![]() |
RIYADH, Saudi Arabia, 23 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Forum Mineral Masa Depan (FMF) kedua yang dianjurkan oleh Kementerian Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi menerbitkan beberapa kertas kerja akademik tentang masa depan perlombongan dan cara industri ini boleh melakukan pembaharuan.
Tema ini dihuraikan dalam sebuah laporan mencabar yang dihasilkan oleh Peter Bryant, Pengerusi Institut Rakan Pembangunan dan juga Clareo. Beliau berpendapat bahawa perlombongan mesti melakukan pembaharuan dalam cara asas: cara ia mengeluarkan mineral dan logam; membentangkannya kepada dunia dan menerangkan peranannya dalam memerangi perubahan iklim serta menyumbang kepada matlamat pelepasan karbon sifar bersih.
Laporan ini menggesa industri mineral dan logam untuk meneruskan penyelidikan terperinci dan memperjuangkan inovasi bukan sahaja untuk meningkatkan prestasi dan kelestarian dari segi teknik perlombongan tetapi juga untuk mengurangkan kesannya terhadap alam sekitar. Kini tibalah masanya untuk menjangkau lebih jauh lagi bagi mendidik orang ramai bahawa perlombongan adalah penting dalam memerangi perubahan iklim.
Walaupun masyarakat semakin menuntut terhadap tenaga bersih, namun masih ramai orang tidak menyedari bahawa bahan mentah yang diperlukan untuk menguasakan kenderaan elektrik, cip mikro, panel solar dan bateri boleh dicas semula, semuanya diperolehi daripada pengeluaran logam dan mineral berharga seperti litium, kobalt, tembaga dan grafit. Contohnya, tanpa tembaga, ladang angin tidak boleh beroperasi.
Dengan memiliki simpanan mineral yang belum diterokai yang bernilai sebanyak $1.3 trilion, Arab Saudi boleh menerajui pemikiran baharu dengan mengguna pakai teknik perlombongan baharu yang sekali gus akan meningkatkan imej prihatinnya untuk menghubungkan semula industri global dengan komuniti dan pihak berkepentingan serta meyakinkan mereka tentang manfaat asas yang diberikan oleh industri mineral dan logam. "Kita perlu mempercepat pelaburan dalam inovasi untuk meletakkan pembangunan mineral sebagai pemangkin terhadap kemakmuran ekonomi", gesa kertas kerja tersebut.
En. Bryant berhujah bahawa perlombongan mestilah bersifat lebih "pemberi" berbanding "penerima". Ia perlu mengambil langkah-langkah yang lebih besar untuk menunjukkan kepada komuniti, kerajaan dan pihak berkepentingan bagaimana industri ini memberi manfaat kepada masyarakat, meningkatkan usaha penyahkarbonan dan memerangi perubahan iklim.
Sebuah pelan hala tuju global akan mewujudkan asas dan perkongsian yang diperlukan untuk strategi yang kukuh dan tindakan yang jelas. Pendekatan ini memastikan bahawa bebannya tidak dipikul oleh pihak yang paling tidak mampu untuk menanggungnya, manakala manfaatnya pula tidak diberikan kepada beberapa pihak yang terpilih. Sebaliknya, ia akan mewujudkan kemakmuran jangka panjang, saksama dan lestari.
Hubungan Media:
Omar Shereen
omar.shereen@fleishman.com
+966 50 663 0489
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1973377/Future_Minerals_Forum_Logo.jpg?p=medium600