omniture

Rockwell Automation Jalin Kerjasama dengan Fortinet Untuk Jamin Persekitaran Teknologi Operasi Yang Selamat

Rockwell Automation
2022-12-22 09:43 70

Fortinet menyertai PartnerNetwork™ Rockwell Automation sebagai Rakan Teknologi Emas

SINGAPURA, 22 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus terhadap pengautomatan perindustrian dan transformasi digital, mengumumkan bahawa Fortinet, peneraju global dalam penyelesaian keselamatan siber yang luas, bersepadu dan automatik, telahpun menyertai Program PartnerNetwork sebagai Rakan Teknologi - Emas (Gold Technology Partner).

Dengan menjalin kerjasama, Fortinet dan Rockwell Automation akan dapat memberi perlindungan keselamatan siber yang ampuh kepada pelanggan global melalui penumpuan keupayaan perangkaian dan keupayaan keselamatan termaju. Perbezaan antara persekitaran teknologi operasi (OT) dan teknologi maklumat (IT) bererti sistem ICS sering berhadapan dengan risiko keselamatan siber yang berbeza dan landskap ancaman unik yang memerlukan penyelesaian keselamatan yang disesuaikan mengikut cabarannya. Fortinet mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun memberi jaminan keselamatan kepada persekitaran OT dengan penyelesaian yang dapat membantu organisasi-organisasi yang terhubung melindungi, mengukuhkan dan meningkatkan keselamatan siber.

Secara tradisi, syarikat-syarikat OT bergantung kepada "jurang udara" sebagai bahagian yang penting dalam strategi keselamatan siber mereka. Dengan memastikan agar tiada sambungan rangkaian yang wujud antara rangkaian OT dan IT, ia mengurangkan pendedahan komponen-komponen ICS kepada ancaman siber. Namun hari ini, jurang udara antara rangkaian OT dan IT semakin terhapus dengan pantas. Sebagai vendor utama bagi penyelesaian keselamatan OT, Fortinet akan membantu Rockwell menyokong keselamatan siber kumpulan pelanggannya yang semakin berkembang di serata dunia.

Dan DeYoung, Naib Presiden Pengurusan Produk di Rockwell Automation, menyatakan, "Semakin ramai pelanggan Rockwell mencari jalan agar produk atau perkhidmatan terhubung dapat menyediakan aliran hasil yang baharu. Namun begitu, inisiatif transformasi digital haruslah selamat, maka mereka meminta produk Fortinet untuk membantu mereka merealisasikan matlamat mereka. Pelanggan kami mencari cara untuk mengurangkan kerumitan dengan produk keselamatan bersepadu yang direka khusus untuk persekitaran OT. Dengan bekerjasama dengan Fortinet, kami menawarkan keberkesanan keselamatan siber yang mereka perlukan."

"Syarikat-syarikat akan terus menyaksikan penumpuan antara OT serta IT dan evolusi ini akan memberi kesan yang signifikan kepada keselamatan siber pembuatan atau pengilangan," kata John Maddison, Naib Presiden Eksekutif produk dan Ketua Pegawai Pemasaran di Fortinet. "Perkongsian Fortinet dengan Rockwell Automation akan membantu pelanggan mengemudi perjalanan transformasi digital mereka dengan selamat. Kerjasama kami bersama Rockwell akan menyokong keselamatan siber organisasi-organisasi terhubung dengan mengurangkan pendedahan mereka terhadap ancaman siber dan membantu mereka memusatkan keterlihatan dan pengurusan rangkaian keselamatan mereka."

Ketahui lebih lanjut tentang keupayaan dan penyelesaian OT Fortinet di https://www.fortinet.com/ot.

Untuk maklumat lanjut tentang Program Rakan Kongsi Digital Rockwell Automation atau untuk meminta maklumat lanjut daripada pejabat jualan tempatan anda, sila klik di sini.

Latar Belakang Fortinet

Fortinet memungkinkan dunia digital yang sentiasa boleh dipercayai melalui misinya untuk melindungi orang ramai, peranti dan data di mana sahaja. Inilah sebab perusahaan, penyedia perkhidmatan dan pertubuhan kerajaan terbesar di dunia memilih Fortinet untuk mempercepatkan perjalanan digital mereka dengan selamat. Platform Fortinet Security Fabric menyediakan ciri perlindungan yang luas, bersepadu dan automatik pada seluruh permukaan serangan digital, melindungi peranti, data, aplikasi dan sambungan kritikal daripada pusat data ke awan hingga pejabat rumah. Tersenarai di kedudukan #1 bagi perkakas paling selamat yang dihantar di seluruh dunia, lebih daripada 615,000 pelanggan mempercayai Fortinet untuk melindungi perniagaan mereka. Fortinet NSE Training Institute pula, satu inisiatif oleh Training Advancement Agenda (TAA) Fortinet, menyediakan salah satu program latihan terbesar dan paling luas dalam industri ini untuk menjadikan latihan siber dan peluang kerjaya baharu tersedia untuk semua orang. Ketahui lebih lanjut di https://www.fortinet.com, Blog Fortinet, atau FortiGuard Labs.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 26,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi https://www.rockwellautomation.com/en-id.html.

Latar Belakang PartnerNetwork

Program PartnerNetwork Rockwell Automation menawarkan akses kepada rangkaian kolaboratif syarikat yang saling memberi tumpuan kepada pengeluar global untuk membangunkan, melaksanakan dan menyokong penyelesaian yang terbaik dalam kelas bagi mencapai pengoptimuman seluruh kilang, meningkatkan prestasi mesin dan memenuhi objektif-objektif kemampanan.

PartnerNetwork ialah tanda dagangan Rockwell Automation Inc.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Contracts