omniture

Kongres Dunia Mudah Alih 2014 Bakal Menjadi Pameran Perdagangan Neutral Karbon Diperakui yang Terbesar di Dunia

The GSMA
2014-01-16 17:30 182

-- GSMA Meningkatkan Komitmen Alam Sekitar bagi Mengurangkan Jejak Karbon, Berusaha Mendapatkan Pensijilan Antarabangsa untuk Kongres Dunia Mudah Alih sebagai Neutral Karbon 

BARCELONA, Sepanyol, 16 Januari 2014 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini telah mengumumkan yang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 bakal menjadi pameran perdagangan terbesar dunia yang diperakui mempunyai jejak karbon sifar. GSMA akan memperakui Kongres Dunia Mudah Alih sebagai neutral karbon melalui standard PAS 2060 yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa; pensijilan rasmi akan diberikan sebaik sahaja acara itu ditutup dan data rasmi tentang pembebasan karbon telah didapati.

"Selama beberapa tahun, GSMA telah mula menjalankan inisiatif perubahan iklim di Kongres Dunia Mudah Alih bagi mengurangkan impak acara itu ke atas alam sekitar. Inisiatif ini telah banyak ditumpukan bagi mengurangkan bahan buangan dalam bentuk bahan bercetak, lalu menggalakkan penggunaan semula dan pengitaran semula bahan di tapak acara, menggunakan papan tanda digital dan alatan elektronik serta bekerjasama dengan Fira Barcelona, pempamer dan rakan kongsi tempatan bagi meminimumkan jejak karbon acara itu," kata John Hoffman, Ketua Pegawai Eksekutif GSMA Ltd. "Pada tahun ini, kami telah meningkatkan komitmen alam sekitar kami dengan berusaha agar bukan sahaja mengurangkan pembebasan karbon daripada acara itu, tetapi juga untuk melakukan lebih daripada itu dengan mengiktiraf Kongres Dunia Mudah Alih 2014 sebagai acara neutral karbon."

Kongres Dunia Mudah Alih yang bakal berlangsung itu akan menghasilkan bahan yang setara karbon dioksida (tCO2e) sebanyak kira-kira 150,000 tan metrik; dianggarkan 14 peratus pembebasan karbon yang berkaitan dengan Kongres Dunia Mudah Alih dikaitkan dengan tapak acara itu dan pengendalian acara itu, sementara 86 peratus lagi adalah dihasilkan daripada pengunjung yang menghadiri acara itu. Bagi mencapai kedudukan neutral karbon, mula-mula GSMA akan melakukan aktiviti bagi mengurangkan jejak karbon dan kemudian akan membeli kredit karbon bagi mengimbangi sebarang pembebasan karbon yang tinggal. Kredit karbon yang dibeli oleh GSMA akan membiayai beberapa projek CER (Pengurangan Pembebasan Diperakui) yang diperakui oleh Konvensyen Rangka Kerja Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC), termasuk projek hidrokuasa di China dan projek tenaga angin di India, antara lainnya.

Bagi mendapatkan pensijilan Kongres Dunia Mudah Alih sebagai acara neutral karbon, GSMA menjalankan langkah berikut:

  • Bekerjasama dengan perunding bebas yang diiktiraf bagi mengukur jumlah jejak karbon acara itu, termasuk semua pengunjung, pempamer dan jejak karbon GSMA sendiri di bawah Perincian Bacaan Umum 2050:2011 (PAS 2050:2011);
  • Melaksanakan pelan pengurusan karbon bagi mengurangkan jejak karbon acara itu;
  • Membeli kredit karbon bagi mengimbangi pembebasan yang tidak boleh dielakkan atau dikurangkan melalui inisiatif pengurangan; dan
  • Mendapatkan pensijilan rasmi di bawah standard antarabangsa PAS 2060, lalu mengesahkan proses itu melalui pengauditan bebas.

GSMA dijangka akan memuktamadkan proses itu bagi mencapai pensijilan menjelang bulan Jun 2014.

"Setelah proses ini selesai, Kongres Dunia Mudah Alih akan menjadi pameran perdagangan terbesar di dunia yang diperakui sebagai neutral karbon di bawah standard antarabangsa PAS 2060," sambung Hoffman lagi. "Lebih penting lagi, usaha kami untuk mendapatkan pensijilan ini menekankan lagi tumpuan kami bagi memastikan tindakan kami mewujudkan nilai bagi industri kami dan memelihara serta melindungi alam sekitar."

Libatkan Diri dalam Kongres Dunia Mudah Alih 2014

Kongres Dunia Mudah Alih akan diadakan mulai 24 hingga 27 Februari di Fira Gran Via di Barcelona. Bagi maklumat lanjut tentang Kongres Dunia Mudah Alih 2014 termasuk cara penyertaan, pameran atau penajaan, lawati www.mobileworldcongress.com. Ikuti perkembangan dan kemas kini tentang Kongres Dunia Mudah Alih (#MWC14) melalui Twitter @GSMA atau melalui Facebook www.facebook.com/mobileworldcongress.

Kongres Dunia Mudah Alih ialah batu asas bagi Pusat Dunia Mudah Alih, yang akan dianjurkan di Barcelona mulai 2013 hingga 2018. Pusat Dunia Mudah Alih merangkumi program dan aktiviti yang meliputi sepanjang tahun dan bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada rakyat Barcelona, Catalonia dan Sepanyol, tetapi juga industri mudah alih seluruh dunia. Bagi maklumat lanjut tentang Pusat Dunia Mudah Alih, lawati www.mobileworldcapital.com.

Latar Belakang GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih dunia dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti. GSMA juga menganjurkan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.

Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA melalui Twitter: @GSMA.

Source: The GSMA
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Wireless Communications Environmental Issues Trade show news