omniture

China aktif optimumkan langkah-langkah tindak balas COVID-19 untuk lebih bersiap sedia menempuh cabaran

CGTN
2022-12-27 11:39 56

BEIJING, 27 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Memandangkan beberapa wilayah di China telah menyaksikan jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, kerajaan tempatan mengambil langkah-langkah yang pantas dan tepat bagi mencegah kes-kes yang teruk, melindungi kesihatan penduduk dan membina penghalang daripada epidemik tersebut.

Langkah-langkah ini termasuk menyediakan rawatan perubatan yang tepat pada masanya, memenuhi keperluan ubat-ubatan, meningkatkan perkhidmatan kesihatan untuk warga tua dan kumpulan-kumpulan penting yang lain, menggalakkan vaksinasi COVID-19 dan mengukuhkan pencegahan serta kawalan epidemik di kawasan luar bandar.

Klinik demam berjalan rancak

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, beberapa bandar Cina telah membuka klinik demam di dalam gimnasium atau menukar reruai ujian asid nukleik menjadi klinik demam sementara untuk mengurangkan tekanan daripada rawatan perubatan sesetengahnya beroperasi 24 jam sehari.

Selain itu, institusi-institusi perubatan pada semua peringkat mengoptimumkan prosedur, meluaskan sumber dan menambah kakitangan perubatan yang bertugas untuk berusaha sedaya upaya bagi memenuhi keperluan pesakit yang mendesak dan membimbangkan.

Seperti Shanghai, klinik demam di 145 hospital peringkat sekunder dan peringkat lebih tinggi telah diminta untuk dibuka sepenuhnya bagi memenuhi keperluan penduduk untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan.

Hospital-hospital internet turut dibuka di banyak bandar bagi memastikan agar penduduk boleh mendapatkan rawatan perubatan tanpa meninggalkan rumah mereka.

Suruhanjaya kesihatan perbandaran Beijing berkata pada hari Rabu bahawa 65,000 pesakit yang demam dirawat di klinik demam bandar ini, satu penurunan sebanyak 11 peratus daripada kemuncak 73,000 baru-baru ini. Permintaan terhadap klinik demam umumnya telah berkurangan, menurutnya.

Perkhidmatan perubatan diutamakan dalam kumpulan penting

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan telah meminta institusi-institusi perubatan akar umbi bagi menyediakan lejar untuk kumpulan khas seperti warga tua yang tinggal bersendirian, wanita hamil dan pesakit yang mengalami keadaan kesihatan yang mendasari bagi memastikan perkhidmatan perubatan yang diperlukan.

Ia mengarahkan jabatan-jabatan hal ehwal awam tempatan untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh di lokasi-lokasi berisiko tinggi, termasuk penilaian simpanan ubat, rawatan perubatan, perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan vaksinasi dan keupayaan tindak balas kecemasan.

Di sebuah pusat perkhidmatan kesihatan komuniti di Shanghai, doktor-doktor keluarga dilihat menilai dengan teliti status kesihatan penduduk, memberi perhatian khas kepada warga emas berusia lebih 80 tahun, pesakit yang menghidap penyakit kronik, pesakit hemodialisis, pesakit kanser dan wanita hamil.

Pencegahan dan kawalan epidemik diperkukuh di kawasan luar bandar

Sebagai respons kepada kekurangan relatif sumber perkhidmatan kesihatan di kawasan pedalaman dan peningkatan aliran penduduk semasa musim cuti Tahun Baharu dan Festival Musim Bunga, apabila orang ramai yang bekerja di bandar-bandar sering pulang ke kampung halaman mereka, kerajaan tempatan mengukuhkan langkah pencegahan dan kawalan epidemik serta perkhidmatan kesihatan di kawasan luar bandar.

Pembinaan klinik-klinik demam di hospital-hospital perbandaran merupakan bahagian yang penting dalam pencegahan epidemik di kawasan pedalaman.

Jadikan bandar Jiaozhou, Wilayah Shandong, timur China sebagai contoh. Suruhanjaya kesihatan perbandaran Jiaozhou telah mewujudkan 536 titik perubatan komuniti dan mengatur 446 kakitangan perubatan dan sukarelawan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan ke kampung-kampung.

Terdapat sekurang-kurangnya dua kakitangan perubatan di setiap kliniik kampung dan titik perubatan, menawarkan perkhidmatan perubatan selama 24 jam seperti perundingan, pendispensan ubat dan pemindahan pesakit untuk kumpulan-kumpulan penting.

Meningkatkan vaksinasi

Di China, lebih 90 peratus daripada penduduk telah diberi vaksin sepenuhnya. Hampir 87 peratus daripada penduduk berumur lebih 60 tahun telah diberi vaksin sepenuhnya, namun hanya 66.4 peratus penduduk berumur lebih 80 tahun telah melengkapkan pusingan penuh vaksinasi.

Dengan penduduk seramai 267 juta berumur 60 tahun ke atas, China mempercepatkan proses vaksinasi antara kumpulan ini. Pada lewat bulan November, negara ini mengeluarkan satu pelan kerja bagi meningkatkan kadar vaksinasi antara warga emas.

Langkah-langkah seperti "saluran hijau" untuk warga tua turut diterima pakai di tempat-tempat yang berbeza bagi meningkatkan kadar vaksinasi.

Dengan pengoptimuman langkah-langkah kawalan epidemik, fokus terhadap strategi tindak balas epidemik China beralih daripada kawalan jangkitan kepada rawatan kes dengan objektif untuk mencegah kes-kes yang teruk.

Purata jangka hayat China, ukuran asas terhadap kesejahteraan negara, meningkat daripada 77.3 tahun pada tahun 2019 kepada 78.2 tahun pada tahun 2021, biarpun dengan adanya jurang dalam sumber perubatan per kapita dan teknologi perubatan antara negara yang paling padat penduduk di dunia dan juga negara-negara maju.

Mendukung falsafah bertumpukan rakyat, China berupaya untuk membendung beberapa pusingan wabak. Fakta dan angka menunjukkan beberapa "markah gred" yang patut dipuji terhadap tindak balas epidemik China sepanjang tiga tahun lalu dan memberi gambaran sekilas tentang pandangan tertentu berhubung usaha ke arah kehidupan normal yang akan datang.

https://news.cgtn.com/news/2022-12-24/China-actively-optimizes-COVID-19-response-measures--1g1VSDwwxdS/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion Public Safety