omniture

CGTN: China melonggarkan peraturan COVID-19 tatkala negara bersedia jalani kehidupan normal

CGTN
2023-01-09 23:16 71

BEIJING, 9 Januari 2023 /PRNewswire/ -- China menguatkuasakan langkah-langkah COVID-19 yang dilonggarkan pada hari Ahad apabila negara ini mula meneruskan kehidupan normal selepas tiga tahun melaksanakan pengurusan pandemik yang ketat.


Negara ini membuka semula pelabuhan sempadannya untuk pengangkutan kargo serta untuk pengunjung masuk dan keluar. Ia turut menyambung semula perkhidmatan untuk warganegara Cina memohon pasport dan visa bagi tujuan perniagaan dan rekreasi.

Kuarantin dan ujian COVID-19 di lapangan untuk pengunjung masuk ke dalam negara dibatalkan serta penyahjangkitan pencegahan ke atas barang-barang import dan pemeriksaan pensampelan terhadap makanan rantaian sejuk.

Negara ini tidak lagi akan menguatkuasakan langkah-langkah kuarantin atau ujian COVID-19 secara besar-besaran. Amalan untuk mengenal pasti kontak rapat atau menetapkan kawasan-kawasan berisiko tinggi dan rendah turut dihentikan.

Perubahan dasar

China menurunkan tahap pengurusan COVID-19 daripada Kelas A kepada Kelas B dan mengeluarkannya daripada pengurusan penyakit berjangkit boleh kuarantin susulan pelbagai peralihan dasar baru-baru ini berhubung virus ini, apabila negara ini mencapai kadar vaksinasi penuh sebanyak lebih 90 peratus dan virus COVID-19 menunjukkan keterukan yang berkurangan.

Semasa pandemik, COVID-19 diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit Kelas-B namun tertakluk kepada langkah-langkah pencegahan dan kawalan untuk penyakit berjangkit Kelas-A di China, dengan adanya dasar-dasar yang ketat seperti kuarantin dan tinjauan epidemiologi yang kerap dijalankan.

China mengkategorikan 40 penyakit berjangkit wajib lapor dalam tiga kelas (Kelas A, Kelas B dan Kelas C). Wabak dan taun disenaraikan sebagai penyakit berjangkit Kelas A. SARS, AIDS dan tuberkulosis merupakan antara penyakit berjangkit Kelas B. Penyakit berjangkit Kelas C termasuk influenza dan beguk.

Penyakit berjangkit dikategorikan berdasarkan kepada penilaian yang komprehensif terhadap pelbagai faktor termasuk ciri-ciri patogen, gejala, sejauh mana dan sepantas mana ia dapat merebak, sejauh mana ia memudaratkan kesihatan, pengaruh sosial dan ekonominya, serta imuniti kelompok dan keupayaan sistem kesihatan, menurut Liang Wannian, ketua panel pakar tindak balas COVID-19 di bawah Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China.

"Semasa penularan pandemik, kami mengkategorikan COVID-19 sebagai penyakit Kelas B namun mengaplikasikan pengurusan Kelas A lantaran penularannya yang pantas," kata Liang, menambah bahawa tidak banyak yang mereka ketahui tentang penyakit ini pada peringkat awal dan pengurusan sedemikian diperlukan bagi melindungi orang ramai.

Liang menjelaskan beberapa keadaan penting telah berubah baru-baru ini termasuk mutasi virus yang kurang membawa maut, kadar vaksinasi yang tinggi dan sokongan tindak balas wabak yang semakin meningkat di negara ini, kesemuanya membina asas yang kukuh untuk melaksanakan pelarasan baharu.

"Kami bersedia untuk menurunkannya kepada pengurusan Kelas B untuk bertindak balas kepada jangkitan dengan cara yang lebih tepat dan saintifik," kata Liang.

Pakar tersebut turut menegaskan bahawa pengurusan yang diturunkan tidak bermakna negara ini tidak mempunyai kawalan atau telah menghentikan kesemua langkah pencegahan terhadap virus ini.

"Ia bererti kami meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan keupayaan tindak balas wabak kami," kata Liang.

China menamakan semula istilah Cina untuk COVID-19 dalam bulan Disember daripada "pneumonia coronavirus novel" kepada "jangkitan coronavirus novel" untuk menerangkan tentang penyakit ini dengan lebih tepat.

Tindak balas COVID-19 yang ditingkatkan

NHC mengeluarkan edisi ke-10 garis panduan untuk pencegahan dan kawalan jangkitan COVID-19 pada hari Sabtu, yang menekankan kepentingan untuk meningkatkan vaksinasi dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

Ia memperkukuh keupayaan pemantauan dan amaran awal termasuk pemantauan yang kerap ke atas mutasi virus, pneumonia yang tidak dikenali, air sisa bandar, hospital dan langkah-langkah tambahan semasa kecemasan seperti pemantauan antara kumpulan-kumpulan penting.

Komuniti tidak lagi perlu melalui ujian COVID-19 secara besar-besaran, yang akan diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

"Buat masa ini, rawatan perubatan untuk kes-kes teruk menjadi keutamaan kami," kata Liang. Beliau berkata meningkatkan lagi kadar vaksinasi, pemantauan virus dan keupayaan penjagaan kesihatan pinggir bandar adalah amat penting.

"Bagi sebarang penyakit berjangkit seperti ini, tidak cukup hanya dengan bergantung kepada kerajaan," kata Liang, "ia bergantung kepada sinergi yang datangnya daripada kerajaan, masyarakat, semua organisasi dan setiap daripada kita."

https://news.cgtn.com/news/2023-01-08/China-downgrades-COVID-19-rules-as-nation-readies-for-normal-life-1gqlRta1jZS/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service