![]() |
DUBAI, UAE, 10 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Address Grand Creek Harbour, salah satu pembukaan hotel yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, kini dibuka dengan menawarkan pengalaman mewah yang tiada tandingan kepada para tetamu, di salah sebuah lokasi yang paling indah di Dubai.
Hotel yang dilengkapi 223 buah bilik yang indah ini merupakan hotel mewah bertaraf lima bintang yang pertama di Dubai Creek Harbour, sebuah destinasi pantai moden yang baharu dan menawarkan suasana yang santai, kemudahan yang tiada tandingan, citarasa yang hebat, serta penginapan yang menenangkan dan menyegarkan jiwa.
Bilik-biliknya direka dengan indah menggunakan teknologi terbaik serta menawarkan penginapan yang selesa dan mengagumkan. Suite yang ditampilkan merangkumi pilihan Suite Executive, Panoramic dan Skyline dengan balkoni serta Suite Presidential dengan tiga bilik tidur, kesemuanya menawarkan pemandangan bandar dan anak sungai yang indah dengan ruang yang selesa dan luas, sesuai untuk dihuni oleh keluarga dan rakan-rakan.
Para tetamu yang ingin menghilangkan tekanan harian mereka bakal menemui tempat yang amat sesuai untuk merehatkan diri iaitu di The Spa di Address, yang istimewa dan bertaraf dunia. Pendekatan unik yang menyeluruh The Spa terhadap aspek kesejahteraan akan memberikan mereka kecergasan luaran dan dalaman. Atau bagi mereka yang inginkan aktiviti yang lebih intensif, pusat kecergasan hotel ini menyediakan peralatan berteknologi canggih di tiga buah bilik yang berbeza, termasuk sebuah studio yoga – sesuai untuk mereka yang ingin mengeluarkan peluh.
Bagi mereka yang berhasrat untuk mandi kolam, sebuah kolam renang infiniti yang mengagumkan dengan pemandangan matahari terbenam yang indah disediakan – manakala anak-anak kecil pula berpeluang untuk bermain di kolam renang kanak-kanak dan kolam randuk khusus yang disediakan.
Pilihan menjamu selera di Address Grand Creek Harbour tidak kurang menariknya, dengan setiap satu daripadanya menampilkan tawaran menu tersendiri berkonsepkan ruang teres yang terbuka dengan pemandangan panorama.
Di The Restaurant, nikmati pelbagai ruang makan yang elegan dengan hidangan yang mewah dari seluruh dunia untuk menghidupkan deria rasa anda, atau berehat di Cigar Lounge sambil mencuba pelbagai minuman dan koktel yang berkualiti daripada pilihan menu yang tersedia.
Untuk citarasa yang lebih spontan, para tetamu dijemput ke The Patisserie untuk menikmati hidangan kopi beraroma yang lazat.
Luma Pool Lounge menyediakan tempat untuk bersantai sambil menikmati sajian kulinari. Jurumasak bertugas akan memukau anda dengan pilihan hidangan campuran Mediterranean di sebelah kolam renang infiniti yang indah dengan pemandangan yang mempesonakan. Ketika matahari terbenam, ini adalah tempat terbaik untuk bersantai, menikmati minuman dan menenangkan fikiran.
Sila layari https://www.addresshotels.com/en/hotels/address-grand-creek-harbour
Pertanyaan am: +971 4 275 8888 infoatcreek@addresshotels.com
Untuk tempahan bilik +971 4 275 8899 stayatcreek@addresshotels.com
Untuk tempahan menjamu selera +971 4 275 8833 dineatcreek@addresshotels.com
Untuk mesyuarat dan acara meetatcreek@addresshotels.com
Tentang Address Hotels + Resorts
Address Hotels + Resorts ialah jenama pertama yang dilancarkan oleh Emaar Hospitality Group dengan hartanah yang terletak di beberapa lokasi yang paling didambakan. Address membawa identiti baharu kepada sektor hospitaliti dan perkhidmatan global dengan menetapkan penanda aras baharu melalui layanan mesra dan perkhidmatannya yang luar biasa. Terkenal dengan gabungan gaya kontemporari serta sentuhan klasik yang anggun, Address Hotels + Resorts memperkaya kehidupan para tetamunya dengan pengalaman yang intuitif. Berpegang pada slogan 'Where Life Happens' (Tempat Meraikan Kehidupan), Address menawarkan peluang kepada para tetamu untuk meraikan kehidupan dan detik-detik paling berharga. Inilah matlamat utama Address.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1979600/Address_Hotels_Resorts_Pool.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1979601/Address_Hotels_Resorts_Exterior.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1979602/ADDRESS_GRAND_CREEK_HARBOUR_Logo.jpg?p=medium600