yang merujuk kepada matlamat tahun 2030 LyondellBasell, matlamat sifar karbon dan usaha yang berkaitan, aktiviti dan jangkaan perbelanjaan modal merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material berdasarkan faktor-faktor termasuk, tetapi tidak terhad kepada, keadaan pasaran, kitaran perniagaan bahan kimia, polimer dan industri penapisan; ketersediaan, kos dan turun naik harga bahan mentah dan utiliti, terutamanya kos minyak, gas asli dan gas asli cecair yang berkaitan; keupayaan kami untuk beroperasi dengan selamat, meningkatkan pengeluaran polimer kitar semula dan boleh diperbaharui dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan penggunaan tenaga; pelaksanaan teknologi baharu dan keupayaan untuk merealisasikan manfaat yang diharapkan daripadanya; keupayaan kami untuk mengakses modal bagi membiayai inisiatif berkaitan iklim kami; perkembangan yang berkaitan dengan Sistem Perdagangan Pelepasan Kesatuan Eropah (EU ETS) dan keupayaan kami mengurangkan kos berkaitan; keupayaan kami untuk memperoleh manfaat di bawah Akta Pengurangan Inflasi A.S.;  tindakan oleh para pembekal dan pelanggan kami, termasuk penggunaan keluarga produk Circulen ; keupayaan kami untuk mempromosikan tenaga karbon yang boleh baharu dan rendah serta mengurangkan pergantungan kami terhadap arang batu; tekanan ke atas produk dan harga yang kompetitif; keadaan buruh; gangguan operasi; bekalan/permintaan mengimbangi produk kami dan usaha sama kami serta kesan berkaitan daripada kapasiti pengeluaran industri dan kadar operasi; keupayaan kami untuk menguruskan kos; keputusan kewangan dan operasi masa depan; perkembangan perubahan iklim; prosiding undang-undang dan alam sekitar; pengelakan cukai, akibat atau prosiding; perkembangan teknologi dan keupayaan kami untuk membangunkan produk dan teknologi proses baharu; dan tindakan kawal selia kerajaan yang berpotensi, termasuk keperluan pendedahan berkaitan iklim. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan berbeza secara material daripada yang diterangkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini boleh didapati dalam bahagian "Faktor Risiko" Borang 10-K kami untuk tahun yang berakhir pada 31 Disember 2021 dan dalam pemfailan kami yang seterusnya dengan SEC, yang juga tersedia di
www.LyondellBasell.com pada halaman Perhubungan Pelabur dan di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa di www.sec.gov.

Pernyataan berpandangan ke hadapan ini hanya benar pada tarikh ia dibuat dan berdasarkan anggaran serta pendapat pihak pengurusan LyondellBasell ketika ia disediakan. LyondellBasell tidak bertanggungjawab dan menafikan secara nyata untuk mengemas kini sebarang pernyataan berpandangan ke hadapan ini sekiranya keadaan atau anggaran atau pendapat pihak pengurusan berubah, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang. Siaran ini merujuk kepada rangka kerja dan inisiatif tertentu. Dengan berbuat demikian, syarikat tidak berhasrat untuk menyokong atau mengguna pakai dan tidak menyokong atau mengguna pakai rangka kerja ini secara kekal. Syarikat tidak membuat sebarang perwakilan atau waranti tentang penggunaan atau definisi organisasi ini bagi terma atau cadangan khusus atau daya maju mana-mana inisiatif.

Pelepasan LyondellBasell yang dilaporkan dan pengurangan jangkaan adalah berdasarkan gabungan data yang diukur dan dianggarkan serta berdasarkan standard industri dan amalan terbaik, termasuk Protokol Gas Rumah Hijau serta panduan daripada IPIECA dan Institut Petroleum Amerika. Pelepasan yang dilaporkan adalah anggaran sahaja dan data adalah tertakluk kepada perubahan seiring dengan kaedah, kualiti data dan penambahbaikan teknologi. Matlamat LyondellBasell untuk mengurangkan pelepasan adalah usaha murni yang baik berdasarkan data dan metodologi berkaitan semasa yang boleh diubah atau ditapis ketika kami mengembangkan pendekatan kami untuk mengenal pasti, mengukur dan menangani pelepasan.

LyondellBasell Increases Greenhouse Gas Emissions Reduction Targets, Includes Scope 3
LyondellBasell Increases Greenhouse Gas Emissions Reduction Targets, Includes Scope 3

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1969788/LyondellBasell_Gas_Emissions_Reduction.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/562522/LYB_Advancing_Possible_Logo.jpg?p=medium600

Source: LyondellBasell Industries
Related Stocks:
NYSE:LYB
Keywords: Chemical Oil/Energy Utilities Environmental Issues