Dr. Michael Murray, N.D. meramalkan peningkatan trend kesejahteraan tahun 2023 pada blog iHerb yang popular
PASADENA, California, 6 Januari 2023 /PRNewswire/ -- iHerb, platform e-Dagang terbesar yang mengkhusus kepada vitamin, mineral dan makanan tambahan telah memanfaatkan Dr. Michael Murray, N.D. – salah seorang tokoh terkemuka dalam produk penokok diet dan semula jadi – untuk berkongsi pandangan beliau tentang trend kesihatan dan kesejahteraan terbaik yang berkecenderungan meraih populariti pada tahun 2023. Ramalan kesejahteraan yang lengkap boleh didapati di blog iHerb, panduan pilihan yang memaparkan nasihat daripada para penyumbang bertauliah tentang yang terbaharu dan akan datang dalam menjalani kehidupan dengan baik.
Trend #1: Fokus Kesihatan & Kesejahteraan Pengguna yang Kian Berubah
Kesihatan imun telah menjadi fokus utama sejak bermulanya pandemik COVID-19, namun tinjauan terbaharu menunjukkan keutamaan kesihatan yang lain turut meningkat. Dalam sebuah tinjauan terhadap lebih 5,000 orang pengguna dari tujuh buah negara, kebimbangan utama ialah tentang kualiti tidur dan tekanan serta fungsi dan kesihatan otak. Dalam hantaran blog tersebut, anda akan menemui cadangan Dr. Murray tentang makanan tambahan terbaik bagi setiap kebimbangan kesihatan ini.
Trend #2: Lebih Ramai Orang Bersedia Untuk Meneroka Kehebatan Protein
Data pasaran menunjukkan bahawa segmen serbuk protein dan asid amino merupakan sektor yang paling pesat berkembang dalam kategori makanan tambahan. Pertumbuhan ini bukan sahaja didorong oleh peningkatan bilangan peminat sukan dan pembina badan, malah ia juga disebabkan oleh para pengguna yang membeli produk protein kolagen untuk membantu menggalakkan kesihatan dan kecantikan kulit dari dalam. Dr. Murray menyatakan bahawa Kolagen mendahului sebagai pilihan protein yang paling pesat berkembang, di mana para pengguna turut membeli lebih banyak protein vegan (kacang pis, hem, labu, soya, beras, dll.) serta serbuk protein dadih susu, kasein dan telur.
Trend #3: Makanan Tambahan Berbentuk Bukan Pil Akan Meningkat Dari Segi Populariti
Tablet dan kapsul tradisional akan terus menjadi pilihan utama, namun semakin ramai para pengguna yang inginkan alternatif bukan pil. Menurut Nutrition Business Journal (Journal Perniagaan Pemakanan), lebih 60% daripada pembelian penokok diet pada tahun 2021 adalah berbentuk bukan pil seperti gula getah, kunyahan, serbuk dan tablet, yang buat pertama kalinya telah mengatasi jualan pil. Dalam artikel tersebut, Dr. Murray menerangkan mengapa makanan tambahan terutamanya yang berbentuk gula getah mendahului pertumbuhan ini dan bagaimana kita boleh menjangkakan bahawa ia akan terus meningkat - di mana trend yang paling ketara ialah pertumbuhan gula getah vegan, terutamanya.
Trend #4: Produk Cendawan Sedang Berkembang
Pasaran cendawan kesihatan peringkat global dianggarkan bernilai lebih $25 bilion dan dijangka akan meningkat lebih 10% setiap tahun sepanjang lapan tahun akan datang. Pertumbuhan ini menunjukkan peningkatan yang besar dalam populariti fungsi cendawan sebagai makanan dan juga penokok diet disebabkan pelbagai manfaat kesihatan yang dimilikinya. Dr. Murray meramalkan cendawan Chaga, Cordyceps dan Turkey Tail akan melonjak dari segi populariti, selain daripada shiitake dan reishi yang amat terkenal serta sebabnya dalam ramalan trend beliau.
Trend #5: Produk Penghidratan Lestari Sedang Meningkat Naik
Satu lagi trend baru muncul yang dinyatakan oleh Dr. Murray ialah peningkatan populariti terhadap campuran elektrolit berbuak yang digunakan untuk menambah baik kualiti air dan menggalakkan penghidratan, di mana beliau menyebut dalam blog tersebut, sebagai salah satu jenis penokok diet yang paling pesat berkembang. Produk penghidratan ini tersedia dalam bentuk tablet dan juga campuran minuman serbuk serta berfungsi sebagai alternatif kepada minuman penghidratan elektrolit sedia diminum dalam botol plastik sekali guna yang membazir. Dari segi sejarah, ahli sukan telah menggunakan minuman elektrolit dan makanan tambahan untuk membantu pemulihan, manakala para pengguna di seluruh dunia kini menggunakannya untuk memberikan bahan-bahan yang berfungsi dengan lancar.
Panduan kehidupan yang lebih sihat daripada penyumbang yang terdiri daripada pasukan pakar kesihatan iHerb boleh didapati di www.iherb.com/blog. Dilancarkan pada tahun 2017, blog iHerb mempunyai lebih 1,500 buah artikel daripada lebih 100 orang penyumbang bertauliah yang merangkumi Doktor Perubatan dan Doktor Naturopati hinggalah Pakar Dermatologi, Pakar Diet Berdaftar, Pakar Kekuatan dan Penyesuaian Bertauliah serta ramai lagi. Blog iHerb diterjemahkan secara profesional ke dalam 14 buah bahasa dan telah memperoleh lebih 10 juta pengunjung pada tahun 2022, merupakan sumber terbaik untuk mengetahui semua perkara tentang kesihatan dan kesejahteraan.
Tentang iHerb: Kami merupakan peruncit e-dagang terbesar yang mengkhusus dalam kategori Vitamin, Mineral, Makanan Tambahan atau VMS dengan kehadiran yang semakin meningkat dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan pengguna yang lain. Kami dipercayai oleh berjuta-juta pengguna di lebih 185 buah negara dan menawarkan portfolio terpilih bagi produk pihak ketiga dan proprietari yang berjenama lagi inovatif dengan nilai terbaik, yang dihantar dengan mudah secara terus kepada para pelanggan kami. https://www.iherb.com/
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/742063/iHerb_Logo.jpg?p=medium600