LONDON, 10 Januari 2023 /PRNewswire/ -- 100x Impact Accelerator, sebuah inisiatif global baharu bernilai £50 juta yang dikhususkan untuk membentuk generasi baharu "perusahaan unikorn sosial", hari ini melancarkan panggilan pertamanya untuk permohonan. Berpangkalan di London School of Economics and Political Science (LSE), inisiatif 100x ini berhasrat untuk memupuk perusahaan sosial yang berpotensi tinggi dengan membolehkan mereka menghasilkan impak positif pada skala yang besar yang bernilai berbilion-bilion.
Matlamat 100x adalah untuk mengenal pasti gabungan kepakaran, bimbingan dan modal yang membolehkan organisasi yang dipacu impak berfikir dengan lebih luas dan mencapai lebih banyak kejayaan. Ia mencontohi model pemecut perniagaan yang berjaya daripada sektor swasta dan bertujuan untuk menunjukkan bagaimana organisasi yang dipacu impak boleh memecahkan kitaran tadbir urus yang lemah dan bergantung kepada geran. Faktor-faktor ini kebiasaannya saling memainkan peranan dalam mengehadkan pertumbuhan dan potensi impak organisasi.
Setiap perusahaan sosial yang dipilih untuk inisiatif 100x Impact Accelerator akan menerima geran bernilai £150,000 dan akses kepada kepakaran bertaraf dunia LSE serta program sokongan khas selama 12 minggu daripada pakar dan pengasas perusahaan unikorn sosial – yang bertujuan untuk membantu para pemimpin menentukan cara terbaik untuk memaksimumkan impak mereka. Program ini merangkumi dua minggu sesi secara bersemuka di LSE di London, dengan pertemuan secara maya bersama pakar dan Hari Sidang Kemuncak tahunan, di mana semua peserta akan membuat pembentangan kepada para dermawan, pelabur, kerajaan dan media. Semua perbelanjaan untuk usaha niaga yang mengambil bahagian dalam inisiatif 100x ini akan ditanggung sepenuhnya.
100x Impact Accelerator akan menyokong dua kohort yang terdiri daripada sepuluh perusahaan sosial setiap tahun, dengan 70% daripadanya datang dari pasaran baru muncul. Pemecut ini mencari organisasi impak berskala tinggi yang mempunyai model yang terbukti, supaya ia boleh membantu mencapai lonjakan pertumbuhan besar mereka yang seterusnya.
Penempatan akan ditawarkan kepada organisasi di seluruh lapan sektor yang begitu mencerminkan keutamaan penyelidikan LSE. Sektor tersebut adalah: iklim dan alam sekitar; penjagaan kesihatan dan sosial; pelarian dan kepaduan; ekonomi saksama; kebahagiaan dan kesejahteraan; demokrasi; pendidikan; dan sempadan baharu.
Profesor Stephan Chambers, Pengarah Marshall Institute di LSE berkata: "Pemahaman yang jelas tentang pendekatan terbaik untuk perusahaan sosial dan badan amal meningkatkan impak tidak wujud seperti mana yang dilakukan oleh perniagaan swasta untuk meningkatkan keuntungan. Situasi tersebut sangat menyekat impak yang boleh diberikan oleh organisasi ini, sekali gus memberi kesan yang lebih buruk kepada dunia."
Beliau menambah: "100x Impact Accelerator bertujuan untuk menutup jurang ini. Melalui kerjasama dengan pengasas perusahaan unikorn sosial yang berjaya serta menyediakan sokongan yang bermakna kepada sejumlah besar organisasi yang dipacu impak berpotensi tinggi, kami berhasrat untuk menyerlahkan 'apa yang berkesan' kepada perusahaan sosial, agar lebih ramai daripada mereka berjaya mencapai kejayaan sebenar."
Leslie Labruto, Pengarah 100x Impact Accelerator berkata: "Sudah tiba masanya untuk menjadikan segalanya lebih saksama kepada perusahaan sosial. Sementara perniagaan berkeuntungan mempunyai pengakhiran yang jelas – sebagai contoh, disenaraikan sebagai syarikat awam atau diambil alih – perkara yang sama tidak akan berlaku kepada perusahaan sosial. Sebaliknya, mereka terperangkap dalam kitaran pengumpulan dana yang tidak berkesudahan, sekali gus membantutkan potensi impak mereka."
"Ironinya, sektor sosial dilengkapi dengan pelbagai pendekatan inovatif untuk meningkatkan impak, seperti model sumber terbuka, alat digital dan kerjasama dengan kerajaan. Kami di sini untuk membantu usaha niaga memahami model terbaik untuk menyelesaikan masalah yang mereka cuba selesaikan – dan kemudian bekerjasama dengan mereka untuk membangunkannya."
Beliau menambah: "Kami sedang mencari peningkatan impak yang berani dan inovatif untuk menyertai kami ketika kami mencabar status quo perusahaan sosial."
Hubungan media 100x
Victoria Medina atau Robin Grainger
Fourteen Forty Communications
Victoria.medina@fourteenforty.uk Robin.grainger@fourteenforty.uk