Memperluas jangkauan ke lokasi acara sukan peringkat tertinggi di AS dan memperoleh kedudukan yang kukuh di Amerika Utara; Mengembangkan portfolio perkhidmatan media dan hiburan dengan penerbitan dan penyiaran video secara langsung yang menjadikan syarikat ini berada pada kedudukan yang unik dalam keseluruhan rantaian nilai kandungan global
NEW YORK dan MUMBAI, India, 23 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Tata Communications, sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai sebuah perjanjian muktamad melalui anak syarikat antarabangsa milik penuhnya iaitu Tata Communications (Netherlands) B.V. untuk mengambil alih The Switch Enterprises LLC. The Switch yang beribu pejabat di New York merupakan penyedia perkhidmatan penerbitan dan penyiaran video secara langsung yang menyeluruh dan terkemuka di peringkat global serta mempunyai jangkauan ke lokasi sukan peringkat tertinggi di Amerika Utara. Melalui pengambilalihan ini, Tata Communications bakal memperoleh kedudukan yang kukuh dalam pasaran media dan hiburan Amerika, memperluas portfolionya ke dalam bidang penerbitan video secara langsung dan berada pada kedudukan yang unik sebagai sebuah syarikat ekosistem media yang serba lengkap dalam keseluruhan rantaian nilai pembangunan kandungan di seluruh dunia.
Di bawah terma perjanjian tersebut, Tata Communications telah bersetuju untuk mengambil alih 100% kepentingan ekuiti dalam The Switch Enterprises, LLC dan beberapa aset antarabangsanya pada nilai kira-kira USD58.8 Juta (₹486.3 Crore) dalam urus niaga secara tunai sahaja (tertakluk kepada pelarasan penutupan yang lazim). Penutupan urus niaga ini bergantung kepada kelulusan kawal selia. Melalui penggabungan kedua-dua buah syarikat in, Tata Communications akan menyokong para pelanggan The Switch dengan jangkauan global ke lebih 190 buah negara dan wilayah, manakala The Switch pula akan menawarkan keupayaan penerbitan secara langsung yang canggih bagi membantu organisasi menerbitkan kandungan yang berkualiti tinggi dan lebih imersif dengan lebih pantas dan cekap.
Tri Pham, Ketua Pegawai Strategi Tata Communications mengumumkan pengambilalihan tersebut dengan mengatakan, "Gabungan tenaga kami melalui kehadiran The Switch yang kukuh di Amerika Utara dan kedudukan global Tata Communications akan mewujudkan sebuah kuasa besar yang hebat dalam ekosistem media global yang membantu perusahaan memanfaatkan corak penggunaan digital baharu untuk mendorong inovasi dan pembaharuan. Selain itu, model infrastruktur penerbitan sebagai perkhidmatan The Switch akan membolehkan para pelanggan Tata Communications mempercepat penerimagunaan penerbitan jarak jauh dari mana-mana acara di seluruh dunia."
Dhaval Ponda, Ketua Perniagaan Media & Hiburan Global Tata Communications menambah, "Industri media & hiburan global sedang mengalami transformasi digital yang berlaku hanya sekali dalam seluruh generasi ini yang didorong oleh perubahan penting pada tingkah laku penggunaan pengguna. Tata Communications telah membantu beberapa persekutuan, penyiar dan platform OTT sukan global yang terbesar menguruskan perubahan ini melalui platform media digital generasi seterusnya milik kami. Melalui pasukan The Switch, kami kini akan dapat membangunkan penyelesaian menyeluruh yang boleh diskala yang merangkumi program secara langsung dan berjadual untuk televisyen, memanfaatkan video yang dirakam terlebih dahulu dan difailkan untuk penciptaan kandungan baharu serta semua kerja-kerja pasca penerbitan. Pasukan The Switch dan Tata Communications akan bersama-sama membantu industri ini berkembang ke tahap seterusnya dalam penglibatan peminat di lokasi dan di rumah."
Mengulas tentang pengambilalihan tersebut, Eric Cooney, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif The Switch berkata, "Pasukan di The Switch telah bekerja keras mewujudkan tawaran penerbitan dan penyiaran secara langsung yang terkemuka dalam pasaran di AS dan negara-negara lain. Kami amat berbangga dengan pencapaian kami dan kepercayaan yang diletakkan oleh syarikat media Peringkat 1 terhadap perkhidmatan kami. Apabila industri media berkembang, The Switch mempunyai peranan yang lebih besar untuk dimainkan terhadap masa depan bidang sukan dan hiburan secara langsung serta membantu para pelanggan kami memaksimumkan kandungan mereka yang menguntungkan. Bersama-sama dengan Tata Communications, kami akan mempercepat usaha ini dengan menyediakan kestabilan, pelaburan dan visi untuk menyokong pertumbuhan masa depan. Saya teruja dengan masa depan The Switch dan peluang-peluang yang ditawarkan melalui pengambilalihan ini kepada pasukan dan pelanggan kami."
Setelah urus niaga tersebut selesai, The Switch Enterprises akan menyertai perniagaan Perkhidmatan Media dan Hiburan (MES) Tata Communications di bawah pimpinan Dhaval Ponda.
Tentang The Switch Enterprises
Dalam dunia penerbitan dan penyampaian video secara langsung yang penuh aksi, The Switch sentiasa aktif dan sentiasa ada – menetapkan penanda aras industri untuk kualiti, kebolehpercayaan dan tahap perkhidmatan yang tiada tandingan. Ditubuhkan pada tahun 1991 dan beribu pejabat di New York, The Switch telah menghubungkan para penonton di seluruh dunia kepada acara secara langsung selama hampir tiga dekad dengan membawa kandungan yang mereka mahukan merentasi platform TV linear, atas permintaan dan penstriman – pada pelbagai skrin dan peranti.
Platform penerbitan The Switch yang menyeluruh ini menggabungkan perkhidmatan mudah alih dan jarak jauh bagi membolehkan para pelanggannya merakam, menyunting dan menggabungkan liputan secara langsung yang berkualiti tinggi dan menarik serta menjimatkan kos. Rangkaian penyampaian The Switch menghubungkan kemudahan penerbitan dengan lebih 800 penerbit, pengedar kandungan terbesar di dunia serta lokasi sukan dan acara, menghubungkan para pemegang hak, penyiar, platform penstriman, cawangan media dan perkhidmatan web dengan lancar – serta menyiarkan kandungan langsung di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.theswitch.tv
Tentang Tata Communications
Sebagai sebahagian daripada Tata Group, Tata Communications (NSE: TATACOMM; BSE: 500483) ialah sebuah syarikat pendaya ekosistem digital global yang memperkasakan ekonomi digital yang sedang berkembang pesat pada hari ini di lebih 190 buah negara dan wilayah. Dengan kepimpinan melalui kepercayaan, ia mendayakan transformasi digital perusahaan di seluruh dunia melalui kolaborasi dan penyelesaian terhubung, kesalinghubungan utama dan generasi seterusnya, penyelesaian pengehosan awan serta keselamatan dan perkhidmatan media. 300 buah syarikat Fortune 500 merupakan pelanggannya dan syarikat ini menghubungkan perniagaan kepada 80% syarikat awan gergasi di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatacommunications.com
Pernyataan berpandangan ke hadapan dan amaran
Perkataan dan pernyataan tertentu dalam siaran ini berkenaan Tata Communications dan prospeknya serta pernyataan lain, termasuk yang berkaitan dengan jangkaan kedudukan kewangan Tata Communications, strategi perniagaan, pembangunan masa depan operasi Tata Communications dan ekonomi umum di India, merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan sedemikian melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain termasuk kewangan, kawal selia dan alam sekitar, serta faktor yang berkaitan dengan pertumbuhan industri dan unjuran trend yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Tata Communications atau hasil industri berbeza secara material daripada yang dinyatakan atau yang tersirat dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor-faktor penting yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini antaranya termasuk kegagalan meningkatkan volum trafik pada rangkaian Tata Communications; kegagalan membangunkan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pelanggan dan menjana margin yang boleh diterima; kegagalan melengkapkan ujian komersial teknologi dan sistem maklumat baharu bagi menyokong produk dan perkhidmatan baharu termasuk perkhidmatan penghantaran suara; kegagalan menstabilkan atau mengurangkan kadar pemampatan harga pada perkhidmatan komunikasi syarikat yang tertentu; kegagalan menyepadukan pengambilalihan strategik dan perubahan dasar kerajaan atau peraturan di India, khususnya perubahan yang berkaitan dengan pentadbiran industri Tata Communications; dan secara amnya, suasana ekonomi, perniagaan dan kredit di India. Faktor tambahan yang boleh menyebabkan hasil, prestasi atau pencapaian sebenar berbeza secara material daripada pernyataan berpandangan ke hadapan ini yang kebanyakannya di luar kawalan Tata Communications termasuk, tetapi tidak terhad kepada faktor risiko yang dibincangkan dalam Laporan Tahunan Tata Communications Limited.
Laporan Tahunan Tata Communications Limited boleh didapati di www.tatacommunications.com. Tata Communications tidak bertanggungjawab dan secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau meminda pernyataan berpandangan ke hadapan ini.
© 2022 Tata Communications Ltd. Hak cipta terpelihara.
TATA COMMUNICATIONS dan TATA merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Tata Sons Private Limited di India dan di negara-negara tertentu.