omniture

AMROP MEMBUKA PEJABAT BAHARU DI TURKIYE

Amrop
2023-01-10 15:00

Firma carian eksekutif global, Amrop, melantik sebuah pasukan baharu di Istanbul bagi menandakan kemasukan semulanya ke pasaran Turki

BRUSSELS, 10 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Dengan ibu pejabat di Istanbul, Amrop Turkiye yang baharu ini menawarkan perkhidmatan Carian Eksekutif dan Nasihat Kepemimpinan bagi pelbagai fungsi Ketua Pegawai, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan. Syarikat ini memberi tumpuan kepada pelbagai sektor yang meluas yang termasuk tetapi tidak terhad kepada sektor Perindustrian, Pengguna, Peruncitan, Sains Hayat, Penjagaan Kesihatan, Digital dan Teknologi.

 

Perniagaan ini telah beroperasi di Turkiye sejak tahun 1998. Dari pejabat-pejabatnya yang terletak di daerah perniagaan utama di Istanbul, firma ini memberikan perkhidmatan kepada pangkalan pelanggan yang merangkumi syarikat-syarikat Turkiye dan multinasional serta syarikat milik keluarga bersaiz sederhana.

Di bawah kepemimpinan İrem Göğüş, Rakan Kongsi Pengurusan, pasukan dinamik yang terdiri daripada 13 orang ini turut memberikan perkhidmatan kepada pasaran Azerbaijan. İrem Göğüş mempunyai rekod prestasi yang kukuh di mana beliau pernah bekerja dengan syarikat multinasional dan tempatan yang mencari bakat kepemimpinan untuk membantu mereka berkembang di peringkat serantau dan antarabangsa. Beliau mempunyai kepakaran khusus setelah bekerja dengan jenama global utama dalam sektor barangan pengguna, yang dibangunkan daripada pengalaman sebelumnya dalam pemasaran Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA) serta jawatan pengurusan jenama di Reckitt Benckiser.

Irem berkata: "Visi dan nilai-nilai Amrop merupakan padanan yang tepat dengan perkara yang kami, sebagai sebuah pasukan impikan untuk dibangunkan di Turkiye. Reputasi jenama Amrop yang kukuh, struktur pengurusan global dan pasukan antarabangsanya yang tangkas dan dinamik telah mendorong kami dalam kerjasama ini. Saya amat percaya bahawa pengalaman pasukan kami selama 25 tahun dan reputasi kami sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai dan berfokuskan kualiti akan meningkatkan lagi nilai jenama Amrop di Turkiye. Bersama-sama dengan Amrop, kami akan mula membantu para pelanggan kami di bidang baharu dengan menyediakan perkhidmatan nasihat penggantian, pengambilan kakitangan dan kepemimpinan yang serba lengkap di peringkat Ketua Pegawai dan Ahli Lembaga Pengarah. Dalam ekosistem perniagaan pada hari ini yang terdapat perubahan dan transformasi berterusan dalam arena global serta di mana individu dan syarikat boleh berjaya sejauh mana mereka mampu melakukan penyesuaian dengan perkara-perkara tersebut, pasukan Amrop Turkiye teruja untuk membantu para pelanggan kami bersiap sedia untuk masa depan tersebut." 

Annika Farin, Pengerusi Amrop Partnership global berkata, "Ekonomi Turkiye mempunyai potensi yang kukuh untuk berkembang, memperoleh pasaran yang berdaya saing dalam pelbagai sektor serta membangunkan iklim ekonomi yang bertenaga dan dipercayai oleh para pelabur antarabangsa. Negara ini yang pada masa ini merupakan ekonomi yang ke-18 terbesar di dunia, berhasrat untuk meningkatkan kedudukannya tahun demi tahun. Kami melihat banyak peluang dan oleh itu, ini ialah masa yang tepat untuk Amrop memasuki semula pasaran ini. Memandangkan kami kini berada di sini sekali lagi, mengembangkan dan mengglobalisasikan perniagaan di Turkiye dan Azerbaijan boleh memanfaatkan keupayaan Amrop yang kukuh dalam pemerolehan dan penilaian bakat pengurusan kanan. Setelah bertemu Irem dan pasukannya, kami melihat semangat dan cita-cita keusahawanan mereka serta komitmen terhadap nilai bersama kami – yang menjadikan keputusan kami amat mudah dilakukan. Kami gembira menerima kedatangan mereka ke dalam kerjasama global kami."

Tentang Amrop 

Amrop ialah sebuah firma penasihat kepemimpinan global yang menawarkan perkhidmatan carian eksekutif , khidmat nasihat ahli lembaga pengarah dan kepemimpinan yang dikekalkan. Kami menasihati organisasi yang paling dinamik dan tangkas di dunia untuk mengenal pasti dan meletakkan Pemimpin yang Berwawasan untuk Masa Depan - yang mahir bekerja merentasi sempadan, di pasaran-pasaran di seluruh dunia. Ditubuhkan pada tahun 1977, Amrop beroperasi di Asia, EMEA dan Amerika.

Amrop Partnership SCRue Abbé Cuypers 3
1040 Brussels, Belgium
T. +32 471 733 825
E. contact@amrop.com
Brigitte Arhold, Ketua Pegawai Operasi

www.amrop.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1755576/Amrop_Logo.jpg?p=medium600

Source: Amrop
Keywords: Banking/Financial Service