Rangkaian ADI paling padat yang terdiri daripada litar bersepadu (IC) penukar DC ke DC terasing dan papan penilaian kini boleh didapati secara global untuk pelanggan RS
KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Januari 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia mula mengambil stok penukar DC ke DC terasing paling kecil dalam industri daripada Analog Devices (ADI) yang merupakan peneraju global bagi semikonduktor berprestasi tinggi untuk aplikasi pemprosesan isyarat dan juga perintis teknologi pemencil digital.
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)
ADuM5010, ADuM6010, ADuM521x dan ADuM621x menggunakan teknologi penukar DC ke DC terasing isoPower® proprietari ADI bagi memberikan 150 mW kuasa output di samping menggunakan kurang ruang papan berbanding penyelesaian berasaskan modul. ADuM521x dan ADuM621x turut mengintegrasikan dua saluran teknologi pemencilan data iCoupler® ADI yang memenangi anugerah bagi mengurangkan ruang papan sehingga 75 peratus berbanding pilihan lain yang berasaskan optocoupler. Penukar ini menyediakan pendekatan yang padat, mudah untuk dilaksanakan dan berkesan kos kepada para pereka bagi memenuhi keperluan kuasa dan data. Gabungan saiz dan kuasa output juga dapat menangani pertambahan ruang dan kekangan kuasa yang perlu diambil kira oleh jurutera apabila menghasilkan sistem kawalan, peralatan ujian dan pengukuran, bekalan kuasa, pemacu motor dan aplikasi industri dan pengalatan.
Semua penukar DC ke DC baharu ini menyediakan kuasa terasing dan dikawal atur serta boleh dilaraskan antara 3.15 V hingga 5.25 V. ADuM5010 dan ADuM521x disahkan bagi pemencilan 2.5-kV rms (1 minit) manakala ADuM6010 dan ADuM621x pula disahkan untuk pemencilan 3.75-kV rms (1 minit) dengan pengesahan selanjutnya bagi penebat diperkukuhkan untuk setiap VDE 0884-10. Dengan menggabungkan teknologi pemencil digital iCoupler ADI, ADuM521x dan ADuM621x dapat mengurangkan bilangan komponen dan memudahkan serta memperbaiki kelajuan rekaan, keandalan dan juga kecekapan tanpa perlu menggunakan optocoupler.
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140117/8521400273)
Pembelian secara terus boleh dilakukan daripada stok RS bagi penghantaran pada hari yang sama untuk kesemua penukar DC ke DC terasing ADI ini. Papan penilaian ADUM5xxx (EVAL-ADUM5010EBZ dan EVAL-ADUM5211EBZ) juga boleh didapati daripada RS.
Latar Belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc yang merupakan pengedar perkhidmatan tinggi produk elektronik dan penyelenggaraan yang menerajui di dunia. Dengan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan serta menghantar sekitar 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui termasuk komponen elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, serta komponen elektrik dan mekanikal.
Electrocomponents telah disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sebanyak GBP 1.24 bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2013.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di http://www.rs-components.com.
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
http://www.electrocomponents.com
RS Components
http://www.rs-components.com
DesignSpark
http://www.designspark.com
SUMBER RS Components