SEATTLE, 21 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, Bill dan Melinda akan berkongsi Surat Tahunan 2014 yang mereka tulis bersama. Surat tahun ini, "Tiga Mitos yang Menghalang Kemajuan Orang Miskin," menangani tiga tanggapan salah tentang usaha global bagi menamatkan kemiskinan tegar: Negara miskin akan terus kekal miskin, bantuan asing ialah pembaziran besar, dan menyelamatkan nyawa akan membawa kepada masalah penduduk berlebihan.
Sebenarnya, kehidupan kini sudah menjadi lebih baik untuk penduduk seluruh dunia berbanding sebelum ini. Orang ramai sedang menikmati kehidupan yang lebih lama dan sihat, dan kadar kemiskinan sudah berkurangan sebanyak separuh dalam masa 25 tahun lepas. Kadar kematian kanan-kanak sedang menurun dengan mendadak. Banyak negara yang menerima bantuan kini sudah boleh berdikari. Bill dan Melinda mahu menangani mitos ini kerana ia sering memberi alasan untuk berpeluk tubuh kepada orang ramai.
Bacalah surat itu dan ketahui apakah ramalan Bill untuk tahun 2035 di sini: www.gatesletter.com. Anda boleh memuat turun video hebat, infografik, dan gambar yang menggambarkan mitos itu di sini: http://isbx.it/e7668.