omniture

Kargo LNG pertama tiba di terminal LNG Jerman di Wilhelmshaven

Venture Global LNG
2023-01-04 20:15

ARLINGTON, Virginia dan DÜSSELDORF, Jerman, 4 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Uniper membawa kargo gas asli cecair (LNG) penuh yang pertama milik Jerman ke terminal LNG baharu yang dikendalikan oleh syarikat ini di Wilhelmshaven. Kapal LNG Maria Energy, yang dimiliki oleh Tsakos Energy Navigation, sebuah syarikat pengangkutan tenaga yang utama, telah dipenuhkan dengan muatan LNG di Calcasieu Pass, AS, di kemudahan pencecairan pembekal LNG, Venture Global Calcasieu Pass, LLC pada 19 Disember 2022.

Maria Energy dimuatkan sepenuhnya dengan kira-kira 170,000 meter padu LNG (97,147,000 meter padu gas asli) – yang cukup untuk membekalkan tenaga kepada kira-kira 50,000 isi rumah di Jerman selama setahun.

Niek den Hollander, Ketua Pegawai Komunikasi Uniper berkata: "Kejayaan penghantaran kargo LNG penuh yang pertama ke terminal Uniper di Wilhelmshaven merupakan bukti kerjasama yang kukuh antara Uniper, Venture Global dan Tsakos Energy Navigation. Penggunaan LNG sebagai sumber tenaga yang boleh dipercayai adalah penting untuk Jaminan Bekalan di Jerman dan Eropah. Kami komited untuk memainkan peranan kami dengan membawa lebih banyak LNG ke pasaran Eropah khususnya ke Jerman melalui Terminal Pengegasan Semula Wilhelmshaven and Brunsbüttel."

"Venture Global amat berbangga dapat membekalkan kargo LNG penuh yang pertama pernah dihantar ke Jerman dan kami mengucapkan tahniah kepada Uniper serta kerajaan Jerman atas tindakan pantas mereka membina infrastruktur yang diperlukan bagi merealisasikan hari yang bersejarah ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Venture Global, Mike Sabel. "Sebagai rakan kongsi strategik, kami berharap dapat menjamin bekalan tenaga jangka panjang untuk rakan sekutu kami melalui penghantaran LNG AS yang bersih dan boleh dipercayai secara berterusan."

Kargo LNG yang dihantar oleh kapal Maria Energy merupakan sebahagian daripada proses permulaan tugas di terminal Wilhelmshaven. Operasi komersial terminal Wilhelmshaven dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Januari 2023.

Terminal LNG Uniper di Wilhelmshaven telah dibuka pada 17 Disember 2022. Melalui Unit Simpanan Terapung dan Pengegasan Semula (FSRU) Höegh Esperanza, kira-kira lima bilion meter padu gas asli boleh dihantar ke Jerman setiap tahun.

Tentang Tsakos Energy Navigation

TEN ditubuhkan pada tahun 1993 dan pada tahun ini, syarikat ini meraikan tahun ke-29 sebagai sebuah syarikat awam yang juga merupakan salah sebuah syarikat perkapalan awam yang pertama dan paling kukuh di dunia. Armada tenaga TEN yang pelbagai pada masa ini terdiri daripada 73 buah kapal dua badan termasuk empat buah kapal aframax berkuasa LNG dengan dwi bahan api serta dua buah kapal tangki ulang-alik pilihan satu yang sedang dibina, yang menjadikan keseluruhan kapal tangki minyak mentah, kapal tangki produk dan kapal pengangkut LNG syarikat ini berjumlah 8.5 juta tan berat mati (dwt).

Tentang Venture Global

Venture Global ialah sebuah syarikat pembekal LNG A.S. jangka panjang berkos rendah yang diperoleh dari lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Kemudahan pertama Venture Global iaitu Calcasieu Pass, memulakan pengeluaran LNG pada bulan Januari 2022.  Syarikat ini juga sedang membina atau membangunkan kapasiti pengeluaran tambahan sebanyak 60 MTPA di Louisiana untuk menyediakan tenaga bersih dan berpatutan kepada dunia. Syarikat ini sedang membangunkan projek Pemerangkapan dan Sekuestrasi Karbon (CCS) di setiap kemudahan LNG miliknya.

Tentang Uniper

Uniper yang berpangkalan di Düsseldorf, merupakan sebuah syarikat tenaga antarabangsa dengan aktiviti di lebih 40 buah negara. Dengan kira-kira 7,000 orang pekerja, ia memberi sumbangan yang penting kepada jaminan bekalan tenaga di Eropah. Perniagaan utama Uniper meliputi penjanaan kuasa di Eropah, perdagangan tenaga global dengan portfolio gas yang luas. Uniper memperoleh gas – termasuk gas asli cecair (LNG) – dan sumber tenaga lain di pasaran global. Syarikat ini memiliki dan mengendalikan kemudahan penyimpanan gas dengan kapasiti melebihi 7 bilion meter padu. Uniper merancang penjanaan kuasa terpasangnya dengan kapasiti 22.5 GW di Eropah, akan menjadi neutral karbon menjelang tahun 2035. Syarikat ini telah tersenarai dalam kalangan pengendali loji hidroelektrik terbesar di Eropah dan berhasrat untuk mengembangkan lagi tenaga solar dan angin, yang amat penting untuk masa depan yang lebih lestari dan autonomi. 

Uniper merupakan rakan kongsi yang dipercayai oleh komuniti, utiliti perbandaran dan perusahaan perindustrian untuk merancang dan melaksanakan penyelesaian karbon rendah yang inovatif dalam perjalanan penyahkarbonan mereka. Uniper ialah perintis hidrogen yang aktif di sepanjang rantaian nilai hidrogen seluruh dunia dan sedang melaksanakan beberapa projek untuk menjadikan hidrogen sebagai bahan utama dalam pembekalan tenaga. 

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan berdasarkan andaian dan ramalan semasa yang dibuat oleh pihak Pengurusan Uniper SE dan maklumat lain yang tersedia kepada Uniper pada masa ini. Pelbagai risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain, boleh menyebabkan perbezaan yang ketara antara keputusan, keadaan kewangan, pembangunan atau prestasi syarikat yang sebenar pada masa hadapan dengan anggaran yang dinyatakan di sini. Uniper SE tidak berhasrat dan tidak bertanggungjawab ke atas sebarang liabiliti untuk mengemas kini atau mengubah suai pernyataan berpandangan ke hadapan ini mengikut perkembangan atau peristiwa pada masa hadapan.

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Maritime/Shipbuilding Oil/Energy Transportation Utilities Corporate Expansion