omniture

Tata Technologies meraikan tahun ke-6 berturut-turut Kepimpinan ER&D Global Zinnov Zones 2022

TATA Technologies
2023-01-03 11:57 0

Tata Technologies telah berada pada kedudukan pertama dalam kalangan pakar Pengelektrikan Global dan ER&D yang berpangkalan di India dan yang ke-2 di seluruh dunia sebagai ESP pilihan OEM untuk memulakan perjalanan pengelektrikan mereka.

PUNE, India dan COVENTRY, England dan DETROIT, 3 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Tata Technologies, sebuah syarikat kejuruteraan produk dan perkhidmatan digital global terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah diiktiraf sebagai peneraju global dalam Zinnov Zones untuk penilaian perkhidmatan ER&D untuk tahun keenam berturut-turut. Syarikat tersebut telah ditampilkan sebagai rakan kongsi elektrifikasi pilihan untuk OEM global dengan berada pada kedudukan pertama dalam kalangan keseluruhan pakar Elektrifikasi ER&D Global yang berpangkalan di India dan yang ke-2 di seluruh dunia. Ia juga telah berada pada kedudukan nombor 1 dalam kalangan penyedia perkhidmatan kejuruteraan ER&D Automotif global yang berpangkalan di India dan yang ke-3 di seluruh dunia.

Tata Technologies celebrates 6th consecutive year of Global ER&D Leadership in Zinnov Zones 2022
Tata Technologies celebrates 6th consecutive year of Global ER&D Leadership in Zinnov Zones 2022

Visi Tata Technologies dalam Membina sebuah dunia yang lebih baik merangkumi komitmennya untuk menawarkan penyelesaian kejuruteraan dan transformasi digital yang mampan di seluruh rantaian nilai produk. Kajian Zinnov Zones 2022 mengakui bahawa Tata Technologies telah mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam semua aspek utama rantaian nilai produk. Ia telah dilantik sebagai Peneraju Global dalam bidang ER&D Automotif, perkhidmatan Pengelektrikan, Kejuruteraan Digital, Industri 4.0 dan perkhidmatan ER&D aeroangkasa. Peningkatan yang luas dalam penilaian merupakan bukti penyelesaian yang menarik di seluruh rantaian nilai kejuruteraan dan pembuatan produk, keupayaan kenderaan elektrik turnkey, penyelesaian perisian terbenam, perkhidmatan transformasi digital, penyelesaian pembuatan digital, pangkalan pelanggan global yang pelbagai dan perjanjian urus niaga besar di sepanjang tahun lepas. Selain itu, tawaran tersuai syarikat berkaitan MRO, reka bentuk dan simulasi alatan serta penyelesaian selepas jualan bagi industri Aeroangkasa telah diiktiraf kerana penciptaan nilainya.

Mengulas tentang penilaian Zinnov Zones 2022, Warren Harris, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan, Tata Technologies berkata, "Ia merupakan suatu penghormatan untuk diperakui sebagai peneraju global dalam Perkhidmatan ER&D untuk tahun keenam berturut-turut dan yang pertama dalam kalangan pakar Elektrifikasi ER&D Global yang berpangkalan di India. Penilaian Zinnov ini merupakan bukti sebenar kemajuan yang telah kami capai sepanjang tahun lalu dan mempamerkan cara kami meningkatkan cadangan nilai di seluruh rantaian nilai produk. Ia juga memperkukuhkan komitmen kami untuk terus melabur dalam keupayaan kejuruteraan digital dan turnkey kenderaan elektrik (EV) kami bagi membantu pelanggan melancarkan produk yang berdaya saing."

Sidhant Rastogi, Rakan Kongsi Pengurusan merangkap Ketua Global Zinnov berkata, "Tata Technologies telah mengubah cara produk global direka, dihasilkan dan diservis dengan memanfaatkan penyelesaian dan ekosistem pemecut di seluruh rantaian nilai produk ER&D. Ia telah memenangi beberapa urus niaga besar di seluruh sektor Kenderaan Elektrik, Perisian Tertanam, Industri 4.0 & Kejuruteraan Digital. Ia telah mewujudkan rekod prestasi dalam menyampaikan penyelesaian e-mobiliti dan transformasi digital yang berskala tinggi untuk pelanggan tersohor yang pelbagai di seluruh dunia. Ia telah berjaya meletakkan kedudukannya pada kedudukan pertama dalam kalangan para Elektrifikasi ER&D Global dan pakar Automotif yang berpangkalan di seluruh India, yang disokong oleh penyelesaian pembangunan Kenderaan Elektrik turnkey dan pemecut seperti eVMP dan Pulse. Kedudukan kepimpinannya di pelbagai peringkat rantaian nilai produk dalam Zinnov ER&D Zones 2022 mencerminkan keupayaannya yang kukuh dalam vertikal EV, Automotif dan Aeroangkasa."

Santosh Singh, Naib Presiden Kanan merangkap Ketua Global, Pemasaran & Kecemerlangan Perniagaan Tata Technologies berkata, "Kami merupakan rakan kongsi kejuruteraan strategik yang dicari-cari oleh perniagaan jika mereka ingin mencapai kejayaan yang lebih baik. Daripada menyampaikan hasil yang bijaksana kepada penyelesaian pembangunan produk yang serba lengkap, Tata Technologies merupakan rakan kongsi perkhidmatan kejuruteraan pilihan syarikat-syarikat yang ingin mengubah portfolio produk mereka dan melancarkan EV baharu dengan pantas. Pengiktirafan oleh Zinnov Zones sebagai pakar EV Global No.1 yang berpangkalan di India meletakkan kami sebagai jenama yang diingini untuk bakat yang mahu menjalankan projek global dan bekerja dengan organisasi yang didorong matlamat."

Siaran Akhbar boleh didapati di laman web, LinkedIn, Twitter dan Instagram.

Zinnov Zones merupakan satu penilaian tahunan yang diterbitkan oleh Zinnov yang menilai para Penyedia Perkhidmatan Global berdasarkan kecekapan, keupayaan dan kejayaan pasaran mereka. 

Tentang Tata Technologies 

Tata Technologies merupakan sebuah syarikat kejuruteraan produk dan perkhidmatan digital global yang memberi tumpuan untuk memenuhi misinya dalam membantu dunia memacu, melaksana, membina dan mengurus dengan membolehkan para pelanggannya merealisasikan produk yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tatatechnologies.com. Ikuti kami di Instagram, LinkedIn, Twitter untuk kemas kini terkini. Hubungi kami di Marketing@tatatechnologies.com

Tentang Zinnov 

Zinnov ialah sebuah firma perundingan pengurusan global yang telah berjaya memberikan khidmat nasihat kepada lebih 250 buah perusahaan Fortune 500 dalam perjalanan penciptaan nilai mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zinnov.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1975981/Tata_Technologies_Zinnov_Zones.jpg?p=medium600

 

Source: TATA Technologies
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Electronic Design Automation Transportation Utilities Survey, Polls & Research