omniture

CGTN: Kerangka biodiversiti global bersejarah dicapai di COP15 dengan usaha aktif China

CGTN
2022-12-21 11:01 84

BEIJING, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Satu perjanjian biodiversiti yang bersejarah telahpun dicapai pada hari Isnin di mesyuarat ke-15 Persidangan Pihak-pihak Konvensyen PBB mengenai Kepelbagaian Biologi (COP15) di Montreal, Kanada.

"Pakej diterima pakai", presiden COP15 dan menteri ekologi dan alam sekitar China, Huang Runqiu, mengisytiharkan di sidang pleno di Montreal, mencetuskan tepukan gemuruh daripada para delegasi.

Perjanjian biodiversiti tersebut, bertajuk Kerangka Biodiversiti Global Kunming-Montreal bertujuan untuk memulihkan kehilangan biodiversiti dan meletakkan dunia di laluan untuk mencapai pemulihan. Ia mengemukakan empat matlamat biodiversiti jangka panjang untuk tahun 2050 dan 23 "sasaran tindakan" tertentu yang perlu diselesaikan menjelang tahun 2030, meliputi tiga bidang iaitu pemuliharaan biodiversiti, penggunaan mampan, perkongsian manfaat sumber genetik yang adil dan saksama.

Isu-su penting telahpun dipersetujui oleh semua pihak. Bahagian yang paling signifikan dalam perjanjian tersebut ialah komitmen untuk melindungi 30 peratus daripada kawasan darat dan laut Bumi sebagai kawasan-kawasan dilindungi menjelang tahun 2030, manakala setakat ini, hanya 17 peratus kawasan daratan dan 10 peratus kawasan marin dilindungi.

Perjanjian tersebut menyeru untuk mengumpul $200 bilion menjelang tahun 2030 untuk biodiversiti daripada pelbagai sumber dan berusaha untuk menghentikan atau memperbaharui subsidi yang dapat menyediakan $500 bilion lagi untuk alam semula jadi. Selain itu, ia menyeru peningkatan kepada sekurang-kurangnya $20 bilion setiap tahun dan menjelang tahun 2025 wang tersebut akan disalurkan kepada negara-negara sedang membangun dan menjelang tahun 2030, jumlahnya akan mencecah $30 bilion.

Kerangka berkenaan turut merujuk kepada pemuliharaan sinergistik antara pemuliharaan biodiversiti serta pengurangan dan penyesuaian perubahan iklim.

Semasa sidang pleno, para delegasi menyatakan kepentingan untuk mengetepikan perbezaan dan saling bekerjasama dan menyatakan sokongan mereka terhadap kerangka tersebut.

Sebagai presiden COP15, China mengadakan fasa pertama mesyuarat tersebut di Kunming, ibu kota Wilayah Yunnan, barat daya China, pada tahun 2021 dan fasa kedua pada tahun ini di Montreal, Kanada, dengan meneruskan tema "Tamadun Ekologi: Membina Masa Depan Bersama untuk Semua Hidupan di Bumi."

China sentiasa meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pemeliharaan biodiversiti dan aktif mempromosikan penganjuran COP15 yang berlaku selepas hampir empat tahun rundingan "maraton" dan beberapa penangguhan ekoran pandemik COVID-19.

"Sama ada menangani pandemik COVID-19 atau dalam meningkatkan perlindungan ke atas biodiversiti serta mencapai pembangunan mampan di peringkat global, solidariti dan kerjasama merupakan satu-satunya cara yang berkesan untuk mengatasi cabaran global," kata Presiden Cina Xi Jinping melalui video di upacara perasmian segmen peringkat tinggi bagi fasa kedua COP15 pada 15 Disember.

Biarpun rundingan menjelang persidangan tersebut tetap begitu memecahbelahkan, China berusaha sedaya upaya untuk merapatkan jurang, merangka laluan rundingan dan akhirnya mendesak pemuktamadan kerangka tersebut seperti yang dijadualkan.

Kerangka ini merupakan kepentingan yang bersejarah tatkala umat manusia berusaha untuk membina sebuah ekosistem global yang sihat dan makmur serta mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.

CGTN: https://news.cgtn.com/news/2022-12-19/COP15-negotiators-reach-agreement-on-global-biodiversity-framework--1fThFHyR68w/index.html

Kerangka biodiversiti global bersejarah dicapai di COP15 dengan usaha aktif China
Kerangka biodiversiti global bersejarah dicapai di COP15 dengan usaha aktif China

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news