BEIJING, 30 Disember 2022 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") menerbitkan secara rasmi "Prospek Tenaga China 2060" ("Prospek") pada 28 Disember di Beijing. Ini merupakan penemuan kajian yang disiarkan secara terbuka yang pertama oleh Sinopec berhubung prospek tenaga jangka sederhana dan panjangnya, lantas memberi perspektif baharu untuk perancangan transformasi yang saintifik dan pembangunan industri-industri tenaga dan kimia China. Ini terangkum dalam konteks matlamat "Dwi-Karbon" yang dikemukakan oleh kerajaan China, dengan matlamat utama untuk mencapai keneutralan karbon menjelang tahun 2060.
Yuanshen-1 well, the risk exploration well of Sinopec in Sichuan basin, was completed with the depth of 8,866 meters, breaking Sichuan Basin’s record depth held by Sinopec Rentan-1 well.
Menurut Prospek tersebut, sebuah projek oleh Sinopec Economics & Development Research Institute, penggunaan tenaga utama China dijangka memuncak pada kira-kira 6.03 bilion tan arang batu standard antara tahun 2030 dan 2035 serta berkurangan kepada kira-kira 5.6 bilion tan arang batu standard pada tahun 2060. Emisi karbon berkaitan tenaga dijangka memuncak pada sekitar 9.9 bilion tan menjelang tahun 2030 selepas menyingkirkan sekuestrasi karbon daripada penggunaan tenaga bahan mentah dan menurun kepada 1.7 bilion tan dalam tahun 2060, lalu mencapai keneutralan karbon melalui teknologi Storan Penggunaan Penangkapan Karbon (CCUS) serta kawasan tadahan karbon, antara kaedah-kaedah lain.
Laporan berkenaan, memperincikan tentang penggunaan tenaga China dan unjuran emisi karbon dalam peringkat-peringkat penting menuju tahun 2060, telah mengemukakan konsep "segi tiga keseimbangan tenaga" berdasarkan kepada kajian yang komprehensif terhadap sejarah pembangunan tenaga global, faktor-faktor penting yang mempengaruhi transformasi tenaga, trend utama serta laluan pembangunan tenaga masa depan.
Ia telah mencadangkan pelan hala tuju untuk transformasi tenaga China berdasarkan kepada konsep segi tiga tenaga itu. Hal ini berdasarkan kepada menangani sebarang cabaran sekuriti yang mungkin timbul dalam peralihan tersebut, menekankan kesegeraan untuk mencapai transformasi ke arah tenaga hijau dan menyelaraskan matlamat pembangunan. Di samping itu, ia menekankan kepentingan menyatukan hala tuju umum, objektif dan prinsip ekonomi negara dan kemajuan sosial sepanjang tempoh transformasi tenaga.
"Prospek tersebut merupakan pencapaian terkini oleh Sinopec dalam meneroka pembangunan tenaga yang berkualiti tinggi di China serta mencerminkan pemerhatian dan pemahaman kami tentang undang-undang evolusi tenaga dengan penilaian yang sistematik terhadap trend masa depan pembangunan tenaga China," ujar Zhao Dong, presiden Sinopec. "Kami berharap dapat bekerjasama dengan semua rakan kongsi untuk mengukuhkan lagi pertukaran akademik dan mempererat kerjasama yang menyeluruh untuk mendorong lebih banyak kajian dan keputusan yang berkualiti tinggi serta menyumbang untuk mempercepatkan perancangan dan pembinaan sistem tenaga baharu serta melindungi sekuriti tenaga negara."
Untuk maklumat lanjut, kunjungi Sinopec.