- Syarikat Menandatangani Perjanjian Pemasaran Berbilang Tahun Bersama Kelab Bola Sepak yang Menerajui bagi Menyokong Peluasan Global Jenama Dunkin' Donuts dan Baskin-Robbins
LIVERPOOL, England, 17 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN), syarikat induk Dunkin' Donuts dan Baskin-Robbins, hari ini mengumumkan perkongsian pemasaran berbilang tahun bersama Liverpool Football Club (FC) iaitu salah satu kelab bola sepak paling bersejarah dan terkenal di dunia bagi menyokong peluasan kepada peringkat global untuk jenama Dunkin' Donuts dan Baskin-Robbins. Di bawah perjanjian tersebut, Dunkin' Donuts akan menjadi rakan rasmi kopi, teh dan roti bagi Liverpool FC manakala Baskin-Robbins pula akan menjadi rakan rasmi ais krimnya.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140116/NY47366 )
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110317/NY67297LOGO )
Perkongsian tersebut akan membantu Dunkin' Brands dan Liverpool FC untuk terus mendekati para peminat seluruh dunia menerusi promosi bersama, pengiklanan digital dan bercetak serta penampilan ketika lawatan pra-musim. Dunkin' Brands kini mempunyai lebih 18,000 lokasi pengedaran di hampir 60 negara serata dunia termasuk kira-kira 11,000 restoran Dunkin' Donuts di 33 negara dan lebih 7,250 kedai Baskin-Robbins di hampir 50 negara. Pada tahun 2013, Dunkin' Brands membuka 790 cawangan restoran baharu serata dunia dengan 415 restoran ini berada di luar A.S. Sebagai bukti kepada para peminat globalnya, Liverpool FC, kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris mempunyai lebih 200 Kelab Penyokong Rasmi seluruh dunia di 62 negara termasuk UK, AS, Sepanyol, Jerman, Brazil, China, Jepun, Thailand, India, Malaysia, Australia dan Afrika Selatan.
"Dengan 18 gelaran liga Inggeris dan lima Piala Eropah, Liverpool FC merupakan salah satu kelab bola sepak paling berpengaruh di dunia. Oleh itu, kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pasukan ini untuk terus memperkembangkan dua jenama cemerlang kami, Dunkin' Donuts dan Baskin-Robbins ke serata dunia," kata John Costello, Presiden, Pemasaran dan Inovasi Global untuk Dunkin' Brands. "Kami amat berharap dapat bekerjasama dengan Liverpool FC demi pelbagai inisiatif pemasaran yang menguja serta turut mendekati para peminat bola sepak bagi tahun-tahun akan datang menerusi perkongsian ini."
Perkongsian pemasaran Dunkin' Brands bersama Liverpool FC terus mengukuhkan hubungan yang kukuh dan berterusan syarikat itu bersama Fenway Sports Group, pemilik Liverpool FC dan Boston Red Sox. Syarikat ini juga mempunyai perkongsian pemasaran yang masih bertahan untuk Dunkin' Donuts bersama Boston Red Sox.
"Kami tidak sabar-sabar untuk berganding bahu bersama Dunkin' Brands, salah satu jenama restoran perkhidmatan pantas paling ikonik di dunia itu. Dunkin' Donuts akan menjadi penyedia rasmi bagi kopi, teh dan roti kami manakala Baskin-Robbins pula akan menjadi penyedia rasmi ais krim kami. Kami amat mengalu-alukan kehadiran kedua-duanya ke dalam keluarga LFC," kata Billy Hogan, Ketua Pegawai Komersil Liverpool FC. "Para peminat serata dunia akan memperoleh faedah melalui perkongsian ini memandangkan Dunkin' Brands berharap dapat memperluas perniagaannya, lalu membawa pengaktifan perkongsian yang menguja ke tempat baharu dan seterusnya membantu merapatkan lagi hubungan peminat dengan Kelab ini walau betapa jauh mereka tinggal dari Anfield."
Unsur utama perkongsian pemasaran Dunkin' Brands dan Liverpool FC termasuklah:
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Dunkin' Donuts, sila layari www.DunkinDonuts.com. Bagi maklumat lanjut tentang Baskin-Robbins pula, sila layari www.BaskinRobbins.com. Bagi maklumat lanjut tentang Liverpool FC, sila layari www.LiverpoolFC.com.
Latar Belakang Dunkin' Brands
Dengan lebih 18,000 lokasi pengedaran di hampir 60 negara seluruh dunia, Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DNKN) merupakan salah satu daripada francaisor yang menerajui di dunia bagi restoran perkhidmatan pantas (QSR) yang menghidangkan kopi panas dan sejuk serta roti, dan juga ais krim. Pada penghujung tahun kewangan 2013, Dunkin' Brands mempunyai hampir 100 peratus model perniagaan berfrancais termasuk kira-kira 11,000 restoran Dunkin' Donuts dan lebih 7,250 restoran Baskin-Robbins. Dunkin' Brands Group, Inc. mempunyai ibu pejabat yang terletak di Canton, Mass.
Latar Belakang Liverpool FC
Hubungi:
Justin Drake
Dunkin' Brands
Tel: +1-781-737-5200
E-mel: Justin.Drake@dunkinbrands.com
Pejabat Perhubungan Awam Liverpool FC
Tel: +44-151-432-5686
E-mel: pr@liverpoolfc.com