omniture

PeproMene Bio, Inc. Mengumumkan Tindak Balas Lengkap bagi Pesakit Pertama yang Dirawat dalam Ujian Klinikal Fasa 1 Limfoma Bukan Hodgkin sel B (B-NHL) bagi PMB-CT01 (Sel BAFFR-CAR T) di City of Hope

PeproMene Bio, Inc.
2022-12-21 21:55 0

IRVINE, California, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- PeproMene Bio, Inc., sebuah syarikat bioteknologi peringkat klinikal yang membangunkan terapi baharu untuk merawat kanser dan gangguan imun, hari ini mengumumkan bahawa pesakit pertama yang dirawat dalam ujian klinikal fasa 1 Limfoma Bukan Hodgkin sel B kambuh atau refraktori (r/r B-NHL) bagi PMB-CT01 (Sel BAFFR-CAR T) telah mencapai Tindak Balas Lengkap selepas rawatan selama 1 bulan. Ujian ini dilakukan di City of Hope, salah sebuah organisasi rawatan dan penyelidikan kanser yang terbesar di Amerika Syarikat.

Semasa bulan pertama rawatan diberikan, pesakit hanya mengalami ketoksikan yang muncul setelah rawatan pada gred rendah, termasuk sindrom pelepasan sitokin ("CRS") gred 1 dengan pemulihan sepenuhnya serta tidak mengalami sindrom neurotoksisiti berkaitan sel efektor imun ("ICAN"). "Pesakit limfoma sel mantel ini telah menjadi refraktori kepada beberapa barisan rawatan terdahulu termasuk kemoimunoterapi, perencat BTK, Venetoclax dan terapi CD19-CAR T.  Kami berpuas hati apabila melihat pengurangan menyeluruh yang mendalam yang menunjukkan keputusan negatif bagi penyakit tersisa minimum," kata Elizabeth Budde, M.D., Ph.D., Profesor Madya City of Hope, Bahagian Limfoma, Jabatan Hematologi & Pemindahan Sel Hematopoetik serta penyelidik utama bagi ujian peningkatan dos dengan pusat tunggal ini (NCT0537430).

"Walaupun terdapat keberkesanan awal bagi rawatan sel CD19-CAR T untuk limfoma dan leukemia sel B, namun terdapat keperluan perubatan tidak dipenuhi yang signifikan bagi pesakit yang tidak bernasib baik mengalami kambuh," kata Larry W. Kwak, M.D., Ph.D., Naib Presiden merangkap Timbalan Pengarah Pusat Kanser Komprehensif City of Hope serta Pengasas Saintifik PeproMene merangkap Pengerusi Lembaga Penasihat Saintifik PeproMene. Kwak mempunyai kepentingan ekuiti dalam PeproMene. "Memandangkan BAFF-R ialah sasaran tumor baharu bagi malignansi sel B, saya berharap agar terapi BAFFR-CAR T akan menawarkan pilihan baharu yang bermakna secara klinikal kepada pesakit-pesakit tersebut."

"Profil keselamatan yang boleh diterima dan tindak balas lengkap awal daripada pesakit B-NHL pertama kami yang dirawat dengan PMB-CT01 merupakan satu pencapaian yang julung-julung kali berlaku dalam pembangunan dan penilaian PMB-CT01. Hasil klinikal awal ini disokong oleh data ujian praklinikal City of Hope yang diterbitkan dalam jurnal Science Translational Medicine pada tahun 2019, yang menunjukkan bahawa PMB-CT01 (Sel BAFFR-CAR T) boleh mengatasi kehilangan antigen CD19 dalam malignansi sel B," kata Hazel Cheng, Ph.D., Ketua Pegawai Operasi PeproMene.

Tentang PMB-CT01
PMB-CT01 ialah terapi sel CAR T autologus pertama yang menyasarkan BAFFR.  BAFF-R (Penerima Faktor Pengaktifan Sel B) yang merupakan ahli superfamili reseptor faktor nekrosis tumor (TNF) ialah reseptor utama BAFF yang memberikan tindak balas yang hampir eksklusif kepada sel-sel B. Memandangkan isyarat BAFF-R menggalakkan proliferasi sel B normal dan diperlukan untuk kelangsungan hidup sel B, adalah mustahil untuk sel tumor dapat melepaskan diri daripada tindak balas imun melalui kehilangan antigen BAFF-R. Ciri-ciri unik ini menjadikan terapi BAFF-R CAR T sebagai rawatan yang berpotensi besar terhadap malignansi sel B.  BAFF-R CAR-T telah dibina menggunakan antibodi anti-BAFF-R scFv (pembolehubah serpihan rantai tunggal) dengan domain isyarat generasi ke-2 yang mengandungi CD3ζ dan 4-1BB. Kajian kami mendapati bahawa sel-sel BAFFR-CAR T membunuh limfoma dan leukemia manusia secara in vitro serta melakukan perkara yang sama dalam model haiwan. PeproMene telah mendapatkan lesen daripada City of Hope untuk harta intelek yang berkaitan dengan PMB-CT01.

Tentang PeproMene
PeproMene ialah sebuah syarikat bioteknologi peringkat klinikal di Irvine, California yang membangunkan terapi baharu untuk merawat kanser dan gangguan imun. Calon utama PeproMene, PMB-CT01 (Sel BAFFR-CAR T) sedang dikaji untuk merawat leukemia limfoblastik akut sel B kambuh dan refraktori (B-ALL; NCT04690595) serta limfoma bukan Hodgkin sel B (B-NHL; NCT05370430) dalam ujian klinikal fasa 1.  PeproMene juga sedang membangunkan BAFFR Bispecific T Cell Engager dan sel BAFFR-CAR NK. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hazel Cheng, Ph.D., PeproMene Bio Inc. di hazel.cheng@pepromenebio.com atau layari www.pepromenebio.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1972356/Pepromene_Bio_Inc__Logo.jpg?p=medium600 

Source: PeproMene Bio, Inc.
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals