SEOUL, Korea Selatan, 29 Disember 2022 /PRNewswire/ -- Di bawah Projek Makanan Diperkuat yang dibiayai oleh Kementerian Pertanian, Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar (MAFRA) bagi tujuan pendaftaran vendor untuk perolehan dan pembangunan model perniagaan eksport PBB, satu konsortium telah dibentuk oleh Korea Institute of Procurement (KIP), BSR KOREA Corp dan Korea Food Research Institute (KFRI) untuk tiga benefisiari pengeluar makanan Korea (Soul Nature Food, J Food Service dan KEIL Corp).
Para pengeluar telah membangunkan makanan bantuan kecemasan dengan beras Korea sebagai bahan utama selama 3 tahun (2020~2022) bagi menyumbang kepada komuniti yang mampan. BSR KOREA, salah sebuah organisasi tuan rumah menyatakan bahawa projek ini bertujuan untuk menyokong para pengeluar untuk menembusi pasaran perolehan awam dalam organisasi-organisasi PBB seperti Program Makanan Sedunia (WFP) dengan membantu kawalan kualiti yang ketat, usaha wajar, strategi pembidaan, jemputan ke organisasi antarabangsa dan strategi pemasaran global serta pembangunan produk.
Soul Nature Food, salah satu pengeluar dengan pensijilan ISO 14001 dan 9001 mengkhusus dalam makanan fungsian am dan kesihatan. Baru-baru ini, ia menghasilkan makanan sejenis bijiran yang dikenali sebagai Super Powder dan Super Cereal sebagai makanan bantuan untuk mendayakan pengambilan nutrisi dengan hanya memasak di kawasan terpencil dengan keadaan yang terhad.
J Food Service terkenal sebagai pengeluar pracampuran makanan, memperoleh HACCP, HALAL dan FSSC22000. Ia telah menghasilkan bar tenaga sebagai makanan bantuan termasuk campuran serbuk 8-biji yang mengandungi beras bukan pulut, gandum, beras perang dan barli.
KEIL Corporation, menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam industri makanan alternatif di Korea, membangunkan teknologi pembuatan protein terhidrolisis yang diperoleh daripada serangga yang boleh dimakan. Ia merupakan salah satu penyedia bahan bio hijau wakilan Korea dan pengusaha paling kuat yang terlibat dalam perniagaan ulat roti (mealworm) boleh dimakan. Ulat roti dianggap sebagai makanan alternatif yang terbaik untuk mengurangkan emisi karbon. KEIL menjangkakan produk mereka dapat memerangi krisis makanan dalam komuniti rentan seperti negara-negara Afrika.
Pada 22 Jun, BSR KOREA menjemput pegawai-pegawai daripada organisasi antarabangsa dan agensi kerajaan di Kenya dan Uganda (Menteri dan Naib Menteri Jabatan Kesihatan serta Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri) serta mengadakan mesyuarat untuk memberi peluang kepada pengeluar-pengeluar benefisiari bagi memperkenalkan produk dan teknologi mereka. Pegawai kerajaan tempatan, vendor utama perolehan dan pengeluar mengadakan perbincangan yang produktif dengan berkongsi rancangan strategik mereka untuk menembusi pasaran perolehan.
Pegawai-pegawai peringkat tinggi asing dan vendor-vendor utama memperakui daya saing makanan nutrisi Korea dan menekankan bahawa perbincangan bermakna akan menjurus kepada ketahanan makanan dan rantaian makanan yang mampan. Amat diharapkan agar syarikat-syarikat Korea menyedari kemungkinan mereka untuk menembusi pasaran perolehan PBB dalam masa terdekat ini.