omniture

Ketua Pegawai Maklumat Mahu Mengekalkan Kaitan Menerusi Transformasi yang diterajui Perkhidmatan

Logicalis
2014-01-22 14:45 161

Ketua Pegawai Maklumat mewujudkan misi baharu untuk IT memandangkan perbelanjaan IT beralih kepada barisan pengurus perniagaan dan lebih separuh menghabiskan sekurang-kurangnya 70% masa mereka terhadap tugasan harian

SINGAPURA, 22 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Para Ketua Pegawai Maklumat perlu bertindak sekarang bagi memainkan peranan yang lebih strategik atau ia akan berhadapan dengan risiko diketepikan oleh barisan pengurus perniagaan sebagaimana yang telah didapati daripada hasil kaji selidik antarabangsa yang dijalankan oleh Logicalis.

(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/8521400289LOGO )

Daripada hampir tiga suku (72%) daripada Ketua Pegawai Maklumat yang menyuarakan pandangan, 60% bersetuju barisan pengurus perniagaan akan beroleh lebih kuasa dalam membuat keputusan IT dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, yang merupakan arah aliran yang didorong oleh pertambahan perkhidmatan awan yang boleh didapati dari luar dan jangkaan terhadap kepenggunaan aplikasi dan teknologi.

Sebagai tindak balasnya, Ketua Pegawai Maklumat benar-benar menyedari kepentingan untuk memainkan peranan strategik yang utama berbanding sebelum ini, seperti yang didapati daripada kaji selidik Logicalis. Mereka sedang aktif berusaha untuk berhadapan dengan cabaran yang berkaitan dengan kos operasi legasi dan memacu teknologi yang diterajui perkhidmatan serta transformasi operasi bagi membina semula fungsi IT sebagai penyedia perkhidmatan pseudo. Namun begitu, ramai yang masih bergelut untuk menguruskan tugasan harian:

  • Tiga suku (73%) Ketua Pegawai Maklumat dan Pengarah IT mahu menghabiskan sekurang-kurangnya separuh daripada masa mereka untuk aktiviti strategik
  • Hakikatnya, 53% Ketua Pegawai Maklumat dan Pengarah IT menghabiskan 70% atau lebih masa mereka terhadap teknologi pengurusan harian, sementara 80% pula menghabiskan separuh daripada masa mereka sekitar aktiviti kurang bernilai dan tidak strategik.

Kaji selidik antarabangsa tersebut mendapati kesepakatan dilihat kian meningkat memandangkan Ketua Pegawai Maklumat berusaha untuk melaksanakan anjakan dramatik terhadap fokus, yang mungkin menjadi kebergantungan kaitan jangka panjang mereka. Teknologi dalaman dan pengoptimuman operasi, yang sejajar dengan penggunaan rakan kongsi perkhidmatan terurus serta perkhidmatan awan yang lebih meluas dan cekap, kian muncul sebagai keutamaan penting bagi Ketua Pegawai Maklumat dan organisasi mereka:

  • 63% berpendapat usaha memperkemas dan mengoptimumkan infrastruktur teknologi mereka adalah penting untuk meluangkan masa bagi memberi tumpuan terhadap matlamat strategik
  • 31% akan menyatukan penggunaan perkhidmatan terurus, memilih vendor tunggal untuk menguruskan teknologi tertentu dan/atau perkhidmatan merentasi berbilang wilayah
  • 30% mahu menyerahkan lebih banyak aktiviti pengurusan harian kepada vendor perkhidmatan yang diurus pakar
  • 19% menunjukkan pertambahan penggunaan model penggunaan awan

Ketika mengulas tentang penemuan tersebut, Kama Pathy, Pengarah Teknikal Logicalis Asia berkata: "Penemuan ini mengesahkan realiti yang dapat kita lihat pada hari ini. Kepimpinan IT kini aktif mencari jalan bagi memacu strategi transformasi yang diterajui perkhidmatan untuk menyelaraskan semula fungsi yang ditakrifkan teknologi kepada yang ditakrifkan perkhidmatan. Namun begitu, Ketua Pegawai Maklumat bukan sahaja mahu mengubah sistem IT mereka.

"Kami mentafsirkan tema yang lazim ini sebagai Ketua Pegawai Maklumat yang berusaha untuk mengubah cara IT dilihat oleh organisasi yang lebih besar. Siapa yang mahu menjalankan perniagaan yang dianggap kurang tangkas dan kurang relevan berbanding penyedia luar menurut pendapat barisan pengurus perniagaan? Jelaslah Ketua Pegawai Maklumat mengambil langkah yang proaktif untuk kekal relevan, dengan memberi tumpuan terhadap agenda transformasi seluruh aspek infrastruktur IT, operasi dan pengalaman pengguna akhir.

"Mewujudkan syarikat yang ditakrifkan perkhidmatan, yang dengannya IT dan barisan perniagaan berusaha bersama ke arah keutamaan yang dikongsi, kini merupakan mandat yang penting bagi Ketua Pegawai Maklumat, menurut kaji selidik yang kami jalankan. Kini, Ketua Pegawai Maklumat jelas akan mengarahkan pasukannya untuk memberi tumpuan terhadap usaha menyediakan pengalaman IT yang setanding dengan penyedia perkhidmatan luar dan turut bekerjasama dengan rakan kongsi perkhidmatan bagi membantu mereka mencapai kematangan dan ketangkasan perkhidmatan yang diperlukan untuk bersaing dengan perniagaan dalaman bagi tahun-tahun akan datang."

Sebagai tindak balas kaji selidik tersebut, Logicalis terus menyelaraskan perkhidmatannya yang ditawarkan untuk memberikan titik penglibatan tunggal kepada para pelanggan menerusi tiga perjalanan transformasi yang penting; membawakan penawaran Penyepaduan Sistem, Perkhidmatan Terurus dan Perkhidmatan Awan di bawah jenama portfolio tunggal iaitu Optimal. Portfolio perkhidmatan Optimal membolehkan Ketua Pegawai Maklumat untuk mewujudkan pendekatan yang seimbang bagi memiliki, mengendali dan membiayai infrastruktur dan perkhidmatan IT yang diperlukan oleh perniagaan yang dijalankan oleh mereka.

Dengan lebih 2,300 profesional perkhidmatan di 24 negara, Logicalis melabur dengan aktif bagi memperluaskan kemahiran perkhidmatan, kemampuan, platform dan proses bagi menangani cabaran utama yang dihadapi para klien yang berkaitan dengan infrastruktur, pengendalian dan penggunaan, termasuklah inisiatif yang diumumkan baru-baru ini bagi mengetahui impak masa depan Rangkaian Ditakrifkan Perisian terhadap pelbagai sektor pelanggan, serta pelaburan terkini dalam kemahiran ITSM di kesemua wilayah utama.

En. Pathy berkata lagi, "Secara keseluruhannya, jelaslah daripada kaji selidik tersebut pada masa kini, para pelanggan amat memerlukan bantuan yang berkaitan dengan teknologi dan transformasi operasi bagi menyampaikan kecekapan, kematangan dan ketangkasan.

"Ketua Pegawai Maklumat semakin memerlukan rakan kongsi seperti Logicalis untuk membantunya bukan setakat dalam satu bidang sahaja. Mereka memerlukan kematangan dan ketangkasan dalam membina pusat data maya baharu serta kemahiran mengautomasikan perkhidmatan, berhubung bersama persekitaran pengurusan perkhidmatan mereka dan kemahiran menyediakan katalog perkhidmatan yang boleh digunakan oleh para pelanggan dalaman dengan kadar harga dan pengalaman yang setanding dengan penyedia luar. Namun begitu, mereka juga mahu kami memperlihatkan kematangan yang segera dengan menyediakan penyelesaian perniagaan baharu secara terus dalam bentuk perkhidmatan terurus atau perkhidmatan berasaskan awan.

"Walau bagaimanapun, di samping kemahuan para pelanggan untuk kami berperanan sebagai Penyepadu Sistem, Penyedia Perkhidmatan Terurus dan penyedia Penyelesaian Awan untuk menyokong syarikat yang ditakrifkan perkhidmatan, kaji selidik tersebut turut mencadangkan Ketua Pegawai Maklumat perlu mengakui mereka mungkin mempunyai terlalu ramai rakan kongsi perkhidmatan pada masa kini. Lambakan penyedia perkhidmatan merupakan isu yang sering ingin dielakkan atau dipulihkan oleh Ketua Pegawai Maklumat dengan menyatukan beberapa rakan kongsi perkhidmatan pilihan yang boleh berkhidmat bagi seluruh kitar perkhidmatan berkenaan. Ini benar-benar merupakan sebahagian besar daripada rasional di sebalik portfolio perkhidmatan Optimal."

Chris Barnard, Timbalan Presiden Bersekutu di IDC berkata lagi: "Kami meramalkan inovasi perniagaan yang memberi tumpuan terhadap penghasilan penyelesaian yang lebih berkepelbagaian dan disasarkan terhadap cabaran dan peluang perniagaan baharu akan memacu anjakan yang ketara bagi peranan yang dimainkan oleh organisasi IT.

"Kumpulan IT syarikat tidak mampu lagi sekadar memerhati, mengkaji, meneroka atau menguji perkhidmatan awan, peranti mudah alih, teknologi sosial atau apa-apa unsur teras yang kami gelar sebagai platform ketiga. Mereka perlu mewujudkan kemahiran yang tinggi dalam kesemua teknologi ini, biasanya dengan bantuan pihak ketiga yang mempunyai kepakaran dalam strategi 'sebagai perkhidmatan'."

Latar belakang kajian

Semua angka telah diperoleh daripada kaji selidik yang terdiri daripada 186 Ketua Pegawai Maklumat dan Pengarah IT melalui 180 organisasi pasaran pertengahan di 24 negara sekitar Eropah, Amerika Utara, Amerika Latin dan Asia Pasifik.

LATAR BELAKANG LOGICALIS

Logicalis merupakan penyedia perkhidmatan terurus dan penyelesaian IT antarabangsa dengan pengetahuan dan kepakaran mendalam tentang komunikasi dan kerjasama; pusat data dan perkhidmatan awan; serta perkhidmatan terurus.

Logicalis mempunyai hampir 3,500 pekerja seluruh dunia, termasuk pakar perkhidmatan dilatih yang mereka bentuk, menentu, mengatur dan menguruskan infrastruktur ICT yang kompleks bagi memenuhi keperluan hampir 6,000 pelanggan daripada sektor korporat dan awam. Bagi mencapai matlamat ini, Logicalis mengekalkan perkongsian yang kukuh bersama peneraju teknologi seperti Cisco, HP, IBM, CA Technologies, NetApp, Microsoft, VMware dan ServiceNow.

Logicalis Group beroleh pendapatan tahunan melebihi $1.4 bilion daripada operasi yang dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan serta Asia Pasifik dan mengukuhkan kedudukannya dengan pantas sebagai salah satu daripada penyepadu penyelesaian bagi IT dan Komunikasi yang menerajui, dengan mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi dan perkhidmatan maju.

Logicalis Group merupakan sebahagian daripada Datatec Limited yang disenaraikan dalam Bursa Saham AIM Johannesburg dan London dengan pendapatan melebihi $5 bilion.

Bagi maklumat lanjut, sila layari www.logicalis.com

Source: Logicalis
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Survey, Polls & Research