omniture

CGTN: China menyuntik kevitalan kepada perlindungan biodiversiti global

CGTN
2022-12-19 08:41 49

BEIJING, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Kepentingan biodiversiti dalam pembangunan manusia boleh diukur oleh fakta bahawa lebih separuh daripada KDNK dunia datangnya daripada sumber alam semula jadi dan mata pencarian lebih 3 bilion penduduk bergantung kepada biodiversiti marin dan pantai. Namun begitu, ekosistem Bumi sedang terancam tatkala statistik PBB menunjukkan bahawa 97 peratus daripada ekosistem telah musnah.

Presiden Cina Xi Jinping menyeru komuniti antarabangsa untuk bertindak balas secara bersama terhadap perubahan iklim dan kehilangan biodiversiti semasa menyampaikan ucapan di majlis perasmian segmen tahap tinggi bahagian kedua mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak Konvensyen Kepelbagaian Biologi, atau COP15 melalui pautan video pada hari Khamis.

Xi berkata kita perlu berusaha bersama-sama untuk memuktamadkan Kerangka Biodiversiti Global Pasca-2020 dan mengenal pasti sasaran serta laluan untuk perlindungan biodiversiti global.

China akan melakukan yang terbaik untuk menyokong dan membantu sesama negara-negara sedang membangun melalui Gabungan Pembangunan Hijau Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Jalan (BRIGC) bagi meningkatkan tadbir urus biodiversiti global ke tahap tinggi yang baharu, kata Xi.

Beliau turut menyebut Dana Biodiversiti Kunming dalam ucapan beliau untuk menunjukkan bahawa China akan melakukan yang terbaik untuk membantu negara-negara sedang membangun dengan perlindungan biodiversiti.

Di sidang kemuncak pemimpin-pemimpin COP15 di Kunming, Wilayah Yunnan, barat daya China, dalam bulan Oktober tahun lalu, Xi mengumumkan inisiatif China untuk menubuhkan Dana Biodiversiti Kunming dan menerajui dengan melabur sebanyak 1.5 bilion yuan (kira-kira $215 juta) untuk menyokong usaha perlindungan biodiversiti di negara-negara sedang membangun.

Selama bertahun-tahun, China telah menyokong usaha perlindungan biodiversiti antarabangsa. Ia merupakan antara yang pertama menandatangani dan meratifikasi Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) dan telah menjadi penyumbang terbesar kepada belanjawan utama CBD serta protokolnya sejak tahun 2019.

Menurut kertas putih China tentang pemuliharaan biodiversiti, negara ini telah menyokong lebih daripada 80 negara sedang membangun dalam usaha pemuliharaan biodiversiti di bawah kerangka kerjasama Selatan-Selatan.

Di peringkat domestik, dalam beberapa tahun kebelakangan ini China meningkatkan pembangunan sistem simpanan semula jadi berasaskan taman negara, merancang garis merah pemuliharaan ekologi di seluruh negara dan mendorong pemuliharaan bersepadu dan pemulihan sistematik terhadap gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik, padang rumput dan juga padang pasir.

Kumpulan pertama taman negara, termasuk Taman Negara Hutan Hujan Tropika Hainan dan Taman Negara Panda Gergasi, ditubuhkan pada tahun lalu dan lebih banyak lagi yang sedang dirancang. Komuniti antarabangsa turut mengiktiraf garis merah pemuliharaan ekologi sebagai model pemuliharaan alam semula jadi yang inovatif. Garisan tersebut meliputi zon-zon yang kritikal untuk fungsi alam sekitar atau peka dari segi ekologi untuk melindungi sebahagian besar daripada spesies yang sukar ditemui dan terancam serta habitatnya.

Hasilnya, habitat haiwan liar telah berkembang sementara populasinya semakin meningkat di China, menurut kertas putih yang bertajuk "Pemuliharaan Biodiversiti di China" ("Biodiversity Conservation in China") yang diterbitkan oleh Pejabat Penerangan Majlis Negeri dalam tahun 2021.

Sebagai contoh, populasi panda gergasi di hutan belantara meningkat daripada 1,114 kepada 1,864 sejak 40 tahun yang lalu. Sementara itu, bilangan burung sekendi berjambul meningkat daripada hanya tujuh ekor kepada lebih 5,000 manakala bilangan ungka Hainan, primat yang paling sukar ditemui di dunia dan paling terancam antara kesemua spesies ungka di dunia, meningkat daripada kurang 10 dalam tahun 1980-an kepada sekurang-kurangnya 36 ketika ini.

Kertas putih itu menyatakan bahawa China telah mewujudkan hampir 10,000 simpanan semula jadi, menyumbang sebanyak kira-kira 18 peratus daripada kawasan tanah keseluruhan.

Pada masa akan datang, China akan terus meningkatkan kepelbagaian dan kemampanan dalam ekosistemnya.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-16/China-injects-vitality-into-global-biodiversity-protection-1fN8y6sz2r6/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Animals/Pets