omniture

ADIDAS DAN COMMON GOAL MEMPERCEPAT PERUBAHAN UNTUK KEDUA-DUA BAHAGIAN BOLA SEPAK DENGAN IKRAR SUMBANGAN SEBANYAK 1% KEPADA PROJEK YANG BERUSAHA KE ARAH MASA DEPAN KESAKSAMAAN JANTINA

adidas
2022-12-18 21:27
  • Ikrar sebanyak 1 % daripada jualan bersih bola perlawanan rasmi FIFA World Cup Qatar 2022 hanyalah untuk projek yang memberi tumpuan kepada kesaksamaan jantina sahaja
  • Pelaburan melalui Common Goal membolehkan pelaksanaan rangka kerja 'Global Goal 5 Accelerator' untuk diperluas ke serata negara dan benua baharu 
  • Demi mendorong kepentingan kesaksamaan bagi kedua-dua bahagian bidang sukan ini, adidas menggunakan "Bola separuh" yang hebat pada perlawanan akhir Piala Dunia untuk mempamerkan bahawa separuh lagi kejohanan bola sepak sedang menanti 

HERZOGENAURACH, Jerman, 18 Disember 2022 /PRNewswire/ -- adidas hari ini mengumumkan langkah seterusnya dalam kerjasama globalnya dengan Common Goal – yang bermatlamat untuk mendorong kesaksamaan jantina dalam sukan bola sepak dengan menyokong inisiatif akar umbi yang meningkatkan akses kepada sukan ini untuk kaum wanita dan kanak-kanak perempuan, atas padang dan juga di luar padang.

ADIDAS AND COMMON GOAL ACCELERATE CHANGE FOR BOTH HALVES OF FOOTBALL WITH 1% PLEDGE TO PROJECTS WORKING TOWARDS GENDER EQUAL FUTURE
ADIDAS AND COMMON GOAL ACCELERATE CHANGE FOR BOTH HALVES OF FOOTBALL WITH 1% PLEDGE TO PROJECTS WORKING TOWARDS GENDER EQUAL FUTURE

Komitmen adidas akan menyaksikan 1% daripada jualan bersih bola perlawanan rasmi FIFA World Cup Qatar 2022, Al Hilm dan Al Rihla, disumbangkan kepada 'Global Goal 5 Accelerator' Common Goal; sebuah projek usaha sama bagi meningkatkan penyertaan, perwakilan dan kepemimpinan kaum wanita dalam akar umbi sukan ini. Program ini memberi tumpuan dalam meningkatkan penyertaan kanak-kanak perempuan serta perkadaran jurulatih wanita dan pemimpin wanita dalam sukan bola sepak untuk program komuniti yang baik, membantu memastikan setiap peserta kanak-kanak perempuan mempunyai suri teladan daripada kalangan atlet wanita dalam komuniti mereka.

Pengumuman tersebut dibuat pada saat yang penting dalam kalendar bola sepak. Ketika satu kejohanan berakhir, satu lagi kejohanan bakal muncul di mana kiraan detik untuk menyaksikan FIFA Women's World Cup Australia & New Zealand 2023™ - detik penting seterusnya dalam kalendar bola sepak global – semakin memuncak. Berdasarkan maklumat bahawa hanya 14% daripada para peminat Piala Dunia lelaki daripada Generasi Z akan memberikan sokongan mereka kepada Piala Dunia wanita (GWI), adidas akan menggunakan sorotan pada perlawanan peringkat akhir ini untuk mempamerkan semangat, kemahiran dan kesedihan yang menanti para peminat di satu lagi bahagian sukan bola sepak yang terus berkembang pesat setiap musim; dari segi tontonan dan penyertaan. Menjelang perlawanan akhir pada hari Ahad nanti, Al Hilm "separuh" yang dicipta khusus dengan satu mesej penting "this is a game of two halves" ("permainan ini mempunyai dua bahagian") akan diletakkan di hadapan dunia untuk meningkatkan kepentingan dalam mengakui bahawa kejohanan lelaki ini hanyalah bahagian separuh yang pertama daripada bola sepak.

Pelaburan ini akan memudahkan pengembangan 'Global Goal 5 Accelerator' di seluruh Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Pasifik dan Eropah untuk memberi impak sebenar kepada bidang sukan ini di seluruh dunia.

Jürgen Griesbeck, Pengasas Bersama Common Goal, mengulas tentang inisiatif ini dengan berkata, "Komitmen adidas melangkaui kepercayaan kami terhadap perkara yang menjadi langkah penting ke arah kesaksamaan jantina dan dalam bola sepak Wanita. Sebaliknya, ia tentang memartabatkan sukan tersebut untuk menjadi yang terbaik dan menunjukkan legasinya. Kami berharap banyak lagi jenama dan pihak berkepentingan lain mengusahakan perkara yang sama bagi membolehkan bidang sukan kegemaran dunia ini memanfaatkan sepenuhnya potensi yang dimilikinya."

Pengumuman ini turut digabungkan dengan sebuah perbincangan panel yang penting bagi merungkai halangan akses yang masih wujud dalam sukan bola sepak wanita dan keajaiban yang menanti sekiranya halangan tersebut dapat diatasi – seperti yang diberitahu oleh Catarina Macario, pemain antarabangsa AS, Ian Wright, bekas pemain legenda Arsenal dan pejuang kesaksamaan serta Eniola Aluko, bekas pemain antarabangsa England.

"Ketika semua orang menumpukan perhatian kepada acara utama yang bakal berlangsung pada musim panas akan datang, kami ingin membantu memastikan kaum wanita dan kanak-kanak perempuan yang bersemangat untuk bermain sukan ini dapat melakukannya, dengan mempercepatkan akses di peringkat akar umbi. Lagipun semua pasukan bola sepak yang berada pada tahap tertinggi bermula dengan sebuah bola yang ditendang di padang atau jalan tempatan," kata Rachel Howard, Naib Presiden Jenama Pasaran Baru Muncul adidas.  "Kami berbangga dapat membantu komuniti bersemangat yang luar biasa yang melakukan kemajuan menakjubkan ke arah visi ini. Sokongan ini akan dipercepatkan apabila kami semakin hampir dengan kejohanan di Australia dan New Zealand– demi memanfaatkan keinginan untuk bermain yang kami tahu bahawa ia akan memberi inspirasi - namun, ia merupakan komitmen jangka panjang yang akan terus memberikan impak yang kekal lama selepas kejohanan ini berakhir."

adidas telah menjadi penaja Common Goal yang memberi impak sejak tahun 2021 dan pengumuman yang dibuat pada hari ini merupakan inisiatif terkini di bawah adidas Football Collective – sebuah pergerakan yang komited untuk mewujudkan perubahan melalui sukan. Melalui adidas Football Collective, jenama ini bergabung tenaga dengan rakan komuniti yang mampan, aktivis dan pembuat perubahan serta kelab dan atlet profesional – semuanya, demi menghasilkan tindakan sebenar. Usaha ini dicapai melalui pemberian sumber kepada pasukan-pasukan yang memberikan akses yang tidak tersedia sebelum ini, merangkumi pejuang golongan kurang upaya, pembuat permainan daripada kaum wanita serta pasukan daripada komuniti LGBTQIA+.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kerjasama adidas Football Collective dan Common Goal, sila layari https://www.adidas.com/footballcollective_cg  

Untuk maklumat media selanjutnya, sila layari http://news.adidas.com/GLOBAL/PERFORMANCE/FOOTBALL

Tentang adidas dalam Bola Sepak 

adidas merupakan peneraju global dalam sukan bola sepak. Ia ialah pembekal rasmi bagi kejohanan bola sepak yang paling penting di dunia seperti FIFA World Cup™ (Piala Dunia FIFA), Kejuaraan UEFA Eropah dan Liga Juara-Juara UEFA. adidas turut menaja beberapa kelab terbaik di dunia termasuk Real Madrid, Manchester United, Arsenal, FC Bayern Munich & Juventus. adidas juga bekerjasama dengan beberapa atlet terbaik dalam sukan ini termasuk Vivianne Miedema, Lindsey Horan, Wendie Renard, Leo Messi, Paul Pogba, Mohamed Salah, Paulo Dybala, Thiago Alcantara, Gabriel Jesus, Roberto Firmino, Joao Felix, Serge Gnabry, Isco, Jude Bellingham dan Karim Benzema. 

Tentang Common Goal 

Common Goal ialah sebuah pergerakan impak global yang diwujudkan untuk menyatukan komuniti bola sepak dalam menangani cabaran terbesar pada zaman ini. Pergerakan ini bermatlamat untuk memberi inspirasi dan menggerakkan setiap pihak berkepentingan bagi ekonomi bola sepak untuk memainkan peranan yang bermakna dalam memberi khidmat kepada kesejahteraan manusia dan planet kita. Bagi melaksanakannya, Common Goal menyediakan satu mekanisme yang mudah dan berkesan untuk para pemain, pengurus, pegawai dan kelab bola sepak profesional serta pihak berkepentingan lain untuk berikrar menyumbangkan sekurang-kurangnya 1% daripada pendapatan mereka kepada inisiatif berimpak tinggi yang menggunakan sukan bola sepak untuk mendorong kemajuan ke arah Matlamat Global. Matlamat jangka panjang pergerakan ini adalah untuk memanfaatkan 1% daripada keseluruhan pendapatan industri bola sepak—yang dianggarkan bernilai €50 bilion setiap tahun—untuk mewujudkan hubungan yang intrinsik antara bola sepak sebagai perniagaan dengan bola sepak sebagai alat untuk perubahan sosial.


Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1970389/adidas_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1970390/adidas_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1970391/adidas_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1970388/adidas_Logo.jpg?p=medium600

ADIDAS AND COMMON GOAL ACCELERATE CHANGE FOR BOTH HALVES OF FOOTBALL WITH 1% PLEDGE TO PROJECTS WORKING TOWARDS GENDER EQUAL FUTURE
ADIDAS AND COMMON GOAL ACCELERATE CHANGE FOR BOTH HALVES OF FOOTBALL WITH 1% PLEDGE TO PROJECTS WORKING TOWARDS GENDER EQUAL FUTURE

 

ADIDAS AND COMMON GOAL ACCELERATE CHANGE FOR BOTH HALVES OF FOOTBALL WITH 1% PLEDGE TO PROJECTS WORKING TOWARDS GENDER EQUAL FUTURE
ADIDAS AND COMMON GOAL ACCELERATE CHANGE FOR BOTH HALVES OF FOOTBALL WITH 1% PLEDGE TO PROJECTS WORKING TOWARDS GENDER EQUAL FUTURE

 

 

 

 

Source: adidas
Keywords: Entertainment Retail Sporting Events Sports Women-related news