MONTREAL, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ --
Perjalanan Kapal Terbang-Kereta Api yang Lancar di Itali
Dengan sukacitanya kami mengumumkan AccesRail, peneraju dunia dalam pengedaran penyelesaian penyepaduan cara pengangkutan kapal terbang-kereta api yang lancar, telah menandatangani perjanjian dengan Trenitalia. Perkongsian ini menggunakan kepakaran inovatif AccesRail bagi membolehkan Trenitalia memastikan tiket kereta apinya boleh didapati menerusi platform jualan untuk semua syarikat penerbangan utama dunia. Bagi ejen pelancongan, ini bermakna kini mereka boleh membuat tempahan mudah untuk segmen penerbangan dan kereta api pada paparan skrin utama syarikat penerbangan untuk semua GDS penting. Bagi pelanggan pula, ini bermakna kini mereka boleh membuat perjalanan dengan segmen penerbangan dan kereta api dalam jadual perjalanan yang sama. Contohnya, penumpang yang mendarat di Rom sudah boleh mempunyai tiket Trenitalia mereka dan boleh terus menaiki kereta api yang menuju ke destinasi pilihan mereka, seperti Florence atau Naples.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140121/666228)
Kereta api Le Frecce Trenitalia sangat dikenali kerana membawa penumpang ke seluruh Itali dengan pantas dan menyelesakan. Perjanjian antara AccesRail dan Trenitalia menggunakan rangkaian yang menyeluruh ini untuk membuka peluang baharu bagi industri pelancongan kebangsaan. Membawa penumpang menuju ke semua bandar berpotensi yang disinggahi Le Frecce, memungkinkan pelbagai destinasi akhir baharu untuk perjalanan antarabangsa dan antara benua. Kemudiannya, ini dapat memenuhi permintaan pasaran untuk memperluas kepelbagaian destinasi pelancongan, sambil menjadikan perkhidmatan pintu ke pintu boleh dilakukan dan lebih lancar.
Kisah kejayaan yang semakin berkembang di Itali ini hanyalah satu lagi contoh bagaimana konsep penyepaduan cara pengangkutan boleh memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Selain kelebihan yang direalisasikan oleh industri pelancongan serta pengguna, syarikat penerbangan boleh melanjutkan lagi rangkaian mereka dengan mengakses destinasi sekunder yang mempunyai lapangan terbang yang lebih kecil atau tidak mempunyainya langsung, dan landasan kereta api dapat mempertingkatkan kebolehlihatan pilihan perjalanan kereta api mereka sambil memaksimumkan faktor beban kereta api mereka.
AccesRail, divisyen ACP Rail International, mengkhusus dalam perjalanan penyepaduan cara pengangkutan dan pengedaran GDS, lalu memungkinkan landasan kereta api rakan kongsi mereka berinteraksi dengan syarikat penerbangan dengan cara ini di seluruh dunia. Penyelesaian penyepaduan cara pengangkutan kapal terbang-kereta api sudah berjaya dilaksanakan untuk pelbagai syarikat kereta api seperti Renfe, Deutsche Bahn (DB), Norwegian State Railways (NSB), Swedish Railways (SJ), East Japan Railways, JR Kyushu, Dutch dan Belgium Railways (NS/SNCB) serta Thalys. Untuk menyemak lalu rangkaian penuh rakan kongsi penyepaduan cara pengangkutan dan produk yang ditawarkan oleh AccesRail lawati http://www.accesrail.com.
Hubungan Media: Angela Guezen, Hubungan Akhbar, publicrelations@acprail.com
SUMBER ACP Rail International