Versi 6.0 menyepadukan tiga ciri baharu hasil permintaan komuniti pengguna DesignSpark, lalu menjimatkan lebih banyak masa bagi rekaan untuk para jurutera
KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan, telah melancarkan keluaran terkini DesignSpark PCB, perisian profesional yang memenangi anugerah milik syarikat ini bagi penangkapan berskema dan susun atur PCB. DesignSpark PCB Versi 6.0 menambahkan tiga permintaan yang paling popular bagi ciri baharu yang seterusnya mempertingkatkan kemudahan penggunaan oleh para pereka. Eksport yang dipermudah kepada DesignSpark Mechanical, Prob Silang dan Pintasan Tersuai menjadikan alat canggih ini lebih mudah digunakan serta mempertingkatkan kebolehan untuk meningkatkan kelajuan pengemudian reka bentuk oleh pengguna.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )
Memandangkan DesignSpark PCB mempunyai kemampuan penghasilan dan reka bentuk projek yang canggih, DesignSpark PCB telah diguna pakai dalam jumlah yang sangat tinggi oleh lebih 200,000 pengguna pada peringkat global dan menjadi alat 'perkakasan sumber terbuka' pilihan untuk berkongsi dan bekerjasama bagi reka bentuk dan projek. Bagi edisi keenam ini, DesignSpark PCB membangunkan alat berdasarkan versi terdahulu yang telah diumumkan pada April 2013 dan menambahkan fungsi terkini termasuk Semakan Peraturan Reka Bentuk Dalam Talian (DRC Masa Sebenar) dan sokongan reka bentuk untuk bas.
Eksport IDF DesignSpark Mechanical
Dengan pelancaran DesignSpark Mechanical pada bulan September 2013, para pengguna DesignSpark PCB mampu mereka bentuk elemen mekanikal bagi produk mereka dengan menggunakan alat percuma daripada suite DesignSpark. Ini memerlukan reka bentuk dieksportkan daripada DesignSpark PCB dengan menggunakan format IDF standard bagi industri. Penggunaan DesignSpark Mechanical yang bersungguh-sungguh telah diikuti dengan maklum balas daripada para pengguna yang menandakan keperluan bagi penyepaduan yang lebih rapat antara alat berkenaan. Sebagai tindak balas kepada permintaan ini, DesignSpark PCB Versi 6.0 hadir dengan eksport IDF yang dipermudah dan dikhususkan untuk DesignSpark Mechanical. Antara muka baharu ini menjadikan proses pemindahan reka bentuk lebih mudah dan pelbagai parameter prakonfigurasi membolehkan reka bentuk dieksportkan dengan lebih pantas di samping meminimumkan risiko kesilapan pengguna.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/8521307368-a )
Prob Silang
Fungsi Prob Silang (X-probe) dalam Versi 6.0 mempertingkatkan kelajuan proses reka bentuk dengan membolehkan rujukan pantas antara paparan skematik dan reka bentuk PCB menerusi perisian tersebut. Biasanya, agak mudah untuk mengenal pasti komponen dalam paparan PCB, namun bukanlah mudah untuk mendapatkan simbol yang bersesuaian dalam paparan skematik, melainkan sistem berkenaan adalah sangat dikenali dan difahami oleh pengguna. Prob Silang memudahkan urusan pengguna dengan hanya perlu klik pada komponen dalam apa jua paparan antara keduanya, yang akan membawa mereka terus kepada komponen dalam paparan salinan. Fungsi tersebut dapat digunakan sama ada daripada PCB kepada skematik atau sebaliknya.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/8521307368-b )
Pintasan Tersuai
Fungsi Pintasan Tersuai baharu dalam Versi 6.0 memberikan fleksibiliti penyesuaian dalam antara muka pengguna. Para pengguna kini dapat mengkonfigurasikan alat berkenaan, menentukan pintasan tersendiri serta kekunci utama lalu menjadikannya lebih mudah dan pantas untuk digunakan, terutamanya jika mereka sudah terbiasa dengan operasi pintasan tertentu ketika menggunakan alat reka bentuk PCB yang lain.
"RS terus merapatkan jurang berkaitan kos dan kerumitan dalam reka bentuk elektronik dan pelancaran Versi 6.0 ini merupakan pengesahan lanjut bagi komitmen kami dalam memberi sokongan terhadap pertambahan bilangan pengguna asas DesignSpark PCB serta memberikan pengalaman menggunakan reka bentuk perkakasan sumber terbuka dengan cara yang paling baik kepada para jurutera elektronik," kata Mark Cundle, Ketua Pemasaran Teknikal RS. "Maklum balas daripada komuniti DesignSpark telah memainkan peranan penting dalam evolusi DesignSpark PCB dan versi baharu perisian ini benar-benar merangkumi pendekatan ini, lalu membolehkan para jurutera untuk berinovasi dengan menggunakan alatan reka bentuk yang berprestasi tinggi dan percuma."
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/8521307368-c )
Garis Masa DesignSpark PCB
Latar Belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc yang merupakan pengedar perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia bagi produk elektronik dan penyelenggaraan. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan serta menghantar sekitar 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui termasuklah komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, serta komponen elektrik dan mekanikal.
Electrocomponents telah disenaraikan pada Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sebanyak GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
SUMBER RS Components