![]() |
PERNYATAAN MSC
GENEVA, 22 Disember 2022 /PRNewswire/ -- MSC Group dengan sukacitanya mengesahkan bahawa anak syarikat milik penuhnya iaitu SAS Shipping Agencies Services telah melengkapkan pengambilalihan Bolloré Africa Logistics. Urus niaga ini telah diluluskan oleh semua pihak berkuasa kawal selia yang berkenaan.
Pengambilalihan MSC terhadap Bolloré Africa Logistics SAS dan ahli gabungannya ("Bolloré Africa Logistics Group") menyerlahkan komitmen jangka panjang MSC untuk melabur dalam rantaian bekalan dan infrastruktur Afrika yang dapat menampung keperluan pelanggan bagi kedua-dua syarikat.
MSC mengulangi komitmen bahawa ia akan mengendalikan Bolloré Africa Logistics Group sebagai entiti autonomi dengan portfolio rakan kongsinya yang pelbagai, di bawah jenama baharu yang akan diperkenalkan pada tahun 2023. Philippe Labonne akan terus memegang jawatan sebagai Presiden Bolloré Africa Logistics yang telah lama disandang beliau dalam menerajui perniagaan tersebut.
MSC berhasrat untuk terus meningkatkan kesalinghubungan benua ini ke seluruh dunia dan mendayakan aktiviti perdagangan di Afrika apabila perdagangan bebas benua (AfCFTA) dilaksanakan. Disokong oleh kekuatan dari segi kewangan dan kepakaran operasi MSC Group, Bolloré Africa Logistics akan dapat memenuhi semua komitmennya kepada kerajaan, terutamanya tentang konsesi pelabuhan.
Presiden MSC Group, Diego Aponte berkata:
"Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan lebih 21,000 pekerja baharu ke dalam keluarga MSC melalui pengambilalihan yang kami lakukan ke atas Bolloré Africa Logistics. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga Bolloré, dan Cyrille khususnya, kerana telah menjalankan urus niaga ini dengan lancar dan cekap, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka kerana telah menubuhkan perniagaan yang begitu kukuh.
"Perjanjian ini akan mengukuhkan hubungan MSC yang berterusan dengan Afrika dan akan mengukuhkan komitmen kami terhadap pertumbuhan ekonomi di benua ini, termasuk pelaburan dalam perkapalan, limbungan kapal, terminal kontena, penyelesaian logistik, kemudahan penyimpanan, serta rangkaian jalan raya dan landasan kereta api yang akan menyokong dan meningkatkan perdagangan di benua Afrika dan seluruh dunia. Strategi kami tetap mengambil kira asas nilai-nilai dan visi jangka panjang kami yang melindungi lebih 150,000 orang pekerja di 155 buah negara di seluruh dunia."
Tentang MSC
MSC Mediterranean Shipping Company yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland, merupakan sebuah peneraju global dalam pengangkutan dan logistik milik persendirian dan ditubuhkan pada tahun 1970 oleh Gianluigi Aponte. Sebagai salah sebuah syarikat perkapalan kontena terkemuka di dunia, MSC mempunyai 675 buah pejabat di 155 buah negara di seluruh dunia dengan para pekerja melebihi 150,000 orang. Dengan akses kepada rangkaian sumber pengangkutan jalan raya, kereta api dan laut yang bersepadu di seluruh pelosok dunia, syarikat tersebut terkenal dengan perkhidmatan global yang disampaikan dengan pengetahuan tentang keperluan tempatan. Syarikat perkapalan MSC berlayar di lebih 260 laluan perdagangan dan berlabuh di lebih 520 buah pelabuhan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.msc.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1495491/MSC_Mediterranean_Shipping_Company_Logo.jpg?p=medium600