Syiling koleksi dan bulion pada tahun 2023 akan menampilkan transisi ukiran ini sehingga bahagian hadapan syiling yang kekal dipilih untuk semua syiling Kanada
OTTAWA, Ontario, 10 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Royal Canadian Mint telah mendedikasikan Syiling Dolar Perak Berukiran Paling Halus 2023 untuk meraikan kehidupan penuh inspirasi wartawan wanita pertama di Kanada, Kathleen "Kit" Coleman. Dilahirkan di County Galway, Ireland dan kemudian berhijrah ke Kanada pada tahun 1884, Kit Coleman pada mulanya menyertai Toronto Daily Mail sebagai Editor Wanita dan kemudian menjadi wartawan berita perang bertauliah wanita yang pertama dari Amerika Utara, yang memperoleh kemasyhuran antarabangsa atas liputan beliau tentang berita pasca peperangan Amerika dan Sepanyol. Beliau juga membantu menubuhkan Kelab Akhbar Wanita Kanada dan berkhidmat sebagai Presiden pertamanya. Perjalanan hidup beliau yang menarik digambarkan melalui hasil seni Pandora Young yang menggunakan siluet Kit sebagai kanvas di mana kisah-kisah penting dalam kehidupan wanita ini diukir dengan indah pada bahagian belakang syiling.
Pandora Young telah menggayakan satu lagi potret wartawan perintis tersebut pada Syiling Emas Tulen $100 tahun 2023. Bahagian belakang syiling tersebut menampilkan Kit Coleman sedang menulis di meja beliau. Di belakang beliau terdapat peta Amerika Utara dan Eropah, dengan garis putus-putus yang menjejaki semula perjalanan epik beliau merentasi kedua-dua benua tersebut.
Mint juga memperkenalkan reka bentuk bahagian hadapan syiling yang telah dikemas kini yang akan muncul pada syiling koleksi dan bulion 2023 sehinggalah bahagian hadapan kekal yang baharu, diterima pakai pada syiling Kanada. Ukiran wajah Ratu Elizabeth II rekaan Susanna Blunt turut disertakan dengan tanda khas yang terdiri daripada inskripsi menegak tahun "1952" dan "2022", dipisahkan oleh empat mutiara yang melambangkan empat ukiran wajah yang menghiasi syiling Kanada di sepanjang pemerintahan beliau.
Produk lain yang dilancarkan hari ini termasuk:
Maklumat pencetakan, harga dan maklumat latar belakang yang lengkap tentang setiap produk boleh didapati di tab "Kedai" di www.mint.ca. Imej syiling ini boleh didapati di sini.
Produk ini boleh ditempah mulai hari ini dengan menghubungi Royal Canadian Mint secara langsung di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS atau di www.mint.ca. Produk ini juga boleh didapati di butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, di cawangan Canada Post yang mengambil bahagian serta melalui rangkaian penjual dan pengedar global Mint.
Tentang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah perbadanan Crown yang bertanggungjawab untuk mencetak dan mengedar syiling edaran Kanada. Mint merupakan salah sebuah pembuat syiling terbesar dan paling serba boleh di dunia, menawarkan pelbagai produk syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang Mint, produk dan perkhidmatannya, sila layari www.mint.ca. Ikuti Mint di Twitter, Facebook dan Instagram.
Pihak media diminta untuk menghubungi: Alex Reeves, Pengurus Kanan Perhubungan Awam, Telefon: 613-884-6370, reeves@mint.ca