JENAMA MEWAH KAIMIRRA TUTAN AKAN MENJADI PENGEDAR EKSKLUSIF UNTUK BARANG KEMAS KORITE DI ASIA
KUALA LUMPUR, Malaysia, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Dua jenama ikonik Kanada, KORITE dan Kaimirra Tutan, telah mengadakan majlis menandatangani perjanjian hari ini bagi meraikan perkongsian bersama yang akan melantik Kaimirra Tutan sebagai pengedar eksklusif barang kemas, amolit dan amonit Kanada milik KORITE untuk pasaran negara/rantau Asia seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam serta Taiwan dan Korea.
"Hari ini merupakan satu pencapaian yang penting bagi KORITE. Oleh kerana KORITE ingin terus memperluas kehadiran di Asia, Kaimirra Tutan dapat memberikan kami keupayaan untuk menjangkau para pengguna melalui kedai peruncitan, e-dagang dan peluang borong mereka," kata David Lui, Ketua Pegawai Eksekutif KORITE. "Perkongsian ini bukan sahaja membolehkan kami bekerjasama dengan syarikat Kanada yang lain, tetapi ia juga merupakan elemen penting dalam pertumbuhan masa depan kami dan ini membuatkan kami berasa amat teruja."
KORITE akan menjadi pembekal rasmi rangkaian barang kemas mewah KORITE dan akan turut membekalkan batu permata amolit untuk koleksi barang kemas eksklusif Kaimirra Tutan.
"KORITE merupakan pilihan semula jadi bagi kami memandangkan ia telah menetapkan piawaian global untuk barang kemas dan batu permata Amolit sejak 40 tahun yang lalu," kata Addison Foo, Pengasas Bersama merangkap Pengarah Eksekutif Kaimirra Tutan. "Ketika kami terus berkembang dengan meluas di Asia, kami sedia maklum bahawa kerjasama kami dengan KORITE akan membolehkan kami membawa ciptaan yang halus dalam kehidupan kepada para pengguna melalui satu-satunya batu permata organik dengan pelbagai warna di dunia."
Kerjasama baharu ini akan memberikan akses kepada pengguna di Asia untuk melihat amolit KORITE, sejenis batu permata berusia 71 juta tahun. Batu permata unik ini hanya terhasil daripada proses pemfosilan Sefalopod Amonit yang boleh dijumpai di seluruh dunia namun, ia hanya dilombong di pembentukan geologi yang dikenali sebagai Bearpaw Formation di Alberta Selatan dan dijadikan batu permata yang berwarna-warni dan jarang ditemui.
Amolit ialah batu permata terakhir yang diterima oleh Konfederasi Barang Kemas Sedunia dalam tempoh 300 tahun yang lalu dan merupakan antara batu permata yang paling jarang ditemui, meletakkan ia sebaris dengan jenis batu permata yang sukar ditemui seperti Opal, Delima, Nilam dan Zamrud. Yang terbaru, Wilayah Alberta telah mengisytiharkan amolit sebagai batu permata rasmi Alberta.
Tentang KORITE
Sejak tahun 1979, KORITE telah menetapkan piawaian global untuk batu permata dan barang kemas amolit. Sebagai jenama barang kemas Kanada terkemuka dalam industri yang memberi inspirasi kepada dunia dengan keindahan batu permata Kanada yang jarang ditemui. Setiap barang kemas KORITE dilombong secara beretika dan dicipta oleh artisan mahir menggunakan tangan untuk menghasilkan khazanah negara Kanada yang mewah untuk digunakan oleh mereka yang berani dan sukakan cabaran. Berpangkalan di Calgary, Alberta, KORITE menghasilkan barang kemas amolit Kanada yang mewah. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.korite.com
Tentang Kaimirra Tutan
Mula dilancarkan pada tahun 2010, Kaimirra Tutan ialah satu jenama barang kemas mewah yang berpangkalan di Toronto, Kanada. Jenama ini melancarkan butik utamanya di Midvalley Megamall, Kuala Lumpur pada tahun 2022, mempamerkan barangan hasil buatan tangan yang teliti yang menampilkan permata Amolit yang jarang ditemui, emas berkualiti tinggi dan pelbagai lagi permata berharga. Selaras dengan misi jenama ini untuk membantu para pelanggannya menghargai sesuatu yang indah dalam kehidupan, Kaimirra Tutan turut menawarkan perundingan barang kemas peribadi dan penghasilan barang kemas ditempah khas yang begitu sesuai dengan pemakainya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kaimirratutan.com
Hubungan: KORITE, Christina Bullock, 403.370.0163, christinabullock@outlook.com; Kaimirra Tutan, Irene Soo, +60 12-376 7207, irene.soo@kaimirratutan.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1972353/KORITE_KORITE_PARTNERS_WITH_KAIMIRRA_TUTAN.jpg?p=medium600