omniture

Network of Giving akan dilancarkan semasa Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia 2023 di Davos

Network of Giving
2023-01-03 21:07

PHOENIX, 3 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Network of Giving akan diperkenalkan kepada para tetamu jemputan Forum Ekonomi Dunia 2023 di Network of Giving House di Davos, Switzerland. Forum Ekonomi Dunia ialah sebuah platform yang dipercayai dalam menyepadukan dan menyatukan usaha-usaha menambah baik keadaan dunia oleh semua pihak berkepentingan dalam pertubuhan global. Maklumat lanjut tentang Forum Ekonomi Dunia: weforum.org

Network of Giving ialah sebuah sebuah platform digital hiper tempatan yang proprietari dan hebat, yang didayakan oleh perkhidmatan kewangan. Platform ini memupuk gerakan berasaskan minda komuniti melalui hubungan yang dijalinkan antara pengguna dengan para pedagang tempatan serta pertubuhan komuniti sambil membina kecekapan kutipan dana secara digital. Melalui sumbangan mikro yang ditakrifkan saudagar dan dagangan digital, Network of Giving mendemokrasikan alat digital para pedagang tempatan yang diperlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Network of Giving menyediakan saluran yang diperlukan pelanggan untuk membantu perniagaan serta organisasi tempatan memberi manfaat kepada ekonomi dan komuniti di kawasan yang didiami tanpa sebarang kos.

Special Olympics dan United Way, dengan kerjasama Network of Giving, melaksanakan penyelesaian digital yang inovatif dan automatik sepenuhnya ini yang menyatukan mereka dalam menjalankan misi bersama. Platform Network of Giving menyediakan peluang kolaboratif kepada institusi kewangan, para pedagang dan komuniti untuk menjangkau pengguna tempatan yang prihatin.

"Kami teruja untuk membawa Network of Giving ke pentas dunia di Davos. Platform ini komited untuk memacu pemerkasaan kewangan dan sosial sambil membawa perubahan yang positif dalam komuniti," kata Rob Bennett, Ketua Pegawai Eksekutif SMB4.0, organisasi yang menggerakkan Network of Giving.

"Network of Giving menyediakan satu lagi wadah untuk meningkat dan mengukuhkan komuniti serta selaras dengan impak dan misi kami," kata Gordon McHenry, Jr., Ketua Pegawai Eksekutif United Way, King County. Maklumat lanjut tentang United Way: unitedway.org

"Sebagai sebuah organisasi, kami sentiasa berusaha untuk mencapai tiga matlamat utama – untuk menambah baik pengalaman atlet, menjangkau lebih ramai atlet dan meningkatkan lebih banyak sumber. Program ini sejajar dengan matlamat tersebut dan kami tidak sabar menantikan peluang pada masa hadapan," kata Dave Breen, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Special Olympics, Illinois. Maklumat lanjut tentang Special Olympics: specialolympics.org

"Di Davos, kami akan memprofilkan kesan kolektif yang dibawa oleh platform kami dengan kerjasama rakan strategik kami di Special Olympics dan United Way. Ini merupakan sebahagian daripada etos Network of Giving sebagaimana yang dipamerkan oleh prinsip-prinsip terasnya yang memastikan bahawa; sumbangan tidak melibatkan kos kepada pengguna, diagihkan 100%, dipercayai 100%, ditakrifkan saudagar 100% dan 100% terus kepada pengguna, sambil menghormati Teras Utama Network of Giving," tambah Bennett.

Tentang Network of Giving

Platform Perisian sebagai Perkhidmatan Network of Giving digerakkan oleh SMB4.0 dan mendayakan peluang pemasaran digital agar perniagaan tempatan dapat menggunakan data bertoken yang kaya untuk mendorong keputusan perniagaan dengan hasil perbelanjaan pemasaran yang diukur. Ini mendaya dan memperkasakan para pemilik perniagaan untuk memperoleh analisis utama serta cerapan yang boleh dilaksanakan dalam masa nyata daripada data tersebut. Maklumat lanjut tentang Network of Giving: networkofgiving.com

Hubungan Media: David Saalfrank, Network of Giving, david.s@smb40.com

 

Source: Network of Giving
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics