omniture

Joint Commission International mengumumkan pasukan kepimpinan baharu, bersedia untuk lebih banyak pertumbuhan dan inovasi

Joint Commission International
2014-01-23 23:19 158

OAK BROOK, Illinois, 23 Januari 2014 /PRNewswire/ -- Joint Commission International (JCI) telah melantik pemimpin baharu dalam perkhidmatan akreditasi dan rundingan globalnya sambil organisasi itu mencatat peristiwa penting dengan mengiktiraf 600 organisasi penjagaan kesihatan dengan akreditasi JCI di 57 negara. "Sedang JCI menyambut ulang tahunnya yang ke-20 sebagai pejuang global untuk kualiti dan keselamatan, saya gembira dapat bekerja dengan pasukan kepimpinan kami yang berbakat dan bersedia untuk meninggikan lagi nilai akreditasi JCI serta kepakaran perundingan antarabangsa," jelas Paula Wilson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Joint Commission International dan Joint Commission Resources (JCR).

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130429/DC02732LOGO)

Paul Chang, MD, MBA, MPH, CPHQ, FACHE, kini merupakan Naib Presiden, Akreditasi, Standard dan Pengukuran. Chang menyertai JCI pada tahun 2007 sebagai Pengarah Urusan Cawangan Asia Pasifik, tempat beliau bekerjasama dengan kementerian kesihatan serantau, hospital, dan organisasi lain bagi mempertingkatkan hasil kesihatan, kualiti dan keselamatan. Sebelum ini, beliau berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan Singapura dan mengetuai Hospital Besar Changi untuk mencapai Akreditasi JCI dan pensijilan khusus penyakit dalam dua program kardiologi.

Chang mengambil alih daripada Paul vanOstenberg, DDS, MS, yang telah berkhidmat sebagai naib presiden untuk tempoh yang lama. Bulan ini vanOstenberg dilantik sebagai Penasihat Kanan, Pertumbuhan dan Inovasi Global, yang melalui jawatan ini beliau akan mengenal pasti keperluan klien, mempertingkatkan kehadiran serantau JCI, dan memajukan projek inovatif JCI di negara kekurangan sumber. Tempoh lantikan beliau dengan JCI termasuklah semasa berkhidmat sebagai Pengarah Urusan pertama untuk Cawangan Eropah dan Asia Pasifik serta Pengarah Eksekutif pertama untuk Akreditasi Antarabangsa.

Satu lagi penambahan berprofil tinggi kepada pasukan kepimpinan JCI ialah Marwa J. Zohdy, PhD, Naib Presiden, Perkhidmatan Perundingan Global untuk JCI dan JCR. Zohdy mengetuai khidmat nasihat akreditasi dan peningkatan prestasi bagi organisasi penjagaan kesihatan di A.S. dan lebih 100 negara lain. Sebelum ini, beliau berkhidmat dalam amalan Sistem dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan untuk McKinsey & Company, bekerjasama dengan pemimpin di A.S., United Kingdom, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Latar Belakang Joint Commission International

Joint Commission International® (JCI) ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai divisyen Joint Commission Resources, Inc.® (JCR), ahli gabungan tanpa untung dan dikawal sepenuhnya oleh The Joint Commission®. Melalui akreditasi antarabangsa, khidmat nasihat, penerbitan, dan program pendidikan, JCI melanjutkan misi The Joint Commission seluruh dunia dengan membantu mempertingkatkan kualiti penjagaan pesakit. JCI membantu organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi kesihatan awam, kementerian kesihatan, dan lain-lain di lebih 100 negara. Lawati jointcommissioninternational.org untuk maklumat lanjut.

Hubungi Elizabeth Zhani
+1-630-792-5914
ezhani@jointcommission.org

Source: Joint Commission International
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit Personnel announcements