BEIJING, 5 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pengumuman oleh China baru-baru tentang penukaran dasar COVID-19 olehnya telah menarik perhatian terhadap kesan ekonominya berpotensi negatif.
Benar, China mungkin menghadapi beberapa cabaran dalam jualan runcit serta perbelanjaan penggunanya pada peringkat awal apabila negara ini menurunkan tahap pengurusan COVID-19nya. Penarikan balik sekatan berkaitan COVID-19 tidak bermakna pemulihan yang serta-merta dalam pertumbuhan ekonomi. Peningkatan kes-kes jangkitan yang boleh berlaku di mana-mana negara – bukan sahaja China – bererti bahawa sedikit masa diperlukan oleh orang ramai sebelum mereka boleh kembali ke kedai dan restoran.
Namun begitu, angka-angka terkini telahpun menunjukkan pemulihan pasaran penggunaan China. Sejak berlakunya peralihan terhadap dasar COVID-19, kehadiran di beberapa panggung wayang di Beijing kembali mencecah 75 peratus daripada paras biasa dan tempat-tempat menjamu selera yang popular mencatatkan lebih 80 peratus trafik pelanggan, seperti yang dilaporkan oleh Xinhua News Agency China.
Pengoptimuman respons terhadap COVID-19 bererti penduduk Cina akan lebih bersedia untuk mengembara dan berbelanja. Penggunaan akan menjadi daya penggerak yang utama untuk pertumbuhan ekonomi, menurut ketua pakar ekonomi dengan China Securities Huang Wentao dalam satu temu bual baru-baru ini bersama Xinhua. Wu Chaoming, ketua pakar ekonomi bersama Chasing International Economic Institute percaya bahawa perbelanjaan penggunaan per kapita oleh penduduk Cina akan meningkat daripada 8 peratus kepada 12 peratus pada tahun baharu.
Banyak firma asing turut yakin akan prospek ekonomi China. "Walaupun ia (penurunan tahap pengurusan COVID-19 oleh China) mungkin membawa beberapa cabaran dalam tempoh jangka pendek, kami percaya bahawa kami akan dapat melihat pemulihan yang bermakna dalam tempoh jangka panjang," kata Kenichi Tanaka, presiden Fujifilm (China) Investment Co., Ltd, seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.
Sememangnya, perjuangan antivirus yang sukar sejak tiga tahun yang lalu mengakibatkan sedikit gangguan. Namun begitu, ekonomi Cina berupaya mengukuhkan kebingkasannya. Menurut Pentadbiran Am Kastam, perdagangan barangan asing China meningkat 8.6 peratus berbanding tahun sebelumnya bagi mencecah 38.34 trilion yuan (5.78 trilion dolar A.S.) dalam 11 bulan pertama tahun 2022.
Berlatarbelakangkan jurang ekonomi yang disebabkan oleh virus global ini, keluaran dalam negara kasar (KDNK) China meningkat pada purata kadar tahunan 4.6 peratus dari suku ketiga tahun 2019 hingga suku ketiga tahun 2022, menurut Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi. Ini jauh melebihi purata dunia. Angka Amerika Syarikat – ekonomi yang terbesar di dunia – mencecah 1.6 peratus dalam tempoh yang sama. Negara-negara maju yang utama termasuk Jerman, Perancis, Britain dan Jepun menyaksikan KDNK mereka berkembang pada paras di bawah 0.5 peratus.
China turut mengekalkan paras inflasi yang agak rendah iaitu 2 peratus, menurut People's Bank of China. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat, telah menyaksikan inflasi mencecah 9.1 peratus pada Jun 2022, kadar yang tertinggi dalam lebih 40 tahun lamanya. Menurut data Moody's Analytics 2022, inflasi yang melambung tinggi mengakibatkan keluarga biasa Amerika berbelanja lebih $445 sebulan berbanding setahun yang lalu. Walaupun kos makanan, tenaga dan tempat tinggal yang melambung tinggi memberi tekanan tambahan ke atas berjuta-juta isi rumah Amerika yang sudahpun bergelut dengan belanjawan keluarga mereka, China menyaksikan penurunan harga makanan – jatuh 0.8 peratus berbanding bulan yang lalu pada November, data yang ditunjukkan oleh Biro Statistik Negara.
Fakta lebih penting daripada kata-kata. Ekonomi China kekal bingkas dan kukuh.