omniture

"Pesta Barangan Kemas dan Batu Permata Taiwan 2014" Kini Dibuka untuk Tempahan!

UBM Asia Ltd., Taiwan Branch
2014-01-17 11:22 96

TAIPEI, Taiwan, 17 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Sebagai acara yang dianjurkan oleh UBM Asia Ltd., Cawangan Taiwan, dan dianjurkan bersama oleh Persatuan Industri Barangan Kemas Taiwan dan Persatuan Jauhari Taipei, pameran perdagangan barangan kemas profesional terbesar Taiwan, Pesta Barangan Kemas dan Batu Permata Taiwan, kini sedang menerima tempahan untuk tahun 2014.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140115/8521400241 )
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140115/8521400242 )
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140115/8521400243 )
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140115/8521400245 )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2010/04/19/20100419602891.jpg )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/24/20130424191558318975-l.jpg )

Berikutan edisi pengenalan pesta itu pada tahun 2013, pameran itu telah menerima pujian ramai dan sokongan padu daripada industri barangan kemas di Taiwan. Lebih 70% daripada pempamer menyatakan niat mereka untuk menyertainya semula tahun ini, dan ramai yang memohon untuk memperluas ruang pameran mereka. Daripada maklum balas yang positif melebihi jangkaan ini, Pesta itu didapati telah membuka banyak peluang perniagaan kepada para pempamer.

Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Taiwan 2013 yang menduduki ruang bersih pameran sebanyak lebih 3,100 meter persegi dengan 330 petak pameran, berjaya menarik 210 pempamer dari 18 negara dan rantau dengan lebih 6,362 pembeli dari 31 negara dan rantau.

Pesta Barangan Kemas dan Batu Permata Taiwan 2014 akan diadakan pada 21 hingga 24 November di Pusat Dagangan Dunia Taipei, Dewan 1. Pesta itu akan sekali lagi dibahagikan mengikut negara dan pavilion kumpulan, seperti Jerman, Hong Kong, India, Jepun, Singapura, Sri Lanka, Switzerland, Taiwan, dan Thailand. Pesta itu akan mempamerkan rangkaian produk terhebat daripada batu permata berkualiti, pengikat batu dan bahan mentah hinggalah kepada barangan kemas mewah.

Sewaktu acara tahun lepas, peruncit barangan kemas dari Taiwan menyatakan minat mendalam terhadap peralatan serta mesin pembuatan barangan kemas. Berikutan itu, pihak Penganjur akan merekrut secara aktif syarikat dalam bidang berkaitan bagi memenuhi permintaan itu pada tahun berikutnya.

Tambahan lagi, Pesta itu akan mengkhususkan "Kawasan Anggun" yang menempatkan produk dan rekaan petak pameran yang eksklusif. Pameran di dalam "Kawasan Anggun" bakal memaparkan barangan kemas dan batu pertama yang menakjubkan seperti cincin bertatah mutiara melo yang jarang didapati dengan berlian bernilai lebih US$ 300,000 serta barangan kemas diraja antik buatan khas, antara lainnya.

Selain pavilion yang dihias indah, Pesta itu juga bakal menganjurkan pelbagai acara seperti seminar profesional, pertandingan rekaan barangan kemas antarabangsa, dan persembahan barangan kemas. Semua acara ini pasti akan menarik perhatian pembeli dalam industri ini.

Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Taiwan ialah satu-satunya platform antarabangsa di Taiwan yang boleh digunakan oleh pembeli untuk berdagang, menjalinkan rangkaian, menjalankan penyelidikan pasaran dan lebih lagi di satu tempat yang sama. Ia kini dibuka untuk tempahan, sertai kami dan terokailah pasaran barangan kemas yang semakin berkembang di Taiwan!

Latar Belakang UBM Asia Ltd. (http://www.ubmasia.com/)
UBM Asia dimiliki oleh UBM plc dan disenaraikan pada Bursa Saham London, serta beribu pejabat di Hong Kong dan beroperasi di semua negara utama di Asia. Ia mempunyai lebih 240 produk termasuk pesta perdagangan, persidangan, penerbitan dagangan dan media dalam talian. Sebagai penganjur pameran yang menerajui di Asia, UBM Asia menganjurkan acara peneraju industri dalam pelbagai industri merentasi rantau ini. Dalam pasaran barangan kemas, ia menganjurkan beberapa pameran barangan kemas termasuklah Pesta Barangan Kemas & Batu Permata Hong Kong, yang merupakan acara barangan kemas yang terbesar di dunia.

Bagi maklumat lanjut tentang penyertaan pameran, sila hubungi:

UBM Asia Ltd., Cawangan Taiwan
Bilik 306, 3F, No. 51, Jalan KeeLung, Seksyen 2, Taipei 11052, Taiwan
Tel: +886-2-2738-3898
Faks: +886-2-2738-4886
E-mel: info-tw@ubm.com
Hubungi: Cik JoJo Lee

Source: UBM Asia Ltd., Taiwan Branch
Keywords: Fashion Jewelry Precious Metals Retail Textiles Trade show news