BEIJING, 21 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Dengan pengoptimuman yang selanjutnya terhadap langkah-langkah pembendungan COVID-19 bulan ini, China berusaha untuk merangsang ekonominya yang telah mengalami tekanan selama tiga tahun ekoran COVID-19.
Persidangan Kerja Ekonomi Pusat tahunan China, diadakan di Beijing pada minggu lalu, menuntut untuk menjadikan kestabilan ekonomi sebagai keutamaan tertinggi dan mengusahakan kemajuan yang mantap bagi tahun 2023.
Para penganalisis percaya bahawa ekonomi China akan pulih dan terus menjadi daya penggerak yang andal dan penting dalam ekonomi global pada tahun 2023.
Banyak kerajaan tempatan mengatur pesawat sewa untuk menghantar delegasi perniagaan untuk bertemu pelanggan luar negara, lantas merangsang perusahaan untuk memulihkan perniagaan.
Zhang Chunlong, seorang penyelidik di Jiangsu Provincial Academy of Social Sciences, menekankan bahawa mendapatkan semula pesanan adalah penting, namun apa yang lebih penting ialah memulihkan keyakinan dan kevitalan ekonomi.
"Kita perlu mempercepatkan peredaran dan pembangunan ekonomi domestik serta antarabangsa."
Memastikan perusahaan beroperasi
Sejak tiga tahun yang lalu, kerajaan Cina pada semua peringkat menerima pakai beberapa dasar untuk memastikan perusahaan beroperasi di tengah-tengah gelombang COVID-19 yang berulang.
Bagi melindungi pembuat cip tempatan di metropolis timur Shanghai, kerajaan perbandaran membenarkan mereka untuk beroperasi di bawah sistem "gelung-tertutup".
Pengeluar cip di sana menjamin output normal walaupun dengan wabak COVID-19 yang bermula pada 28 Mac, apabila bandar itu mula menyaksikan bilangan jangkitan Omicron yang semakin meningkat.
Hua Hong Semiconductor Limited, pengeluar cip kedua terbesar China telah menempatkan lebih daripada 6,000 pekerja yang tersebar merentas lima buah kilang di Shanghai sejak 27 Mac.
Wang Lijing, seorang pekerja Hua Hong memberitahu China Media Group (CMG) pada bulan April bahawa beliau telahpun tinggal di kilang tersebut sejak dua minggu yang lalu.
Limbungan kapal Shanghai turut menyambung semula pengeluaran pada 23 April dan menyerahkan Pembawa Etana Amat Besar (VLEC) yang terbesar di dunia pada 16 Mei.
Bagi pencegahan dan kawalan wabak, limbungan kapal menetapkan sistem pengudaraan bebas yang memerlukan kakitangan dalam kapal yang diuji positif dijangkiti coronavirus atau disahkan sebagai kes jangkitan COVID-19 untuk dikuarantinkan serta-merta bagi membendung penyebaran virus selanjutnya yang mungkin berlaku.
Zhang Jian, timbalan pengurus besar Jiangnan Shipyard, memberitahu CMG, "Dalam peringkat pertama, kami menyambung semula proses penghantaran biasa di dermaga dan kami merancang untuk membuka semula semua barisan pengeluaran limbungan kapal menjelang akhir Mei."
Dengan langkah-langkah COVID-19 yang berkesan, BYD China mengalahkan Tesla Elon Musk sebagai pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar di dunia mengikut jualan dalam separuh pertama tahun 2022 dengan 641,000 kenderaan terjual.
Jeff Chung, seorang penganalisis auto dengan Citigroup, menggelar pertumbuhan jualan BYD sebagai "mengagumkan."
Perusahaan Cina 'berkembang ke luar negara'
Memandangkan China terus melonggarkan lagi sekatan COVID-19 dalam bulan Disember, bandar-bandar menghantar para delegasi ke pasaran luar negara buat julung kalinya dalam tempoh tiga tahun untuk menggalakkan perdagangan dan mendapatkan urus niaga.
Wilayah Zhejiang, Timur China menjadi peneraju dalam memulihkan perdagangan asing dan menyusun sebuah kumpulan dengan kira-kira 100 delegasi yang mewakili 50 perusahaan untuk menyertai Pameran Fesyen Asia ke-36 di Tokyo, Jepun.
"Pertemuan secara bersemuka adalah lebih baik berbanding seribu emel," kata Li Lin, timbalan pengarah Pejabat Pembangunan Perdagangan Asing, Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang kepada CMG.
Dalam masa yang sama, bandar-bandar di Wilayah Jiangsu, timur China, termasuk Suzhou dan Wuxi, Wilayah Sichuan, barat daya China dan Wilayah Guangdong, selatan China turut menghantar delegasi ke luar negara untuk mencari peluang baharu.
"Pergi ke luar negara adalah satu kemestian," kata Wang Yuanpei, pengurus besar Wuxi Jiejin Precision Machinery Co., Ltd.
"Pasaran antarabangsa telah mengalami perubahan yang amat besar sepanjang tiga tahun yang lalu dan kami tidak sabar-sabar untuk mengadakan komunikasi bersemuka dengan pelanggan kami bagi mengukuhkan hubungan kami."
Keyakinan syarikat-syarikat asing terhadap China
Perusahaan asing berkata mereka masih menganggap China sebagai destinasi yang menarik untuk membuat pelaburan walaupun dengan wabak COVID-19.
Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China meningkatkan lagi keyakinan perusahaan asing dalam pasaran itu, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan pada 27 Oktober oleh China Council for the Promotion of International Trade (CCPIT).
Antara lebih 500 perusahaan asing yang disoal selidik, 96.7 peratus mengiktiraf pencapaian pembangunan China sejak dekad yang lalu manakala 96.9 peratus menyatakan keyakinan yang lebih kukuh terhadap pasaran Cina.
Dalam suku pertama tahun ini, kira-kira 90 peratus daripada perusahaan biayaan asing berpuas hati dengan dasar China berhubung akses pasaran, penggalakan persaingan pasaran, akses ke premis perniagaan dan perkhidmatan kewangan.
Juga dalam tahun 2022, pembuat auto terkemuka China, First Automotive Works dan pembuat auto Jerman, Audi melancarkan sebuah projek untuk mengeluarkan kenderaan elektrik tulen di bandar Changchun, timur laut China dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih daripada 30 bilion yuan ($4.7 bilion).
Dr. Juergen Unser, presiden Audi China, memberitahu CGTN bahawa "keputusan itu adalah sangat penting untuk melangkah bersama rakan kongsi kami yang dipercayai FAW ke Wilayah Jilin."
"Ia jelas menunjukkan komitmen kami yang berterusan terhadap e-transformasi industri automotif Cina."