APPENZELL, Switzerland, 16 Januari 2014 /PRNewswire/ --
GMC berada antara kedudukan teratas untuk tawaran semasa dan strategi produk
GMC, peneraju yang memenangi anugerah untuk pengurusan komunikasi pelanggan (CCM) dan pengurusan output, hari ini mengumumkan yang The Forrester Wave™:Output Dokumen Bagi Pengurusan Komunikasi Pelanggan, suku pertama tahun 2014, telah menetapkan kedudukan GMC Software Technology (GMC) dalam segmen peneraju untuk penyelesaiannya GMC Inspire. Laporan Wave[1] terkini daripada Forrester Research, Inc inilah yang menilai tawaran dan strategi semasa vendor secara bebas.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130603/618311 )
GMC sekali lagi telah dipetik sebagai peneraju dalam Forrester Wave ini. GMC ialah salah satu daripada hanya tiga vendor yang mengekalkan status peneraju mereka dalam laporan tahun 2014 itu.
GMC Inspire mencapai markah tertinggi dalam kategori tawaran semasa. Sebagai sebahagian daripada kategori ini, ia menduduki tempat yang tertinggi bagi rekaan dan komposisi input dokumen, serta untuk aliran kerja, pelaksanaan dan penghasilan laporan. GMC juga diperingkatkan dalam kedudukan yang tertinggi untuk strategi produk dalam ruang DOCCM.
Henri Dura, Ketua Pegawai Eksekutif GMC Software Technology, memberi komen: "Kami sangat gembira kerana, pada pendapat kami, strategi, inovasi dan kejayaan ketara kami telah diiktiraf secara bebas dalam The Forrester Wave. Lagipun, kami percaya laporan ini boleh membantu syarikat mengiktiraf peneraju dan penyelesaian komunikasi pelanggan yang terbaik bagi memacu pertumbuhan perniagaan mereka.
"Dalam masa 20 tahun lepas kami telah menunjukkan komitmen tanpa henti untuk inovasi dan telah menerima arah aliran syarikat baharu seperti yang dipetik oleh The Forrester Wave untuk matlamat pengalaman pelanggan yang lebih luas, dengan komunikasi interaktif, sokongan mudah alih yang lebih mudah dan kelenturan untuk iWorker. Pemilik baharu kami, Neopost, juga telah membantu dengan menambah nilai kepada perniagaan kami dengan penyelidikan dan pembangunan serta beban pukal pengedaran. Hari ini, kami menawarkan komunikasi pelanggan lengkap – daripada urusan persuratan langsung hinggalah kepada pendekatan digital"; kata Dura.
Muat turun The Forrester Wave™:Output Dokumen Bagi Pengurusan Komunikasi Pelanggan, suku pertama tahun 2014, di sini: [http://www.gmc.net/en/download-forrester-wave-2014]
--------------------------------------------------
1. The Forrester Wave™:Output Dokumen Bagi Pengurusan Komunikasi Pelanggan (DOCCM), suku pertama tahun 2014 oleh Craig Le Clair, dengan Alex Cullen dan Julian Keenan
Nota kepada editor
1. Agar dapat disertakan dalam laporan DOCCM The Forrester Wave, semua vendor mesti mempunyai segmen output dokumen interaktif, mengikut permintaan dan berstruktur yang disokong; mesti mempunyai penyelesaian inovatif untuk DOCCM dan mesti telah menjana minat yang mendalam daripada klien Forrester sepanjang siasatan ini.
2. Laporan ini menilai 11 output dokumen teratas untuk vendor komunikasi pelanggan (DOCCM) sebagai sama ada: peneraju, pesaing atau pihak yang menunjukkan prestasi yang kukuh, untuk 26 kriteria.
GMC Software Technology AG: memberikan penyelesaian CCM lancar yang merapikan proses penghasilan dokumen dan menghasilkan komunikasi yang lebih berkualiti tinggi dan relevan bagi semua jenis penyampaian melalui saluran cetak, elektronik dan interaktif.
GMC membantu ribuan klien seluruh dunia dalam sektor perbankan, insurans, peruncitan, perkhidmatan perniagaan, kemudahan awam/telekomunikasi dan penjagaan kesihatan mendapatkan maklumat pelanggan agar dapat memperbaiki pengalaman pelanggan. Ia dapat menyampaikan komunikasi ke pasaran 70% lebih cepat, meningkatkan kecekapan pengendalian sebanyak lebih 50%, dan memperluas perkhidmatan perniagaan bagi merebut peluang yang lebih lumayan.
Bagi maklumat lanjut tentang penyelesaian GMC Inspire yang utuh, boleh skala dan memenangi anugerah milik GMC ini, lawati: http://www.gmc.net.
Korporat & AsiaPAC
GMC Software Technology
+44-(0)-845-223-2443
press@gmc.net
Eropah, Timur Tengah, Afrika
Chameleon PR
+44-(0)-207-680-5500
GMC@chameleonpr.com
Amerika Utara
Sterling Kilgore
+1-630-964-8500
sarmstrong@sterlingkilgore.com
https://www.facebook.com/gmcnet
https://twitter.com/gmc_net
http://www.linkedin.com/company/gmc-software-technology
http://www.youtube.com/user/GMCsoftware
https://plus.google.com/108152417667055224090/posts
Logo GMC dan GMC Inspire ialah tanda dagang GMC Software Technology
Sumber: GMC Software Technology