omniture

Sidang Kemuncak 'NCDs in Focus Act Now' anjuran Viatris

Viatris Inc.
2022-12-19 09:30

Sidang kemuncak ini bermatlamat untuk membina sinergi antara profesion penjagaan kesihatan dengan penggubal dasar bagi menangani cabaran dalam pengurusan NCD di Asia Tenggara

BANGKOK, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Viatris Inc. (NASDAQ: VTRS): Sidang Kemuncak 'NCDs in Focus Act Now' telah dianjurkan oleh syarikat penjagaan kesihatan global, Viatris baru-baru ini melalui kerjasama dengan Thai Hypertension Society (Persatuan Hipertensi Thai) dan Thai NCD Alliance (Pakatan NCD Thai). Objektif sidang kemuncak ini adalah untuk menangani cabaran amalan klinikal dalam pengurusan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) serta memahami jurang perjalanan pesakit.  Dengan bertemakan 'NCDs in Even More Focus Forum 2022', acara ini telah dipengerusikan oleh Prof. Apichard Sukonthasarn iaitu Presiden Thai Hypertension Society yang juga Pengarah Hospital Bangkok di Chiang Mai. Acara ini terdiri daripada sebuah simposium penceramah, perbincangan panel, perkongsian amalan terbaik dan bengkel daripada pakar serantau yang ternama dalam bidang ini bersama-sama dengan pakar dasar dan wakil profesional penjagaan kesihatan pelbagai disiplin dari beberapa buah negara di Asia Tenggara (SEA).

Sidang kemuncak ini mempunyai lima tujuan –

  • Menunjukkan bagaimana data klinikal berkesan bagi menangani jurang semasa dan keperluan yang tidak dipenuhi dalam amalan klinikal
  • Menyediakan platform untuk berkongsi kepakaran dan amalan terbaik bagi mengoptimumkan penjagaan pesakit
  • Mengkaji semula cabaran pasca COVID penyakit kardiovaskular (CVD) dan penjagaan gangguan kesihatan mental (MHD)
  • Memberikan pemahaman tentang perubahan dasar dan amalan yang bakal dibuat serta penyelesaian digital inovatif yang memberikan hasil yang lebih baik
  • Membangunkan penyelesaian serta memahami jurang yang wujud dalam perjalanan pesakit

Prof. Apichard Sukonthasarn berkata, "Sidang kemuncak ini memberikan pemahaman kepada para profesional penjagaan kesihatan di seluruh Asia Tenggara tentang kedudukan negara mereka berbanding negara-negara di Asia dan Eropah dari segi sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan. Dengan belajar daripada negara-negara lain dan memahami cabaran mereka akan membantu kami dalam membangunkan amalan terbaik, mempengaruhi dasar penjagaan kesihatan serta membina sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan dan mampan bagi memerangi beban penyakit NCD''.

Dr. Debbie Ona, Perunding Pusat Perubatan St. Luke, Filipina berkata, "Platform sedemikian menyediakan peluang kepada para profesional penjagaan kesihatan dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan untuk membina sinergi, memahami landskap yang semakin berkembang dan memacu hasil yang positif melalui kerjasama antara pihak awam dengan swasta. Adalah penting untuk kami berhimpun di sini supaya kami boleh menjalin rangkaian, berkongsi kepakaran dan data serta mereka bentuk inisiatif secara kolaboratif yang berpotensi untuk mempengaruhi dasar penjagaan kesihatan di negara asal kami. Demi menangani beban penyakit NCD yang semakin meningkat dengan berkesan, kami perlu membangunkan program-program mampan yang mempunyai seruan bertindak yang jelas dan memberi kesan yang boleh diukur.''

Beliau menambah, "CVD kekal menjadi pembunuh utama di Asia Tenggara. Terdapat beberapa inisiatif pihak awam dan swasta bagi mengurangkan kematian pramatang yang berjaya dengan mengenal pasti mereka yang berisiko tertinggi untuk menghidapi CVD serta menyediakan akses kepada rawatan yang sewajarnya. Perkongsian bersama tentang inisiatif ini dan datanya akan memberi manfaat kepada negara-negara lain di rantau ini."

Viatris berusaha untuk memupuk sistem penjagaan kesihatan yang boleh disesuaikan dan bertindak balas terhadap keperluan pesakit yang sentiasa berubah serta bekerjasama dengan persatuan perubatan, kumpulan sokongan pesakit dan ahli akademik untuk membangunkan penyelesaian dan program yang inovatif dan bersepadu bagi membantu mengukuhkan penyampaian dan kualiti penjagaan kesihatan – seterusnya, mengurangkan beban NCD.

Tentang Viatris 

Viatris  Inc. (NASDAQ: VTRS) ialah sebuah syarikat penjagaan kesihatan global yang memperkasakan orang ramai di seluruh dunia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat pada setiap peringkat kehidupan. Kami menyediakan akses kepada ubat-ubatan, operasi lestari yang canggih, membangunkan penyelesaian inovatif dan memanfaatkan kepakaran kolektif kami untuk menghubungkan lebih ramai orang kepada lebih banyak produk dan perkhidmatan melalui Global Healthcare Gateway® kami yang begitu istimewa. Ditubuhkan pada November 2020, Viatris menyatukan kepakaran saintifik, pembuatan dan pengedaran dengan keupayaan kawal selia, perubatan dan komersial yang terbukti dalam menyampaikan ubat-ubatan berkualiti tinggi kepada pesakit di lebih 165 buah negara dan wilayah. Portfolio Viatris terdiri daripada lebih 1,400 molekul yang diluluskan di seluruh lapangan terapeutik yang luas yang merangkumi kedua-dua penyakit tidak berjangkit dan berjangkit, termasuk jenama yang diiktiraf di seluruh dunia, ubat-ubatan generik dan berjenama yang kompleks serta pelbagai produk pengguna belian di kaunter. Viatris mempunyai kira-kira 37,000 kakitangan di seluruh dunia dan beribu pejabat di A.S. dengan pusat-pusat globalnya terletak di Pittsburgh, Shanghai dan Hyderabad di India. Ketahui lebih lanjut di viatris.com dan investor.viatris.com serta berhubung dengan kami di Twitter di @ViatrisInc, LinkedIn dan YouTube.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1499164/logo_Logo.jpg?p=medium600

Source: Viatris Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:VTRS
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news