omniture

Icona Capital mengambil alih 40% pegangan dalam Stoneweg

Icona Capital
2022-12-19 19:00

Kerjasama strategik menjadikan kolaborasi jangka panjang antara kedua-dua syarikat tersebut rasmi

Gabungan aset di bawah pengurusan adalah bernilai €8 bilion

GENEVA dan LONDON, 19 Disember 2022 /PRNewswire/ --  Syarikat pelaburan hartanah global, Stoneweg S.A. ('Stoneweg') dan Icona Capital ('Icona') yang berpangkalan di London, dengan sukacitanya mengumumkan pengambilalihan pegangan minoriti Icona sebanyak 40% dalam Stoneweg.

Perjanjian ini mengukuhkan trajektori pertumbuhan Stoneweg dalam usaha memantapkan syarikatnya sebagai sebuah syarikat hartanah global yang terkemuka dengan tumpuan yang teguh terhadap aspek kelestarian. Pada tahun 2022, Stoneweg memantapkan pasukan pengurusan dan ahli lembaga pengarahnya dan dengan pencapaian ini, ia memantapkan lagi asas yang sememangnya telah kukuh sejak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2015 demi menawarkan peluang yang unik dan penyelesaian pelaburan yang inovatif kepada para pelabur.

Kerjasama strategik ini akan menyokong rancangan berfokuskan ESG Icona bernilai berbilion-bilion dolar dengan pelaburan utamanya ke atas hartanah yang terletak di pasaran terpisah yang kritikal. Urus niaga ini mewujudkan sebuah platform gabungan bernilai €8 bilion yang memanfaatkan sumber modal, aliran urus niaga dan keupayaan pengagihan aset kedua-dua rakan kongsi.

Max-Hervé George, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Icona Capital berkata: "Kami melihat potensi pertumbuhan yang luar biasa melalui tahap kedalaman sinergi yang boleh dilaksanakan oleh firma kami dengan memanfaatkan visi, semangat keusahawanan dan kreativiti kami yang disepadukan. Berdasarkan kejayaan Stoneweg dan Icona yang pernah dicapai bersama-sama sebelum ini, adalah wajar kerjasama ini diperkukuh, serta kemahiran dan kepakaran kami disatukan agar perniagaan kami mencapai momentum yang lebih tinggi."

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Stoneweg, Jaume Sabater mengulas: "Pelaburan Icona dalam perniagaan kami yang berkembang pesat adalah satu ekspresi sokongan yang luar biasa dan menjadi bukti kepada kualiti kerja-kerja kami sebagai penasihat dan pelabur, serta kelayakan kami yang mampan dan terkemuka dalam industri. Kami telah bekerjasama dengan Icona untuk suatu jangka masa yang panjang dan berharap untuk terus bekerjasama dalam menyampaikan perkhidmatan berprestasi kepada para pelanggan kami pada tahun-tahun akan datang."

Stoneweg telah mengenal pasti peluang dalam bidang hartanah dan menyusun produk-produk pelaburan di Switzerland, Sepanyol, Andorra, Itali, UK, Ireland dan AS sejak tahun 2015. Disebabkan pendekatan asalnya dalam pelaburan hartanah, syarikat ini telah mencatat pertumbuhan yang kukuh sejak ia ditubuhkan dan kini mempunyai lebih 140 orang profesional yang menguruskan lebih €5 bilion aset hartanah.

Icona, sebuah firma pelaburan bebas yang beribu pejabat di London, bertindak sebagai penasihat kepada beberapa jentera pelaburan dalam pelbagai kelas aset yang merangkumi sektor hartanah, kredit, ekuiti swasta, situasi khusus dan ekuiti pertumbuhan. Kebanyakan aset Icona yang bernilai €3 bilion dikawal dan diuruskan oleh sebuah pasukan yang diketuai oleh Max-Hervé George iaitu Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Icona.

Tentang Stoneweg 

Stoneweg (www.stoneweg.com) ialah pengurus aset hartanah dan kumpulan penasihat pelaburan yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Kumpulan ini bergantung pada pasukan pengendali setempat untuk mengenal pasti, membangun dan menguruskan pelaburan hartanah di seluruh dunia. Setakat ini, Stoneweg telah melaburkan lebih €5 bilion untuk hartanah dalam pelbagai sektor termasuk kediaman, komersial, logistik dan hospitaliti. Kepakaran Stoneweg terletak pada strategi pelaburan ekuiti dan hutang. Pelanggan syarikat ini merangkumi institusi kewangan dan pejabat keluarga yang melabur dalam pelbagai struktur termasuk pembelian ekuiti swasta, usaha sama dan pelaburan bersama. Dengan lebih 140 orang pekerja, Stoneweg beroperasi di Switzerland, Amerika Syarikat, Sepanyol, United Kingdom, Ireland, Andorra dan Itali. Sejak tahun 2015, Stoneweg telah menyelesaikan lebih 300 pengambilalihan bersama-sama dengan rakan kongsi terbaik dalam industri.

Tentang Icona Capital 

Icona Capital Group (www.iconacapital.com) ialah sebuah firma pelaburan bebas dan perniagaan penasihat kewangan yang ditubuhkan oleh Max-Hervé George. Syarikat tersebut berdaftar dan beribu pejabat di London dengan pejabat-pejabat di Geneva dan Luxembourg. Firma ini menasihati beberapa jentera pelaburannya sendiri di seluruh segmen perniagaan yang berbeza meliputi bidang hartanah, kredit, ekuiti swasta, situasi khusus dan ekuiti pertumbuhan. Icona kini mempunyai aset dengan nilai kasar melebihi €3.0 bilion di 14 buah negara di Eropah Barat, Eropah Tengah dan Eropah Timur serta di AS.

 

Source: Icona Capital
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers Socially Responsible Investing