omniture

Central World Thailand, mercu tanda kira detik global, turut digelar 'Times Square of Asia', menyoroti pemandangan bandar bunga api Muzikal 180-darjah yang mengagumkan untuk menyambut tahun 2023

CENTRAL PATTANA
2023-01-03 15:05 101

BANGKOK, 3 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Kerajaan dan syarikat-syarikat sektor swasta terkenal yang diketuai oleh Central Pattana Plc, pemaju hartanah terkemuka Thailand, Lembaga Pelancongan Thailand dan rakan-rakan kongsi yang lain menganjurkan 'Central World Bangkok Countdown 2023' ('Kira Detik Central World Bangkok 2023') di Central World, yang turut dikenali sebagai Times Square of Asia dan telah menjadi mercu tanda sambutan Tahun Baharu No. 1 di Thailand selama lebih 22 tahun lamanya.


Menyoroti 'The World Artist of the Century – The Return of K-POP King 'RAIN' ('Artis Dunia Abad Ini – Kembalinya Raja K-POP 'RAIN') mengadakan persembahan dan memimpin setiap orang untuk melakukan kira detik Tahun Baru berserta sambutan tanpa had artis-artis yang meraih anugerah tertinggi di Thailand berserta Ekstravaganza Bunga Api Muzikal 180˚ yang mengagumkan bersama-sama 'Digital Firework Art' ('Seni Bunga Api Digital') pada skrin panOramix terbesar oleh artis-artis jalanan bertaraf dunia; Rukkit x Pai Lectobacillous, nikmati Penyegerakan Pemandangan-Bandar Ratchaprasong pertama daripada sinergi perniagaan di daerah komersial dan pelancangan yang paling mantap di negara ini, sebagai 'Destinasi Kira Detik yang Harus Dikunjungi Sepanjang Hayat' yang ingin dikunjungi oleh orang ramai dari seluruh dunia. Ia mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan pada tahun ini sama seperti mercu tanda kira detik terkenal yang lain di serata dunia.

Pride of Thailand, kira detik Central World turut dipaparkan pada skrin di Times Square, New York bagi meraikan saat-saat kira detik bersama orang ramai dari seluruh dunia. Di samping itu, Central Pattana turut menegaskan reputasinya sebagai mercu tanda kira detik negara ini melalui 'Thailand Countdown 2023' di tujuh cawangan pusat membeli-belah Central di seluruh negara.

Semua orang menikmati SAMBUTAN SEPANJANG-HARI dari pagi hingga malam kira detik, membeli-belah dan berhibur dengan langkah-langkah keselamatan tahap tinggi. Bunga api mengagumkan dengan pemandangan bandar terus dinyalakan satu demi satu untuk melihat pemandangan terbaik bangunan pencakar langit Bangkok sebagai 'Destinasi Perayaan Terbaik Dunia'.

Central World ialah destinasi yang harus dikunjungi untuk pembeli-belah tempatan dan luar negara, terletak di tengah-tengah bandar Bangkok di persimpangan Ratchaprasong dengan perjalanan yang mudah menggunakan sky train BTS. Acara kira detik ini membantu merangsang ekonomi negara ini dan menekankan komitmen jenama Central Pattana untuk "Membayangkan Masa Depan Lebih Baik untuk Semua" serta untuk mempromosikan Thailand sebagai destinasi yang tidak dapat dilupakan untuk pelancong dari serata dunia.


Source: CENTRAL PATTANA
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel